Friday, 8 March 2013

Gua dan Tulang Belakang.

Semalam gua dengan Cik Nila ke SS2 Petaling Jaya. Sebab apa? Cik Nila masih lagi sakit2 kaki dan pinggang, so gua bawak dia test repair badan cara lain pulak. Kat kedai ni...


Echiro? Yup, Echiro ni kat SS2. Alang-alang cuba sekali kan? Mana dapat? Bukak je groupon. Kalau ada, try je. Gua dapat RM40 untuk dua orang. Pebenda yang dia cover dengan RM40 tu? Well, since dia bagi pun trial package, yang ada pun 20 minit panaskan kaki, yang ni guna steamer. Sebab apa? Kaki ni area paling susah nak peluh than badan lain. So toxin banyak kat bawah. Dari warna peluh, dia boleh detect penyakit apa.



Lepas 20 minit tu, gua dengan Cik Nila buat Spine Stretching Therapy selama 45 minit pulak. Yang ni gua suka, sebab relax dan boleh betulkan balik tulang belakang. Gua dari kecik memang bongkok. So kalau nak elok balik, treatment ni kena pergi selalu. So ready la duit sikit. Lagi satu, treatment ni bukan macam mesin urut kat shopping complex tu. Yang ni kena baring, dan pekerja Echiro akan letak sandbag kat kaki so that kaki xde terangkat sangat. Dan massage ni style ombak. So imagine la macam mana badan tu kena ombak. Tiga kali pertama agak sakit sebab badan tengah stiff, tapi bila dah kurang stiff, boleh tido weh~


Lepas tu, final treatment adalah Health Cube Detox. Kebende ni? Ala, macam sauna but using infrared. Sesuai la kalau lu orang nak slimkan badan. Benda ni buat 15 minit je, but staff Echiro bagi try 12 minit dulu. Sebelum start kena minum air, lepas 6 minit pertama pun kena teguk air. Then lepas 12 minit, staff Echiro akan tanya sama ada nak teruskan baki 2 minit lagi atau x. Al maklum la first time, kata terus jek. Tapi baki 2 minit tu memang agak seksa.



Hasil dia? Lepas je Health Cube Detox, gua dah kebulur. Gila lapar. Hehehe... And one thing for sure, kaki rasa ringan. As usual, bahagian dalaman badan ni kalau nak repair balik, kalau pergi urut pun paling kurang kena 3 kali. So, gua plan utk buat Spine Stretching Therapy tu lagik. Bila? Maybe dalam masa terdekat kot. Depends la.
 
Kalau berminat nak try, Google je Echiro...
 

2 comments:

Cyana Moose said...

oooo bestnya guna groupon kan?
okay aku dah tinggalkan komen. salu baca tp mls mau komen. hehe

phat_lee said...

ok. semangat balik nak blog. hahahah...