Tuesday, 23 April 2013

Gua dan Movie : Rock Oo


Assalamualaikum. Yeah gua tau movie ni dah lama. Gua pun dah tengok banyak kali. Mula plan nak tengok kat wayang, alih2 bukak Astro First jek. RM15, 48 jam, bedal sampai muntah. Gua memang tunggu filem ni, sebab gua dah layan Rock. Cuma Cik Nila je tak pernah layan. So gua dengan Cik Nila pun amik la during one of the weekend. Ohya, gua amik sebelum Cik Nila fly ke Jakarta. So masa packing barang and kemas baju tu, sampai 3 kali straight jugak la kami layan.


Ok. Rock Oo ni merupakan sambungan filem Rock. Dalam filem Rock, band Rimba Bara telah berjaya dalam Battle Of The Band. And band Rimba Bara telah mengambil Zul Kapan dari Malaikat Maut untuk ganti Amy Mat Piah, vokalis asal Rimba Bara.
 

Selepas berjaya dalam Battle Of The Band, Zack, gitar utama Rimba Bara dah letak jawatan sebab kawin and ada family sendiri. So Rock Oo ni, Zack dah xde, sebab cerita kali ni pasal selepas menang Battle Of The Band, Rimba Bara dibawa oleh Encik Man ke KL utk buat rakaman album yang tak siap. Ditambah pula Luncai Emas ambil Zul Kapan dan Malaikat Maut untuk buat album metal, so Rimba Bara dah xde vokalis dan gitaris.


Berita pasal Rimba Bara sampai ke Amy Mat Piah, dan dia mula mengumpul semula ahli Rimba Bara. Pada masa ni, mereka mengambil Slash Haji Tapah, menggantikan gitaris utama Rimba Bara yang sebelum tu menggantikan Zack, iaitu gitaris Malaikat Maut.

Pantang anak petani moden berundur!

Kapal selam kalau x boleh menyelam, letak atas darat, buat reban...
An? ek? An?

Aku xnak balik...

Macam mana ko boleh kokak itik tu atas pentas?!

Ok... ok... aku ok... Terima kasih ok.

Pada gua, gua terhibur dengan movie ni. Sebab gua membesar di penghujung zaman Rock mula bertapak di Malaysia. And yes, kebanyakan lagu2 Melayu yang dalam movie ni adalah lagu2 yang gua dengar dari zaman sekolah. So movie ni agak mengingatkan gua pada zaman2 baru nak naik bak kata orang. Hehehehe...
 
Kalau lu orang di antara manusia yang nak tubuh band rock suatu masa dulu, try la tengok cerita ni...


 

No comments: