Monday, 22 July 2013

Nasi lemak paling mahal...

 
Topik tahpape...
Nasik lemak paling mahal di mana?
Try tgk picture ni...



Bersyukur la dengan nasi lemak Malaysia...
Masih murah berbanding negara lain di dunia...
 
Hahahaha!
 
 

Friday, 19 July 2013

Gua dan Movie : The Heat

Yaaa... kali ketiga gua post pasal movie. Sebab ini je yang gua rasa nak share. Hehehehe. Gua layan movie The Heat.


Movie ni mengisahkan Sarah Ashburn (Sandra Bullock) yang berusaha untuk mendapat kenaikan pangkat dalam tugas sebagai FBI, tapi peluangnya redup sebab ramai staff FBI tak suka dengan attitude dia. Untuk mendapatkan kenaikan, beliau dihantar ke Boston untuk menjejaki Mr. Lassen, one of the notorious drug lord di Boston.
 
Kehadiran Sarah di Boston dan menyoal siasat salah seorang pengedar Mr. Lassen, iaitu Rojas (Spoken Reasons) yang ditahan oleh Shannon Mullins (Melissa McCarthy) yang terkenal dengan cara tak ikut undang2 beliau. Dalam kes ni, adik kepada Shannon iaitu Jason Mullins (Micheal Rapaport) terlibat dengan kegiatan pengedaran Mr. Lassens. Bila adik dah join geng edar dadah, so pempaham la macam mana situasi dia. Hehehe...
 
As for me, movie ni takat boleh tengok sekali je la kot. Nak kata humor sangat tu takde la jugak. But still, boleh tengok masa tengah tensen. Hehehehe...




 
p/s : Sandra Bullock dah tua.
 


Gua dan Movie : Despicable Me 2.

Ok. Gru and the Minnions kembali! O yeah, gua layan movie Despicable Me 2. Frankly speaking, ini antara movie yang gua tunggu, but the eager utk tgk movie ni lain. Bukan macam nak tengok movie LOTR. Hehehe. Yeah, I know, it's a different genre.


Back to the movie. DM2 mengisahkan Gru (Steve Carell) yang dah berhenti jadi orang jahat, iaitu selepas beliau berjaya diubah oleh 3 orang anak angkat iaitu Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher) dalam Despicable Me.

Selepas meninggalkan aktiviti jahat, Gru kali ini dilantik oleh Anti Villain League untuk membantu menangkap penjahat El Macho (Benjamin Bratt) yang mencuri senjata-senjata besar. Dalam masa yang sama, Gru jatuh cinta kepada ejen Lucy (Kristen Wiig).

Oya, El Macho menggunakan khidmat Dr. Nefario (Russell Brand) untuk mengubah Minnions menjadi Evil Minnions.

As for me, personally DM2 ni tak sehebat DM yang mula2. Dan pada gua, Minnions jadi penyelamat untuk movie ni. Itu pendapat gua la. Tapi when it comes to movie, masing2 ada minat sendiri.








p/s : pee do pee do pee do pe doo....

Wednesday, 17 July 2013

Gua dan Movie : Fast & Furious 6

Ok. Dah lama tak menulis ni, gua agak takde idea. Hehehe. For movie kali ni, gua nak cerita pasal Fast & Furious 6. And yes, gua tgk pun masa tu show dah nak hujung2 dah kat panggung. Sebab timing tak berapa cantik.


Orait, berbalik kepada movie ni. Gua suka kereta, and gua suka action movie. Bila combination dua benda tu, memang gua harapkan something yang betul2 buat gua tak tido dalam panggung. And frankly, movie ni tak menghampakan gua. Tak menghampakan, tapi bukan maksudnya awesome tahap petala dewa ke 30.
 
FF ke enam kali ni menceritakan pasal Hobbs (The Rock) meminta bantuan dari Dom (Vin Diesel) dan kumpulannya untuk menumpaskan sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Owen Shaw (Luke Evans) yang juga dianggotai oleh Letty (Michelle Rodriguez) yang dah hilang ingatan.
 
Well, jalan cerita FF6 kali ni agak menarik. Boleh dikatakan sejak The Fast & The Furious (2001), jalan cerita franchais ini semakin berkembang dan serius. Personally for me, 2 Fast 2 Furious adalah movie yang flop dalam enam movie yang ada. And also, start dari FF4, perkataan Fast tu macam dah tak berapa wujud dalam movie, sebab Furious tu dah take over. Hehehe...
 
Personally to me, FF6 memang masih tidak mengecewakan, dan hari ni baru gua tau, actually ada dua short film yang merupakan sambungan @ explanation macam mana Brian (Paul Walker) melarikan diri dan sampai ke Miami utk 2 Fast 2 Furious dan juga bagaimana Dom bertemu Han (Sung Kang) dan Letty mencari Dom. Kedua-dua short film, tajuk Turbo-Charged Prelude dan Los Bandoleros merupakan scene2 pendek yang akan explain apa yang berlaku sebenarnya.
 
Lupa, sebelum tu, kalau lu orang ingat scene Han mati dalam Fast & Furious : Tokyo Drift, kereta Mercedes yang langgar kereta Han ialah Ian Shaw (Jason Statham) yang akan membalas dendam selepas kematian adiknya, Owen Shaw. So Fast & Furious 7 in the making and akan keluar 2014 nanti kalau tak silap gua.
 
Actually film FF ni action-packed love story. And yes, seganas-ganas Dom, dalam hati ada Taman Astakona. Tak lupa jugak scene kekasih Han, iaitu Gisele (Gal Gadot) mati. Han frust, membawa diri ke Tokyo sebagaimana yang dia dan Gisele janji untuk settle down.
 
Papehal, siri Fast & Furious ni kalau ada box set, memang gua beli and simpan. Hehehe. Okeh. Layan gambar jap...
 




 

Tuesday, 9 July 2013

Proses pembuangan sawang di blog gua...


Assalamualaikum semua! Gua rasa dah lama sangat tak update blog ni. And yes, kali ni gua cuba gagahkan diri untuk ubah something so that blog gua boleh diteruskan. Hehehehe...
 
Kenapa dah lama x blogging? Well, first, gua kena penyakit M.... Penyakit Malas la tu. Huhuhu... Malas tu maybe sebab demotivate, or maybe sebab penyakit malas yang selama ni terpendam dah mula keluar balik. (Macam la selama ni rajin)
 
Okies. Lagipun life takde ubah sangat pun. Cuma opis gua je berubah-ubah. Kejap kalut, kejap tak. Tapi as usual, benda tu pun kejap jek.
 
Actually selama ni memang gua try nak rajinkan diri menulis. Tapi takpe, InsyaAllah kali ni gua akan teruskan menulis...
 
Kepada yang rajin singgah tu, mahap la yek... Hehehehe...