Tuesday, 30 April 2013

Gua dan trip : Temerloh

 
Okies. Kali ni gua nak story pasal trip sehari gua bersama-sama Cik Nila dan parents gua. Kami ke Temerloh. Shoot pagi2 selepas Subuh, dan sampai ke sana dalam jam 8.30 pagi. Actually sejak kahwin, ayahanda gua duk ajak ke sana, cuma xde kesempatan. And itu adalah kali pertama gua dan Cik Nila ke pasar pagi Temerloh.

Kejadah jauh sangat utk ke pasar? Well, as we all know, pasar pagi Temerloh memang terkenal dengan pelbagai jenis ikan. Ikan? Yup. Kat sini kalau lu orang nak carik ikan patin liar (yg feymes dengan harga mahal nak mampus) kepada ikan2 pelik.

And pada hari tersebut, ikan takdelah rare sangat. in fact ayahanda gua sendiri kata ikan kali ni tak berapa nak pelik2. Hehehehe... So bila sampai je kat pasar pagi tu, first thing first ialah bekpes. Makan je apa ada, gua bedal tempe sambal. Hahahaha.
 
Then dah kekenyangan, baru la memulakan perjalanan. Panjang gak stretch pasar pagi ni. Memang gua kelabu mata tgk ikan2. Al maklum, ikan segar. In fact ada jugak yang jual ikan kolam ternak sendiri. Anak ikan keli pun dalam 30 sen sekor. Time nak balik ke kereta, kontang langsung bekas anak ikan keli tu. Semua dah kena bedal. Hehehehe...
 
Gua suka benda2 macam ni. Gua suka tgk ikan2 segar. Walaupun kalau ikutkan gua x berapa reti nak pilih ikan yang elok, at least gua kenal la jugak ikan yang dah lama. Hehehe... Cuma kali ni parents gua je yang shopping. Gua dengan Cik Nila setakat cuci mata. Segar la kejap. Hahahaha...
 
Ikut perhitungan gua, ada la dalam 1 kilometer dia punya pasar pagi. Syiok wooo... Ada la jugak gua tgk ikan2 yang gua x kenal. Hehehehe. Well, lepas round sampai hujung, agak dah xde benda nak beli, terus je gua and family head back to kereta. Tapi sempat jugak la naik jambatan gantung kat sana. Bonda gua x naik. So dia hang out kat bawah layan berborak.
 
Actually ramai je orang luar kat pasar pagi ni. Ada jugak dari Singapore. Datang Sabtu, tido semalam, Ahad pagi gi pasar, lepas tu balik Singapore. Tengah hari tu sebelum shoot balik KL, gua and family lunch Ikan patin masak tempoyak. Memang awesome. Kena pulak dengan tebu pior pure. Peh!
 
Ok, so ini antara picture yang ada....











 
 
p/s : lepas beberapa lama, ni baru gua post pasal jalan2. Hehehehe....

Tuesday, 23 April 2013

Gua dan Movie : Rock Oo


Assalamualaikum. Yeah gua tau movie ni dah lama. Gua pun dah tengok banyak kali. Mula plan nak tengok kat wayang, alih2 bukak Astro First jek. RM15, 48 jam, bedal sampai muntah. Gua memang tunggu filem ni, sebab gua dah layan Rock. Cuma Cik Nila je tak pernah layan. So gua dengan Cik Nila pun amik la during one of the weekend. Ohya, gua amik sebelum Cik Nila fly ke Jakarta. So masa packing barang and kemas baju tu, sampai 3 kali straight jugak la kami layan.


Ok. Rock Oo ni merupakan sambungan filem Rock. Dalam filem Rock, band Rimba Bara telah berjaya dalam Battle Of The Band. And band Rimba Bara telah mengambil Zul Kapan dari Malaikat Maut untuk ganti Amy Mat Piah, vokalis asal Rimba Bara.
 

Thursday, 11 April 2013

Gua dan Lagu : Rimba Bara - Tika

 


Cahaya di dalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari ke dasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini..

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang.. oh..

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini..

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku.. oh.. oh.. oh..

Disisi ku.. merestui ambisiku.. oh

Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku.. Jalan ku..
Tangisan harum tertumpah

Gua dan Movie : Rock


Assalamualaikum. Ok, pada kali ni, gua nak post pasal movie arahan Mamat Khalid, filem Rock. Kenapa baru ni gua nak cerita? Well, since gua pun akan post pasal Rock Oo, so rasa better gua review yang ni dulu...
 
Filem Rock ni mengisahkan mengenai sekumpulan anak muda kampung, Jijo, Black, Amy dan Zack yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan rock Rimba Bara. Pada tahun itu, Malaysia sedang mengalami fenomena di mana muzik rock menjadi ikutan dan budaya.




So, bermula dengan persiapan, latihan untuk menyertai Battle Of The Band, kumpulan Rimba Bara turut dicabar oleh Malaikat Maut, sebuah band metal diketuai oleh Zul Kapan.
 

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen dah bubar. PRU13 on the way!


Maka dengan ini, pada tarikh 3 April 2013, Rabu, jam 11.30 pagi, saat yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia telah berlaku.
 
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dah umum pembubaran parlimen. And x lama lagi dah nak hari pilihanraya.
 
 
 
I guess the real war starts now. Paling sengit dalam sejarah Malaysia maybe.
 
Undi jangan ikut emosi, they say. Undi ikut akal, they say... Kita diajar bagaimana memilih pemimpin. And adalah tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang layak.
 
Sama ada kita sama2 akan ke Stadium Merdeka lagi sekali, seperti mana yang dijanjikan oleh DS Anwar Ibrahim, atau tidak, terpulang kepada kita semua.
 
 
Pada gua, rakyat Malaysia perlukan sesuatu yang baru, yang fresh. Maybe selepas pilihanraya ini, akan wujud sistem 2 parti. Bermakna lebih adil dan lebih matang. Kenapa adil? Akhirnya rakyat mampu memilih siapa yang layak memimpin negara.
 
So guys, hak mengundi adalah hak lu orang. Gua dan rakan2 sekadar menyampaikan apa yang patut supaya lu orang mampu menilai sendiri kemampuan ahli politik pilihan lu orang.
 
Ingat, undi adalah tanggungjawab kita semua. Jika tersalah pilih, maknanya menjawab la kita nanti...
 
So sekarang cuma menunggu tarikh pilihanraya....
 
 

Monday, 1 April 2013

Pada yang dah lama x jumpa parents...

 
Sehebat mana pun kita...
Segagah mana pun kita...
Sebaik mana pun kita...
 
 
Jangan sesekalipun lupa siapa yang melahirkan kita...
 

Gua nampak Hijau...

 
Gua xde idea nak post apa pun, just nak post gambar2 ni jek...
Sekitar majlis "Anak Muda Kelate B'Maruah"...
Di samping wasiat Tuan Guru Nik Aziz...
 
Event ni langsung hari Khamis...
Gua balik Kelantan hari Sabtu...
Jumaat pun ada majlis lain pulak...
 
Huhuhuhu...

Anok Muda Kelate Bermaruah... 

Agak2 majlis yang ada K-Pop aura dia sama tak?