Tuesday, 3 September 2013

Harga petrol bukan naik, cuma diselaraskan...

 
Assalamualaikum. Dah lama gua tak tulis hal yang dianggap kecik oleh pak-pak Menteri kita ni, kan? Well, macam yang gua jangka, memang harga petrol akan naik tahun ni. Janji di tepati? Hahahaha! Dah kenal sangat perangai kaum-kaum yang konon diberi mandat tu.
 
 
 
 
As of today, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20sen. Tak banyak pun, sikit je. Naik 20 sen utk setiap liter je kot. Gua guna Myvi pun, sebelum 3/9 aritu, full tank baru RM60. Hehehe. Kalau seminggu RM60, sebulan baru berapa? Tak sampai RM500 pun. Sikit je tu. Keje KL, gaji mesti besar, kan? Itu anggapan orang la. Diorang tak tau kat tengah2 KL kos makan macam mana punya mahal...
 
Semalam jugak merupakan hadiah kerajaan Malaysia kepada rakyat yang baru lepas sambut Merdeka ke 56. Dan juga dikira hadiah kepada orang yang tengah kering poket sebab baru lepas raya Aidilfitri. Nampak tak betapa prihatinnya Kerajaan kat rakyat? Memang nasib lu, gua, family dan kawan-kawan la dapat pemimpin macam ni punya prihatin. Dia prihatin ke rakyat negara lain, pasal tu duk compare harga dengan negara lain lagik.
 
Macam biasa, mulut2 sumbang puak penyokong, kerajaan akan guna dialog biasa...
 
"Pelarasan ini tak akan membebankan rakyat..."
 
Pernah dengar dialog ni? Kalau first time dengar, lu orang akan dengar benda ni setiap tahun. Iaitu setiap kali ada kenaikan harga atau idea nak perah duit dari poket rakyat.
 
Gua bercakap kali ni, bukan sebab mengikut apa yg orang lain bisingkan. Sebab gua sendiri dah tersepit. Gaji tak naik, tapi kos sara diri naik. Kerajaan dan puak penyokong cakap apa? Ubah cara hidup. Rakyat disuruh ubah cara hidup, sedangkan pak2 Menteri dan kroni termasuk penyokong yang tak sedar (padahal buat2 tak nampak) duk joli sakan.
 
Gua banyak tulis kat status FB gua semalam, kenaikan petrol akan membuatkan orang lain mengambil kesempatan naikkan harga barang. Tak percaya? Lu orang ingat lagi harga ayam sebelum puasa aritu? Sebelum puasa di naikkan sedikit, dan di lock. Lepas tu bila dekat musim perayaan, dinaikkan lagi sedikit sampai rakyat bising, then turun balik ke harga asal, iaitu harga yang dah dinaikkan sebelum puasa. Ada yang tak sedar? Ye la, yang tak sedar tu poket tebal. Bayar je walaupun berapa harga...
 
 
 
 
Itu baru harga petrol. Kerajaan semalam umumkan harga diesel pun akan dinaikkan sebanyak 20sen. So bila harga diesel naik, confirm harga barang pun naik. Kenapa? Kilang utk proses barang2 asas yang lu orang duk beli tu, majoriti guna diesel. Nak hantar produk pun guna diesel. Tak nampak chaoin reaction dia kat sini? Atau buat2 tak nampak?
 
Lu orang makan ikan laut? Nak ke laut kena naik bot,kan? Bot gerak guna apa? Minyak gamat? Ke minyak lintah? Diesel bro... diesel. Kejap lagi ada yg cakap,
 
"Diesel nelayan ada subsidi"
 
Itu gua tau. Memang ada subsidi. Tapi nelayan pun nak beli barang lain jugak, kan? Telur, tepung. minyak. Itu semua harganya akan naik, and yes, bila kos sara hidup nelayan dah naik, ingat dia tak tersepit? Bila tersepit, agak2 harga dari nelayan ke pemborong naik tak? Lepas tu pemborong tolak ke peruncit, then peruncit ke pengguna. Agak2 berapa pengguna kena hadap kenaikan harga barang lepas ni?
 
 
 
Pada gua, kerajaan nak kurangkan subsidi petrol, tahan lagi la jugak walaupun dalam hati gua maki kerajaan 24 jam. Tapi mintak tengok balik la subsidi diesel. Pendapatan rakyat bukan semuanya sama. 29juta rakyat Malaysia, bukan semua dapat gaji RM5000.00 sebulan. Bukan semua bujang, atau anak seorang dua.
 
Mesti ada yang cakap,
 
"Aritu kata kerajaan itu ini, ni nak mintak tgk balik la apa la..."
 
Well, terus terang Kerajaan Malaysia yang sekarang ni xada undi dari gua. Tapi sebabkan ramai nakkan pembangunan tak sekata, so orang2 keliling gua yang lantik. Bukan gua. Sama macam lu orang la. Tak suka bos tapi kena mintak izin nak cuti sebab orang lain yang lantik bos tu. So tak salah la kan gua tulis ayat atas tu? Hehehe...
 
Lepas ni, kerajaan nak kenakan GST pulak. Selama ni kita duk bayar ST je, belum GST lagik. So, prepare la apa2 yang patut. Cuma jangan prepare nak bunuh diri sebab tersepit, dah la. X elok woo bunuh diri. Haram...
 
Pagi tadi gua dengar news. Pelarasan harga petrol dan diesel ni antaranya untuk bagi BR1M lebih kepada rakyat. Maybe PM Najib tak perasan, BR1M tu mostly org yang middle income tak layak dapat. Pasal tu ramai bising pasal bagi BR1M. Hanya yang layak je yang dapat. Gua ni antara yang tak layak dapat, pasal tu gua pun bising. Nak bagi bantuan? Lebihkan subsidi petrol and diesel sebab dua benda ni ibu kepada harga barang lain. Kalau tak pun, hapuskan subsidi petrol, lebihkan kepada subsidi diesel dan keluarkan harga asas yang penjual kena ikut. Bukan bagi BR1M setahun sekali. Yang buat sakit ialah harga yang rakyat perlu hadap setiap hari.
 
 
Oya, ada jugak yang kenakan dengan harga rokok. Gua tak merokok. Tapi yang gua tau, walaupun harga sekotak rokok cecah RM400 ringgit sekotak sekalipun, harga sebuku roti takkan naik. Sebab takde kena mengena.
 
Gua tau ada yang akan cakap gua "Anjing menyalak ke bukit" or "Keyboard Warrior", pedulikkan. Gua luahkan apa yang gua tak puas hati. Rugi? Tengok kat diri sendiri sama ada benda yang gua risaukan kena kat diri sendiri atau tak.
 
 

3 comments:

Puaka Anglerz Tribe said...

okeh.. pereggan terakhir terbaek!!!

- ipen -

phat_lee said...

Hahahahaha! Ko memang pembaca tegar la Ipen. Akanku terus menulis demi sahabat nun jauh di sanaaaaaa... hehehe...

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL