Wednesday, 15 May 2013

Gua dan kaki injured...

 
Siapa dalam dunia ni tak pernah injured? Soalan yang 99% orang akan jawab pernah. So terbukti, manusia semua sama. Hahahaha... (gila tak seronok).
 
Kali ni gua nak bercerita pasal kaki. Yes. Kaki. Ni adalah gambar kaki gua minggu lepas. Kena pakai guard dekat 2 minggu.
 
 
Apa ke hal kena ngan kaki gua ni? Jawapan menipu, sepak orang. Jawapan sebenar, terseliuh masa main badminton. Sebagai anak kelahiran tahun 80's, bila cerita kat parents gua, jawapan yang diorang bagi as usual la....
 
"Tu la. Dah gemuk pun nak main badminton lagi?"
 
Jawapan standard parents gua. Hahahaha... Ok, back to the topic. Actually gua baru je nak start 1st game, sekali salah step, pergelangan kaki gua tegak 90 darjah dan ada bunyi *pop*. Terus gua terduduk atas court, tersengih je la. Bukak kasut, stokin, terus ngensot ke luar court. Masa tu memang sakit. Dah tu gua terpikir, camna gua nak balik? Kereta lak manual. Kaki kiri lak tu yang letop.
 
Nasib baik lepas kena tu gua terus duduk, gantung kaki, sapu krim panas. So that malam tu kaki gua kurang sakit. Esok pagi tu, pagi mengundi pulak, langsung xleh jejak kaki gua. Tapi dah nama pun degil, bedal je jalan. Pakai guard, gi undi.
 
Itu yang jadi last 2 week. Kalau ikut, gua pernah kena sampai pucat2 muka nak pengsan tahan sakit. Masa tu sekolah menengah. Tengah duk lari2 ka koridor, dah nampak dah kaki ni bakal landing lain macam. Sekali kena, ligamen kaki gua koyak. Itu first time kena, memang sakit macam nak pitam kejap. Al maklum, x pernah kena. Hahahaha...
 
Dan akibat dari benda tu, 2 bulan gua gi sekolah dengan kaki berbalut. Dah la naik bas, nak kena rebut dengan org ramai. Pulak tu jenis x bagi peluang kat budak sekolah menengah. Hehehe... Dan sebab ligamen koyak jugak la gua tak dapat join pertandingan silat antara sekolah.
 
Itu kaki belah kiri. Dan lepas elok kaki tu, dekat2 nak SPM, kaki belah kanan gua pulak kena. Gara2 cover macho turun dari bas. Lepas tu bas lantai bolos, support ngan pelapik jek. Sama jugak la akibat dia. 2 bulan lagi kaki berbalut...
 
Then sekarang ni kaki gua dah kira ok sket la. Seminggu solat xleh duduk antara dua sujud. Guna kerusi kejap. Then duduk cara x selesa. La ni dah ok sket lepas kena seksa dengan tukang urut. Huhuhuhu... Still stiff lagi, tapi ok la. Sabtu ni badminton lagik. Hahahahaha!
 
 

Friday, 10 May 2013

Gua dan Movie : Ironman 3

 
Iron Man. Gua tak suka kartun dia. Senang cerita gua tak follow pun kartun or komik dia. Tapi bila keluar movie Iron Man dulu, gua memang salute kat director and team. Memang menjadi. So, last week gua bertemankan Cik Nila, melayan Iron Man 3 kat KLCC. After office la, bila lagik...

Eh, salah gambar...



Sequel kali ni mengisahkan tentang keadaan dan musuh baru Tony Stark @ Iron Man selepas peristiwa Loki nak jajah Bumi dalam The Avengers. Dan mula dari situ, masa Iron Man hantar peluru berpandu ke angkasa lepas, dia merasakan susah untuk melindungi Miss Pepper Potts. Dan selepas peristiwa tu jugak, Tony Stark dah buat bermacam2 Iron Man upgrade sehingga Mark 42, hanya untuk melindungi Pepper.
 
Dan pada masa itu juga, muncul musuh baru, The Mandarin. Tapi The Mandarin ni real ke? Rasa lu orang better gi tengok sendiri. Gua suka buat spoiler, tapi dulu la. Sekarang tidak lagi sebab gua ngan Cik Nila pun dah jarang tgk wayang. Hehehehe...
 
Neway pada gua, ni movie sequel yang terbaik gua pernah tgk. Sebab sebelum ni, kebanyakan movie sequel tak berapa mengancam. Tapi for CGI, gua prefer Iron Man. Sebab as usual, masa tu Iron Man macam org biasa je. And CGI dia memang mengancam.
 
Maybe ini merupakan filem Iron Man terakhir, tapi kena ingat, banyak movie Tony Stark akan ada. Contoh, masa movie The Incredible Hulk dulu, scene last movie tu, Tony Stark berjanji untuk membantu pihak tentera menangkap Hulk.
 
Oya, last scene dalam movie Iron Man 3 ni ialah scene Tony Stark jumpa dengan Dr. Bruce Banner. Nak tau masa bila? Jadi penunggu la lu orang dalam panggung. Hahahaha...
 
Anyway, gua enjoy dengan movie ni, and rasanya kalau lu orang peminat Iron Man, or peminat Robert Downey Jr, kemungkinan besar lu orang takkan keciwa...




 
Sekarang tengah menunggu Fast & Furious 6 pulak...
 

Tuesday, 7 May 2013

Terima kasih Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat!

 
Ini gua amik dari page http://malaysianreview.com/2013/05/06/nik-aziz-bersara-menteri-besar-kelantan-politik/ . Sebab malas nak tulis sendiri...

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah…10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat….

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia…..
 
 
 
Yes, gua membesar dalam zaman Tuan Guru Nik Aziz menjadi pemimpin Kelantan. Dari kecik gua ulang alik Kelantan, dan gua nampak perbezaan yang ada di Kelantan, tetapi tiada di tempat lain dalam Malaysia. Terima kasih Tuan Guru Nik Aziz...
 















 

 
p/s : terima kasih TGNA, ikon kepada Muslim dan Non-Muslim, tidak mengira bangsa...
 

Gua dan PRU13...

 
Yeah, gua tau dah terlambat nak posting pasal PRU13. And yes, a bit sad bila PR kalah, but terubat di hati bila Kelantan masih di bawah PAS. Untuk tahun ke 23, dan tambah lagi 5 tahun la kot. Hehehehe... Oya, tarikh 5/5/13 memang membawa kenangan. Maybe ada benda yang masih boleh diperbaiki dalam PR, dan Allah s.w.t masih ingin hambanya berjuang, sebab itu belum sampai masa untuk PR memerintah negara. Dan untuk BN pula, harus di ingat, kemenangan ni bukan mutlak.



Ok. Kenapa gua nak sangat Kerajaan diganti oleh Pakatan Rakyat? Mungkin ada yang kata gua hanya mengikut budaya orang lain yang sibuk bercakap pasal politik. Well, gua akui, gua baru je berjinak2 nak perjuangkan PR lebih2 lagi PAS. Dan semuanya bermula pada PRU12 tahun 2008 dulu. Masa tu ayahanda gua tunjuk kat gua SMS dari member projek yang nak membangunkan Kelantan. Time tu baru gua tau macam mana UMNO sebenarnya. Dan kemasukan gua ke syarikat sekarang ni buatkan gua rasa memang sampai masa UMNO - BN ni diberi pengajaran.
 
Gua sedar diri gua kecik, dan gua sedar, siapa gua nakkan BN berubah. Sedangkan pemimpin mereka sendiri pun membuat benda yang sama. Dan sepanjang penantian gua untuk PRU13 ni, gua banyak belajar mengenai sejarah Malaysia, dan juga benda2 yang tak pernah diketahui sebelum ni. Gua juga dalam masa yang sama mendapat ilmu mengenai hukum politik dalam Islam. Selama ini dicanang-canang mengatakan bahawa agama dan politik tak boleh dicampur.
 
Dari hari ke hari, banyak benda gua dapat tahu. Memang banyak kepincangan yang ditegur oleh PR, tapi pada gua, BN ni agak riak. Mereka hanya rasakan BN sahaja yang mampu tadbir negara. Kalau gua la, if PR tegur, kita dengar dan ucap terima kasih. Bukan hina dan caci. Tujuan adanya pembangkang ialah untuk menegur agar pemerintah tak membuat keputusan macam negara ni keturunan dia punya.
 
Fyi, pada malam pengiraan undi, gua rasa alam sunyi sangat2. Dan gua sendiri rasa lain macam. Atau maybe perasaan je kot. Tapi esoknya, Kelantan dah dapat MB baru bagi menggantikan TG Nik Aziz. Well, a bit sad but it's about time. Kesihatan TG Nik Aziz pun tak mengizinkan dan 22 tahun membina asas di Kelantan dah cukup rasanya utk pemimpin baru meneruskan perjuangan Islam.
 
So, dalam masa 20 hari ni, PR masih boleh membuat bantahan. Maybe ada berita gembira, atau tidak, gua tak tau. But mulakan perjuangan dari sekarang.
 
p/s : perjuangan mesti diteruskan...