Tuesday, 7 May 2013

Gua dan PRU13...

 
Yeah, gua tau dah terlambat nak posting pasal PRU13. And yes, a bit sad bila PR kalah, but terubat di hati bila Kelantan masih di bawah PAS. Untuk tahun ke 23, dan tambah lagi 5 tahun la kot. Hehehehe... Oya, tarikh 5/5/13 memang membawa kenangan. Maybe ada benda yang masih boleh diperbaiki dalam PR, dan Allah s.w.t masih ingin hambanya berjuang, sebab itu belum sampai masa untuk PR memerintah negara. Dan untuk BN pula, harus di ingat, kemenangan ni bukan mutlak.



Ok. Kenapa gua nak sangat Kerajaan diganti oleh Pakatan Rakyat? Mungkin ada yang kata gua hanya mengikut budaya orang lain yang sibuk bercakap pasal politik. Well, gua akui, gua baru je berjinak2 nak perjuangkan PR lebih2 lagi PAS. Dan semuanya bermula pada PRU12 tahun 2008 dulu. Masa tu ayahanda gua tunjuk kat gua SMS dari member projek yang nak membangunkan Kelantan. Time tu baru gua tau macam mana UMNO sebenarnya. Dan kemasukan gua ke syarikat sekarang ni buatkan gua rasa memang sampai masa UMNO - BN ni diberi pengajaran.
 
Gua sedar diri gua kecik, dan gua sedar, siapa gua nakkan BN berubah. Sedangkan pemimpin mereka sendiri pun membuat benda yang sama. Dan sepanjang penantian gua untuk PRU13 ni, gua banyak belajar mengenai sejarah Malaysia, dan juga benda2 yang tak pernah diketahui sebelum ni. Gua juga dalam masa yang sama mendapat ilmu mengenai hukum politik dalam Islam. Selama ini dicanang-canang mengatakan bahawa agama dan politik tak boleh dicampur.
 
Dari hari ke hari, banyak benda gua dapat tahu. Memang banyak kepincangan yang ditegur oleh PR, tapi pada gua, BN ni agak riak. Mereka hanya rasakan BN sahaja yang mampu tadbir negara. Kalau gua la, if PR tegur, kita dengar dan ucap terima kasih. Bukan hina dan caci. Tujuan adanya pembangkang ialah untuk menegur agar pemerintah tak membuat keputusan macam negara ni keturunan dia punya.
 
Fyi, pada malam pengiraan undi, gua rasa alam sunyi sangat2. Dan gua sendiri rasa lain macam. Atau maybe perasaan je kot. Tapi esoknya, Kelantan dah dapat MB baru bagi menggantikan TG Nik Aziz. Well, a bit sad but it's about time. Kesihatan TG Nik Aziz pun tak mengizinkan dan 22 tahun membina asas di Kelantan dah cukup rasanya utk pemimpin baru meneruskan perjuangan Islam.
 
So, dalam masa 20 hari ni, PR masih boleh membuat bantahan. Maybe ada berita gembira, atau tidak, gua tak tau. But mulakan perjuangan dari sekarang.
 
p/s : perjuangan mesti diteruskan...
 

No comments: