Wednesday, 23 October 2013

Tarikh hari ni... 23/10/2013.


Kalau ikut movie Back To The Future II, zaman sekarang ni patut dah ada hover board, kereta terbang, masak pizza guna benih. Hehehehe...

 
Entah. Gua pun tak perasan dalam cerita tu tarikh berapa.
 

Tuesday, 22 October 2013

Gua dan Movie : Insidious Chapter 2


Assalamualaikum. Moh bercerita pasal movie. Semalam gua dan Cik Nila gi dating di Paradigm Mall. Mula-mula plan nak tengok harga rumah kat Pameran Rumah Bumiputera, then oleh sebab dah lama tak melayan wayang, marathon pulak tu. So semalam gua dan Cik Nila melayan movie seram, Insidious : Chapter 2.


Insidious 2 ni mengisahkan selepas kematian Elise Rainier dalam Insidious. Tak faham? In that case lu orang kena layan Insidious dulu. Ok la, sedikit re-cap movie Insidious, well, gua pun tak tulis pasal movie Insidious tu lagik, kan?

Just a simple explanation, Insidious yang pertama mengisahkan tentang seorang kanak-kanak, Dalton Lambert yang secara tiba-tiba koma. Even doktor tidak ada penerangan tentang penyakit Dalton sehinggalah Josh dan Renai Lambert, dengan bantuan mak Josh, Lorraine, mereka berjumpa dan meminta bantuan dari Elise Rainier yang mempunyai kepakaran tentang alam roh. Setelah diselidik, Dalton mempunyai kebolehan untuk keluar dari badan semasa sedang tidur, dan kebolehan ini menarik minat roh-roh yang masih merayau, untuk masuk ke dalam badan Dalton. Josh tidak ingat akan peristiwa yang sama berlaku kepadanya semasa kecik, dan Josh sendiri boleh keluar dari jasad beliau. Kebolehan Josh digunakan untuk mencari dan membawa pulah roh Dalton sebelum roh jahat dapat memasuki jasad Dalton.


Ok, itu brief tentang Insidious. Untuk Insidious 2 pulak, ia mengisahkan tentang Josh selepas menyelamatkan Dalton. Dalam scene terakhir sebelum dibunuh, Elise sempat mengambil gambar Josh yang ketika itu dalam kelakuan aneh. Dan Elise dibunuh oleh roh jahat yang dapat masuk ke tubuh Josh, manakala roh Josh pula berkeliaran mencari jalan untuk memasuki semula dalam tubuhnya. Dan kali ini, roh jahat tinggal didalam badan Josh, mahu membunuh ahli keluarga Lambert yang lain.
 
Pada kali ini, dengan kematian Elise, dua orang pembantu Elise iaitu Specs dan Tucker bekerjasama dengan bekas pembantu Elise yang bersama-sama cuba mengubati Josh semasa Josh masih kecil untuk membantu keluarga Lambert untuk menghapuskan roh jahat dan dalam masa yang sama menyelamatkan Josh.
 
Tu je gua nak tulis. Nak lagi best, sila layan movie ni sendiri, and trust gua, berbaloi. Orang duk cakap The Conjuring cerita seram, pada gua, Insidious Chapter 2 kick The Conjuring ass.

Monday, 14 October 2013

Ini apa ini?

Hahaha...
Dah takde keje kat opis...
Selongkar je la PC...

And gua terjumpa gambar ni...
Zaman kat Petronas...
Konon la, padahal Internship jek...



Sekarang memasing dah ada famili sendiri...
 
 

Selamat Hari Raya Aidiladha...

 
Assalamualaikum. Well, dah agak lama gua tak membuat posting baru, kan? Berpunca dengan mood yang down dan juga demotivated dengan environment mungkin membuatkan gua malas nak memblog sekejap.
 
Ok, gua dan keluarga just nak wish lu orang, kalau wujud la, pembaca blog ni, Selamat Hari Raya AidilAdha, segala salah dan silap di alam blogging gua mintak maaf. Semoga Hari Raya Aidiladha lu orang dan keluarga tahun ni lebih bermakna.
 
Dan kepada ahli keluarga lu orang yang sedang mengerjakan ibadat Haji, semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur, selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.
 
Again... Selamat Hari Raya Aidiladha....


p/s : bila la gua dan Cik Nila nak menjejak kaki Tanah Suci ni yek?