Thursday, 7 March 2013

Gua dan ATM.

 
Assalamualaikum. Lama dah rasanya gua x update blog gua ni. Ye la, pembaca pun xde tinggal komen. A bit demotivate la jugak bila tgk macam xde orang baca. And yes, semalam member gua dah pesan untuk bersihkan sawang kat blog. Hehehehe...
 
Ok, kali ni gua nak luah pasal ATM. Bukan ATM askar tu. Gua tahu kes Lahad Datu yang agak dasat tu, tapi gua xnak sebut pasal kes tu. Yang tu biar yang pakar selesaikan. Gua setakat orang awam biasa. Masuk pengakap dulu pun sebab nak nampak cantik kat report card. Hahahaha..
 
ATM. Mesin ATM yang Kawanku masa ada duit, xnak kawan bila gaji dah abeh. Contohnya keadaan gua sekarang. Xnak kawan gua dengan Maybank. Sebab dia xnak bagi gua duit dah. Kena tunggu hujung bulan. Ye la, ATM pun stands for Always Take Money, dan juga Asal Tekan, Muncul...Hehehehe...
 
 
 

Neway, kenapa ATM? Well, last week gua and Cik Nila melepak ke Axis Atrium. Nama dasat, tapi dalam... pergi sana baru tau. And masa tu, Cik Nila nak cari kawan rimau dia. So bila dah jumpa, as usual gua berdiri belakang dia. Walaupun gua husband dia, xde la gua nak jengah2 tgk balance gaji dia. And pada masa yang sama, ada la couple ni, nak cucuk duit sekali. Gua bagi laluan...
 
At first couple ni terus je diri depan gua, macam potong que la. Padahal gua x kawan dah dengan ATM tu. Yang budak lelaki ni perasan gua tgh berdiri, dia mintak maaf. Sebagai seorang lelaki Malaysia Melayu yang berbudi, gua kata "xpe, x cucuk"...
 
Gua beredar. The best part is, masa tu Cik Nila tengah duk nak mencucuk ATM, yang budak ni dengan partner dia boleh jengah2 tgk skrin ATM. Haih la...
 
 
 
 
Gua pelik dengan orang sekarang. Dah xde rasa nak respect privacy orang lain dah especially budak2 yang baru kenal guna ATM. Padahal dah ada line dah kena diri kat mana, jarak berapa jauh supaya details tu x nampak. Tapi bila tengok budak2 or orang2 macam ni, gua tatau nak cakap apa.
 
Kadang2 bukan budak2. Bapak budak pun sama. Macam mana anak tak ikut kalau bapak pun macam tu? Itu orang local, kena foreigner? ATM adalah salah satu area private kita masa kita tengah guna. Orang lain xde hak utk tgk details kita sebab ianya merbahaykan.
 
Lagi satu yang gua tak tahan masa que kat ATM ialah bila que tengah panjang, dia boleh ajar anak kecik cara nak tekan nombor2 ATM tu. Haduyainye lapun... Niat lu orang nak ajar tu dah betul, tapi sila la tgk rear view mirror, berapa kilometer punya panjang yang nak guna mesin ATM tu. And yes, gua pernah alami. Si anak salah tekan, padam, then tekan, silap lagik. Rasa nak backhand. Lepas tu parents sengih2 je tgk anak buat macam tu...
 
 
 
 
Last2 gua blah. ATM tu jadi hak privacy sekejap jek. Jangan buat ATM tu macam personal punya. Kad dah kluar, lu orang dah xde privacy. Tu belum gua cerita pasal check statement. Amik statement, tgk kat tempat lain la kalau lu orang rasa xnak guna.
 
Lucky for me, badan gua besar. So orang nak tgk details, gua block guna badan jek. Hahahahaha!
 

No comments: