Wednesday, 17 July 2013

Gua dan Movie : Fast & Furious 6

Ok. Dah lama tak menulis ni, gua agak takde idea. Hehehe. For movie kali ni, gua nak cerita pasal Fast & Furious 6. And yes, gua tgk pun masa tu show dah nak hujung2 dah kat panggung. Sebab timing tak berapa cantik.


Orait, berbalik kepada movie ni. Gua suka kereta, and gua suka action movie. Bila combination dua benda tu, memang gua harapkan something yang betul2 buat gua tak tido dalam panggung. And frankly, movie ni tak menghampakan gua. Tak menghampakan, tapi bukan maksudnya awesome tahap petala dewa ke 30.
 
FF ke enam kali ni menceritakan pasal Hobbs (The Rock) meminta bantuan dari Dom (Vin Diesel) dan kumpulannya untuk menumpaskan sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Owen Shaw (Luke Evans) yang juga dianggotai oleh Letty (Michelle Rodriguez) yang dah hilang ingatan.
 
Well, jalan cerita FF6 kali ni agak menarik. Boleh dikatakan sejak The Fast & The Furious (2001), jalan cerita franchais ini semakin berkembang dan serius. Personally for me, 2 Fast 2 Furious adalah movie yang flop dalam enam movie yang ada. And also, start dari FF4, perkataan Fast tu macam dah tak berapa wujud dalam movie, sebab Furious tu dah take over. Hehehe...
 
Personally to me, FF6 memang masih tidak mengecewakan, dan hari ni baru gua tau, actually ada dua short film yang merupakan sambungan @ explanation macam mana Brian (Paul Walker) melarikan diri dan sampai ke Miami utk 2 Fast 2 Furious dan juga bagaimana Dom bertemu Han (Sung Kang) dan Letty mencari Dom. Kedua-dua short film, tajuk Turbo-Charged Prelude dan Los Bandoleros merupakan scene2 pendek yang akan explain apa yang berlaku sebenarnya.
 
Lupa, sebelum tu, kalau lu orang ingat scene Han mati dalam Fast & Furious : Tokyo Drift, kereta Mercedes yang langgar kereta Han ialah Ian Shaw (Jason Statham) yang akan membalas dendam selepas kematian adiknya, Owen Shaw. So Fast & Furious 7 in the making and akan keluar 2014 nanti kalau tak silap gua.
 
Actually film FF ni action-packed love story. And yes, seganas-ganas Dom, dalam hati ada Taman Astakona. Tak lupa jugak scene kekasih Han, iaitu Gisele (Gal Gadot) mati. Han frust, membawa diri ke Tokyo sebagaimana yang dia dan Gisele janji untuk settle down.
 
Papehal, siri Fast & Furious ni kalau ada box set, memang gua beli and simpan. Hehehe. Okeh. Layan gambar jap...
 




 

No comments: