Tuesday, 30 April 2013

Gua dan trip : Temerloh

 
Okies. Kali ni gua nak story pasal trip sehari gua bersama-sama Cik Nila dan parents gua. Kami ke Temerloh. Shoot pagi2 selepas Subuh, dan sampai ke sana dalam jam 8.30 pagi. Actually sejak kahwin, ayahanda gua duk ajak ke sana, cuma xde kesempatan. And itu adalah kali pertama gua dan Cik Nila ke pasar pagi Temerloh.

Kejadah jauh sangat utk ke pasar? Well, as we all know, pasar pagi Temerloh memang terkenal dengan pelbagai jenis ikan. Ikan? Yup. Kat sini kalau lu orang nak carik ikan patin liar (yg feymes dengan harga mahal nak mampus) kepada ikan2 pelik.

And pada hari tersebut, ikan takdelah rare sangat. in fact ayahanda gua sendiri kata ikan kali ni tak berapa nak pelik2. Hehehehe... So bila sampai je kat pasar pagi tu, first thing first ialah bekpes. Makan je apa ada, gua bedal tempe sambal. Hahahaha.
 
Then dah kekenyangan, baru la memulakan perjalanan. Panjang gak stretch pasar pagi ni. Memang gua kelabu mata tgk ikan2. Al maklum, ikan segar. In fact ada jugak yang jual ikan kolam ternak sendiri. Anak ikan keli pun dalam 30 sen sekor. Time nak balik ke kereta, kontang langsung bekas anak ikan keli tu. Semua dah kena bedal. Hehehehe...
 
Gua suka benda2 macam ni. Gua suka tgk ikan2 segar. Walaupun kalau ikutkan gua x berapa reti nak pilih ikan yang elok, at least gua kenal la jugak ikan yang dah lama. Hehehe... Cuma kali ni parents gua je yang shopping. Gua dengan Cik Nila setakat cuci mata. Segar la kejap. Hahahaha...
 
Ikut perhitungan gua, ada la dalam 1 kilometer dia punya pasar pagi. Syiok wooo... Ada la jugak gua tgk ikan2 yang gua x kenal. Hehehehe. Well, lepas round sampai hujung, agak dah xde benda nak beli, terus je gua and family head back to kereta. Tapi sempat jugak la naik jambatan gantung kat sana. Bonda gua x naik. So dia hang out kat bawah layan berborak.
 
Actually ramai je orang luar kat pasar pagi ni. Ada jugak dari Singapore. Datang Sabtu, tido semalam, Ahad pagi gi pasar, lepas tu balik Singapore. Tengah hari tu sebelum shoot balik KL, gua and family lunch Ikan patin masak tempoyak. Memang awesome. Kena pulak dengan tebu pior pure. Peh!
 
Ok, so ini antara picture yang ada....











 
 
p/s : lepas beberapa lama, ni baru gua post pasal jalan2. Hehehehe....

No comments: