Thursday, 11 April 2013

Gua dan Movie : Rock


Assalamualaikum. Ok, pada kali ni, gua nak post pasal movie arahan Mamat Khalid, filem Rock. Kenapa baru ni gua nak cerita? Well, since gua pun akan post pasal Rock Oo, so rasa better gua review yang ni dulu...
 
Filem Rock ni mengisahkan mengenai sekumpulan anak muda kampung, Jijo, Black, Amy dan Zack yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan rock Rimba Bara. Pada tahun itu, Malaysia sedang mengalami fenomena di mana muzik rock menjadi ikutan dan budaya.




So, bermula dengan persiapan, latihan untuk menyertai Battle Of The Band, kumpulan Rimba Bara turut dicabar oleh Malaikat Maut, sebuah band metal diketuai oleh Zul Kapan.
 

 
Filem Rock ni banyak menceritakan pasal Zack, gitaris utama Rimba Bara. Antara cabaran Zack ialah apabila ayahnya sendiri tidak mahu Zack terlalu fokus kepada muzik dan mula bekerja. Ditambah pula apabila Katy, buah hati Zack memberi tekanan kepada Zack untuk mencari kerja tetap supaya dapat menampung keluarga di masa depan.
 
Pada awal movie, Zack dilihat sebagai seorang pekerja POS yang tidak bersemangat. Kerana minatnya dalam muzik ditentang dan terpaksa dikorbankan. Movie mula jadi semangat bila Zack terjumpa surat dari Katy kepada band Rimba Bara yang tidak diposkan. Dan dari situ sejarah silam bermula.
 
Movie ni actually focus kepada bagaimana sekumpulan anak muda yang mahu menyertai Battle Of The Band dengan harapan dapat membuat album dan menjadi terkenal. Banyak scene2 yang mengingatkan kepada kita mengenai scene rock pada hujung 80-an dan awal 90-an.
 
Antara scene best, ialah masa band Rimba Bara potong seat kulit dalam bas semata-mata nak buat seluar kulit ketat. Tak lupa juga scene Battle Of The Band di mana Rimba Bara bawak lagi Pelesit Kota. Dialog2 dalam movie ni pun banyak yang sinis.
 
Selepas Zack bekerja, gitaris Rimba Bara diganti oleh gitaris Malaikat Maut. Dan semasa majlis perkahwinan Zack, Rimba Bara sempat jamming bersama. Dan itu adalah jamming terakhir Zack bersama Rimba Bara sebab otw balik dari majlis, van yang bawak Rimba Bara eksiden dan Jijo, basist Rimba Bara terkorban.
 
So itulah serba sedikit pasal movie ni. Kalau lu orang nak tau lanjut, atau sepenuhnya, lu orang boleh la cari DVD or download. Gua sendiri ada dah DVD movie ni. Hehehhee...

p/s : R.O.K.E.R, Rockers...
 

No comments: