Thursday, 14 March 2013

Malaysiaku...

 
Assalamualaikum. Lately ni gua jarang2 nak berblog dah. Sebab apa? Well, first, gua punya phone kaput, so phone yang gua guna sekarang ni Nokia Museum. So gua xde semangat idea nak menulis kalau xde gambar.
 
Secondly, ialah sebab kawan2 gua dah jarang nak berblog. Ada yang dah setahun x update, ada yang jenis ilang terus. So sedikit sebanyak gua rasa a bit down la jugak. Ye la, menulis tapi macam xde orang baca. Hehehehe...
 
 
But kali ni gua nak share pasal isu Lahad Datu. Gua xtau dari mana datangnya tiba2 'so called' askar Sultan Sulu. Yang gua tau, tiba2 masuk paper The Star, kata Sabah diceroboh oleh 200 orang pengganas Sulu. Pelikkan? Tengah enjoy2 berpolitik, tiba2 satu hari dekat frontpage, ada berita pasal Sabah diceroboh.
 

Gua percayakan angkatan tentera Malaysia. Yang gua tak percaya adalah ahli politik. Hehehehe. Mesti ada yang cakap 'ko duk sokong bla bla bla...'. Yes, gua sokong perjuangan orang2 yang inginkan perubahan dalam Malaysia. Gua x sokong kalau kes Lahad Datu tu dipolitikkan.
 
The best part is, PM kata jangan politikkan isu Lahad Datu, dalam masa yang sama, Kerajaan tunding jari ke Anwar Ibrahim. So siapa yang mula mempolitikkan isu Lahad Datu ni sebenarnya?
 
Gua cuma mintak, masyarakat Malaysia sekarang fokus kepada kes Lahad Datu. Berjuang untuk Sabah. Bukan pergi lempar telur kat bangunan PKR. Dalam masa yang sama, tengah kes Lahad Datu panas, tiba2 umum RON97 naik RM0.20 sen. Dalam lu orang semua termasuk gua bersedih dengan pemergian pejuang negara yang terkorban, boleh pulak RON97 dinaikkan.
 
Lately ni ramai duk share gambar2 yang dikatakan anggota keselamatan negara yang terkorban. Maksud gua 6 orang polis yang diserang hendap. Kalau gambar posing passport, xpe lagi. Ini gambar dipenggal, badan hancur dicincang. X cukup dengan itu, dalam media cetak pun nak letak gambar paru2 la apa la. Gua xtau apa tujuan media letak gambar tu. Please, sensitive sikit dengan family and friends pejuang2 yang terkorban...
 
Berbalik kepada cerita awal. Jangan politikkan isu Lahad Datu. Tapi pada masa kes Lahad Datu ni, ada ahli politik yang menganggap ini adalah masa yang sesuai untuk menunding jari.
 
Yes, gua penyokong rakyat. And yes, gua nakkan perubahan. Tapi jangan sebab mandat untuk dacing berkuasa dah nak tamat, kes Lahad Datu ini digunakan untuk extend mandat. Gua cuma harapkan, kes Lahad Datu ini diselesaikan secepat mungkin, then lepas tu baru kita berjuang untuk Malaysia yang baru.
 
p/s : Bertanding biarlah adil. Jangan ikat tangan, kaki dan mulut, lepas tu ajak bertumbuk...
 

2 comments:

Puaka Anglerz Tribe said...

seram beb.. walaupun jauh tapi keluar rumah sekarang perasaan dah tak sama dengan dulu.. huhuhuhuhu..

phat_lee said...

Ipen, ko and family jaga diri kat sana...