Wednesday, 21 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 
Assalamualaikum. Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan gua susun 10 jari debab gua, mohon maaf dan ampun kalau selama lu orang baca blog gua ni, ada terguris hati dan perasaan lu orang semua. Itu pun kalau ada yg sudi baca la... hehehe...
 
Ok, this year, merupakan tahun ke-2 gua beraya sebagai seorang suami mithali. Hehehe. And this year, focus kepada sebelah Cik Nila pulak. Ye la, last year dah belah gua. Cuma pagi raya tu gua dan Cik Nila sempat la balik sekejap ke rumah parents gua. Beraya sekejap. Actually gua sayu je tgk parents gua. Dulu sebelum semua kawin, riuh pagi2 walaupun abang2 gua tak kecoh mana. But sekarang, macam this year, parents gua, abang long & family dan juga adik gua je yang ada.
 
Abang gua yang ketiga, beraya di perantauan. Tapi InsyaAllah next year rumah parents gua riuh balik. Sebab hujung tahun ni diorang balik Malaysia for good. And abang ngah gua pulak beraya di Kulim. So perhaps, next year gua dapat beraya bersama abang-abang gua pulak pada 1 Syawal.
 
And guess what? Adik gua pun tahun ni last raya bujang. September ni InsyaAllah jadi isteri orang dah. Hehehe... Cepat sangat masa berlalu rasanya. Gua tau parents gua sebak. Sebab lepas gua kawin, tinggal parents gua dua orang je kat rumah. Weekend riuh la jugak. Adik gua pulak tinggal rumah sewa.
 
Anyway, semoga lu orang happy2 bersama keluarga masing2. Time raya la nak kenal sepupu sepapat, ahli keluarga jauh2. Jangan sebab rasa bosan, ego taknak ikut parents beraya, lu orang sanggup lepak shopping complex. Hehehe... Gua tau ada yang buat. Cuma nasihat gua, rapatkan la hubungan kekeluargaan lu orang. Tak kisah la parents lu orang ajak pergi rumah sepupu ke, dua pupu ke, moyang, monyet. Janji lu orang kenal family lu orang. Time ni je diorang semua berkumpul, dan time ni je lu orang boleh kenal family members yang lu orang tak pernah jumpa.
 
Kot2 ada yang berkenan... Hahahaha!

Gua dan Movie : R.I.P.D

 
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf sangat-sangat blog ni dah lama tak update. Haduyainyelapun... Anyway, raya ketiga gua dah layan movie dengan Cik Nila dan juga sepupu-sparepart gua plus adik gua yang tengah menghitung balance hari2 bujang dia. Hahahaha.

Ok, back to the movie. R.I.P.D tu apa? R.I.P pernah dengarkan? Well, movie ni mengisahkan tentang seorang polis, Nick (Ryan Reynolds) dibunuh oleh sahabatnya sendiri, Hayes (Kevin Bacon) semasa menjalankan serbuan. Kenapa bunuh? Nick dan Hayes terjumpa sejumlah emas semasa menjalankan serbuan sebelum Nick dibunuh.



Selepas mati, Nick telah diambil dan dimasukkan ke Rest In Peace Department, iaitu satu department yang bertanggungjawab menangkap dan menghapuskan roh2 yang melarikan diri dari diangkat ke alam lain. Nick di'partner'kan pula dengan Roy (Jeff Bridges) oleh Proctor (Mary-Louise Parker).

Nasib menyebelahi Nick apabila kes pertama bersama Roy membuka kes yang besar. Dan kes tersebut ialah membawa roh kembali ke bumi dan bumi akan musnah jika diteruskan. Kes tersebut menjadi lebih runsing apabila ianya melibatkan Hayes, pembunuh Nick sendiri. Ohya, mesti ada yg pikir, "Mamat ni dah mati, xkan orang tak cam dia?".... Well, utk masuk ke dunia nyata, Nick dan Roy menggunakan Avatar mereka Nick (James Hong) dan Roy (Marisa Miller).

Macam dapat bacakan keseluruhan movie dia thru short sinopsis ni? Well, for me, movie ni tak la berat mana. Lagipun komedi. But bukan komedi yang gelak dari mula sampai habis. Kalau kata lu orang bosan, and nak light entertainment, movie ni sesuai la. Untuk orang yang takde kelulusan dalam bidang perfileman, jalan cerita ni terlalu lurus sampai lu orang boleh agak la apa akan terjadi. And yes, this movie is a very, very very light movie. Tak perlu nak berkerut kepala la atau tanya orang sebelah apa yg jadi.

Again, kalau setakat nak relax, this movie agak sesuai. Because it's a comedy. Jom layan gambar sket...

Ini rupa diorang sebenar... 

Dan ini rupa avatar  diorang kat dunia nyata...


P/s : rasa nak back hand je orang tua tu. Hahahaa...