Wednesday, 15 May 2013

Gua dan kaki injured...

 
Siapa dalam dunia ni tak pernah injured? Soalan yang 99% orang akan jawab pernah. So terbukti, manusia semua sama. Hahahaha... (gila tak seronok).
 
Kali ni gua nak bercerita pasal kaki. Yes. Kaki. Ni adalah gambar kaki gua minggu lepas. Kena pakai guard dekat 2 minggu.
 
 
Apa ke hal kena ngan kaki gua ni? Jawapan menipu, sepak orang. Jawapan sebenar, terseliuh masa main badminton. Sebagai anak kelahiran tahun 80's, bila cerita kat parents gua, jawapan yang diorang bagi as usual la....
 
"Tu la. Dah gemuk pun nak main badminton lagi?"
 
Jawapan standard parents gua. Hahahaha... Ok, back to the topic. Actually gua baru je nak start 1st game, sekali salah step, pergelangan kaki gua tegak 90 darjah dan ada bunyi *pop*. Terus gua terduduk atas court, tersengih je la. Bukak kasut, stokin, terus ngensot ke luar court. Masa tu memang sakit. Dah tu gua terpikir, camna gua nak balik? Kereta lak manual. Kaki kiri lak tu yang letop.
 
Nasib baik lepas kena tu gua terus duduk, gantung kaki, sapu krim panas. So that malam tu kaki gua kurang sakit. Esok pagi tu, pagi mengundi pulak, langsung xleh jejak kaki gua. Tapi dah nama pun degil, bedal je jalan. Pakai guard, gi undi.
 
Itu yang jadi last 2 week. Kalau ikut, gua pernah kena sampai pucat2 muka nak pengsan tahan sakit. Masa tu sekolah menengah. Tengah duk lari2 ka koridor, dah nampak dah kaki ni bakal landing lain macam. Sekali kena, ligamen kaki gua koyak. Itu first time kena, memang sakit macam nak pitam kejap. Al maklum, x pernah kena. Hahahaha...
 
Dan akibat dari benda tu, 2 bulan gua gi sekolah dengan kaki berbalut. Dah la naik bas, nak kena rebut dengan org ramai. Pulak tu jenis x bagi peluang kat budak sekolah menengah. Hehehe... Dan sebab ligamen koyak jugak la gua tak dapat join pertandingan silat antara sekolah.
 
Itu kaki belah kiri. Dan lepas elok kaki tu, dekat2 nak SPM, kaki belah kanan gua pulak kena. Gara2 cover macho turun dari bas. Lepas tu bas lantai bolos, support ngan pelapik jek. Sama jugak la akibat dia. 2 bulan lagi kaki berbalut...
 
Then sekarang ni kaki gua dah kira ok sket la. Seminggu solat xleh duduk antara dua sujud. Guna kerusi kejap. Then duduk cara x selesa. La ni dah ok sket lepas kena seksa dengan tukang urut. Huhuhuhu... Still stiff lagi, tapi ok la. Sabtu ni badminton lagik. Hahahahaha!
 
 

No comments: