Tuesday, 24 September 2013

Gua dan Movie : The Conjuring


Ok. Benda ni dah lama tapi pedulik la. Review gak. Hehehe. Gua layan movie The Conjuring dengan Cik Nila.


The Conjuring mengisahkan tentang aktiviti paranormal yang mengganggu keluarga Carolyn (Lily Taylor) dan Roger Perron (Ron Livingston). Well, rumah yang dibeli oleh mereka adalah sebuah rumah ladang. Oleh sebab tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dan juga oleh anak-anak mereka sendiri, Carolyn dan Roger meminta bantuan dari Ed (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren (Vera Farmiga), sepasang suami isteri yang mempunyai kepakaran dalam bidang aktiviti paranormal.


Apa yang mengejutkan ialah aktiviti yang menggangu keluarga Perron adalah berpunca dari perkara buruk yang terjadi di dalam rumah itu sebelum dihuni oleh keluarga Perron.


Fyi, cerita ni based on true event in the 70's kalau tak silap gua. And kalau lu orang perasan, watak Ed dan Lorraine Warren ni actually keluar kat banyak movie hantu, and yes, diorang ni real person with real job, iaitu mengkaji aktiviti paranormal.
 
Ok, so what do I think about the movie? Pada gua, horror Hollywood sangatlah beza compared dengan Asian level of horror. And yes, the movie is ok. Bukan horror sangat pun, cuma lu orang akan terkejut-terkejut macam movie Drag Me To Hell. Awal movie a bit slow, but agak seram bila hal anak patung yang Ed dan Lorraine dapat dalam salah satu kes yang diorang solve kan.
 
Yang gua gelak masa tgk movie ni, bukan pasal the movie, but penonton. Time ni lu orang boleh tengok brader2 ala macho yang sibuk nak melawak, usik gf or wife, then time ni lu orang boleh dengar banyak suara2 yang duk berborak. Pada gua satu benda je punca, sebab semua takut nak fokus kat skrin. Kecot la tu... Hahaha...


Anyway, the movie is ok, not 100% horror sampai pejam2 mata actually. Gua sekarang tunggu Insidious : Chapter 2.
 

Monday, 9 September 2013

Gua dan fast-food...

 
Last Saturday, ada majlis pernikahan adinda gua. So kira dalam family, semua dah selamat la. And petang tu, gua dan Cik Nila just nak dinner fast-food jek. So gua pun keluar la ke restoran *** yang berdekatan.
 
Sepanjang setahun lebih duduk kat Taman Maluri ni, memang kalau nak bedal fast-food, *** ni je yang gua and Cik Nila selalu beli. Kalau rajin sikit, ke Tesco Ampang la. Tapi sebab petang tu gua dah balik ke rumah, and malas nak kemana-mana since Cik Nila pulak nak packing barang utk ke Manjung, gua pun keluar la ke *** tu walaupun hujan.
 
Dah sampai, order and bayar, gua balik. Ohya, gua beli ****** Burger masa tu. And dah sampai rumah, tgh siap2 nak dinner, sekali Cik Nila buat muka x puas hati, lalu ditunjukkan burger tu. Kotak cantik dah, daging dah ada, cheese pun ada. Sekali roti base dia ilang. Gua dah tgk camtu, terus mintak Cik Nila bungkus balik and gua keluar ke *** tu semula.
 
Nasib baik cashier yang gua order tadi ada. Slowly je gua cakap kat dia,
 
"Miss, burger takde roti bawah. You try tengok."
 
Dia dengan muka terkejut terus amik burger tu and bukak kotak, ok. Dia letak tepi, capai kotak baru and ada la benda lain nak sebagai gantirugi. Sebelum gua blah, sempat la bagi nasihat sikit...
 
"Please control your quality next time".
 
Gua ingat benda abeh camtu jek. Sekali dah sampai rumah, bukak kotak burger tu, sama kes jugak. Cheese yang dah cair je yg ada kat base. Lagi skali gua bungkus. Patah balik ke *** tu. Kali ni xde senyum dah. And person yg layan gua sebelum ni nampak gua masuk, dia terus panggil manager. Gua bukan nak buat scene, tapi masa tu yg gua hangin, bila nampak budak2 dapur duk melepak. Lepas tu rasanya manager outlet dtg ke gua.
 
"Bang, ni dah kali kedua saya patah balik sini. Apa ada staff nak boikot *** ke?"
 
Yang gua perasan masa tu budak2 dapur duk tgk gua. Bila gua pandang diorang, baru nak buat kerja. And person yang attend gua tu cakap, diorang baru dapat detect. Dengan alasan budak baru belajar. Come on la, takkan tak pernah makan burger? Gua malas nak cerita panjang, gua just mintak burger ganti, and then blah. Sempat la jugak bagi nasihat ke person in charge tu.
 
Gua tau hak gua utk marah. Cuma gua malas nak buat scene, benda boleh disscuss je pun. Yang buat spoil, budak2 yang masak kat belakang tu, kalau takde kerja nak buat sangat, try la jadi tukang check. Bukan salah pun. Ini kalau dah berkotak2 yg x complete, camna tu? Takkan nak harapkan customer tegur baru nak check?
 
*** dah lama dah kat Malaysia ni, kalau ikut kualiti dah dijaga tahap tinggi. Bukan buat sambil lewa jek. Kepada person yang attend gua, thanks sebab profesional. Cuma gua harap lu orang dapat control la benda2 kualiti ni.
 

Tuesday, 3 September 2013

Harga petrol bukan naik, cuma diselaraskan...

 
Assalamualaikum. Dah lama gua tak tulis hal yang dianggap kecik oleh pak-pak Menteri kita ni, kan? Well, macam yang gua jangka, memang harga petrol akan naik tahun ni. Janji di tepati? Hahahaha! Dah kenal sangat perangai kaum-kaum yang konon diberi mandat tu.
 
 
 
 
As of today, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20sen. Tak banyak pun, sikit je. Naik 20 sen utk setiap liter je kot. Gua guna Myvi pun, sebelum 3/9 aritu, full tank baru RM60. Hehehe. Kalau seminggu RM60, sebulan baru berapa? Tak sampai RM500 pun. Sikit je tu. Keje KL, gaji mesti besar, kan? Itu anggapan orang la. Diorang tak tau kat tengah2 KL kos makan macam mana punya mahal...
 
Semalam jugak merupakan hadiah kerajaan Malaysia kepada rakyat yang baru lepas sambut Merdeka ke 56. Dan juga dikira hadiah kepada orang yang tengah kering poket sebab baru lepas raya Aidilfitri. Nampak tak betapa prihatinnya Kerajaan kat rakyat? Memang nasib lu, gua, family dan kawan-kawan la dapat pemimpin macam ni punya prihatin. Dia prihatin ke rakyat negara lain, pasal tu duk compare harga dengan negara lain lagik.
 
Macam biasa, mulut2 sumbang puak penyokong, kerajaan akan guna dialog biasa...
 
"Pelarasan ini tak akan membebankan rakyat..."
 
Pernah dengar dialog ni? Kalau first time dengar, lu orang akan dengar benda ni setiap tahun. Iaitu setiap kali ada kenaikan harga atau idea nak perah duit dari poket rakyat.
 
Gua bercakap kali ni, bukan sebab mengikut apa yg orang lain bisingkan. Sebab gua sendiri dah tersepit. Gaji tak naik, tapi kos sara diri naik. Kerajaan dan puak penyokong cakap apa? Ubah cara hidup. Rakyat disuruh ubah cara hidup, sedangkan pak2 Menteri dan kroni termasuk penyokong yang tak sedar (padahal buat2 tak nampak) duk joli sakan.
 
Gua banyak tulis kat status FB gua semalam, kenaikan petrol akan membuatkan orang lain mengambil kesempatan naikkan harga barang. Tak percaya? Lu orang ingat lagi harga ayam sebelum puasa aritu? Sebelum puasa di naikkan sedikit, dan di lock. Lepas tu bila dekat musim perayaan, dinaikkan lagi sedikit sampai rakyat bising, then turun balik ke harga asal, iaitu harga yang dah dinaikkan sebelum puasa. Ada yang tak sedar? Ye la, yang tak sedar tu poket tebal. Bayar je walaupun berapa harga...
 
 
 
 
Itu baru harga petrol. Kerajaan semalam umumkan harga diesel pun akan dinaikkan sebanyak 20sen. So bila harga diesel naik, confirm harga barang pun naik. Kenapa? Kilang utk proses barang2 asas yang lu orang duk beli tu, majoriti guna diesel. Nak hantar produk pun guna diesel. Tak nampak chaoin reaction dia kat sini? Atau buat2 tak nampak?
 
Lu orang makan ikan laut? Nak ke laut kena naik bot,kan? Bot gerak guna apa? Minyak gamat? Ke minyak lintah? Diesel bro... diesel. Kejap lagi ada yg cakap,
 
"Diesel nelayan ada subsidi"
 
Itu gua tau. Memang ada subsidi. Tapi nelayan pun nak beli barang lain jugak, kan? Telur, tepung. minyak. Itu semua harganya akan naik, and yes, bila kos sara hidup nelayan dah naik, ingat dia tak tersepit? Bila tersepit, agak2 harga dari nelayan ke pemborong naik tak? Lepas tu pemborong tolak ke peruncit, then peruncit ke pengguna. Agak2 berapa pengguna kena hadap kenaikan harga barang lepas ni?
 
 
 
Pada gua, kerajaan nak kurangkan subsidi petrol, tahan lagi la jugak walaupun dalam hati gua maki kerajaan 24 jam. Tapi mintak tengok balik la subsidi diesel. Pendapatan rakyat bukan semuanya sama. 29juta rakyat Malaysia, bukan semua dapat gaji RM5000.00 sebulan. Bukan semua bujang, atau anak seorang dua.
 
Mesti ada yang cakap,
 
"Aritu kata kerajaan itu ini, ni nak mintak tgk balik la apa la..."
 
Well, terus terang Kerajaan Malaysia yang sekarang ni xada undi dari gua. Tapi sebabkan ramai nakkan pembangunan tak sekata, so orang2 keliling gua yang lantik. Bukan gua. Sama macam lu orang la. Tak suka bos tapi kena mintak izin nak cuti sebab orang lain yang lantik bos tu. So tak salah la kan gua tulis ayat atas tu? Hehehe...
 
Lepas ni, kerajaan nak kenakan GST pulak. Selama ni kita duk bayar ST je, belum GST lagik. So, prepare la apa2 yang patut. Cuma jangan prepare nak bunuh diri sebab tersepit, dah la. X elok woo bunuh diri. Haram...
 
Pagi tadi gua dengar news. Pelarasan harga petrol dan diesel ni antaranya untuk bagi BR1M lebih kepada rakyat. Maybe PM Najib tak perasan, BR1M tu mostly org yang middle income tak layak dapat. Pasal tu ramai bising pasal bagi BR1M. Hanya yang layak je yang dapat. Gua ni antara yang tak layak dapat, pasal tu gua pun bising. Nak bagi bantuan? Lebihkan subsidi petrol and diesel sebab dua benda ni ibu kepada harga barang lain. Kalau tak pun, hapuskan subsidi petrol, lebihkan kepada subsidi diesel dan keluarkan harga asas yang penjual kena ikut. Bukan bagi BR1M setahun sekali. Yang buat sakit ialah harga yang rakyat perlu hadap setiap hari.
 
 
Oya, ada jugak yang kenakan dengan harga rokok. Gua tak merokok. Tapi yang gua tau, walaupun harga sekotak rokok cecah RM400 ringgit sekotak sekalipun, harga sebuku roti takkan naik. Sebab takde kena mengena.
 
Gua tau ada yang akan cakap gua "Anjing menyalak ke bukit" or "Keyboard Warrior", pedulikkan. Gua luahkan apa yang gua tak puas hati. Rugi? Tengok kat diri sendiri sama ada benda yang gua risaukan kena kat diri sendiri atau tak.