Wednesday, 13 February 2013

Gua kembali!

 
Assalamualaikum! Rasanya dah bersawang dah blog gua ni x diupdate. Well, sejak jadi ejen Takaful ni, gua terpaksa korbankan sikit masa gua. Even during weekend pun gua kena korbankan sedikit. Well, buat Takaful ni seronok actually, lebih2 lagi bila tengok duit komisen masuk. Walaupun RM30, but still, siapa yang nak bagi duit extra macam ni, ye tak?
 
Buat masa ni gua baru ada dua kes. Anak sedara gua, dan juga member kolej lama gua. And InsyaAllah semua akan jadi elok2 sahaja. Hehehehe... Gua pun sekarang ni nak spend more time dengan parents gua, lebih2 lagi sebab parents gua suka berjalan-jalan @ roadtrip, and yes, gua dengan Cik Nila pun minat benda yang sama.
 
Gua nak share halfday roadtrip gua and Cik Nila bersama parents gua ke Temerloh, cuma gambar xde pulak time ni. Semua ada kat Cik Nila. Huhuhuhu... Lama dah tak snap gambar sambil drive macam sebelum2 ni. Ye la, henpon pun ol'skool. Sampai member gua rayu mintak tukar, sebab xleh nak whats app.
 
Gua rasa nak bebel pasal duit, tapi sebab gua pun bukan orang terror buat duit. Gua reti spend duit jek. Hehehehe. Neway, semakin meningkat dewasa ni, semakin gua jadi macam parents gua. Gua nak jadi se'cool' daddycool ayahanda gua, dan gua nak jadi financial controller macam bonda gua. Kepada yang kenal parents gua, maybe paham kot... hehehe...
 

Cool macam ayahanda? Well, my dad is a cool dad. Bukan cool boleh ajak lepak minum kat kedai mamak tgh2 malam, cuma beliau seorang yang penyabar. Dan seriously contra dengan bonda gua. Susah nak tgk ayahanda gua garang, maybe sebab dari kecik dulu gua dan adik beradik duk ngadap muka serious ayahanda sebab dia dulu polis. Hehehehe...
 
Financial controller? Yeah, bonda gua seorang financial controller yang hebat. Belanja tiap bulan, dari zaman ayahanda gua dapat gaji separuh sebab sambung study, sampai la anak2 dia dah bekerjaya, sehari pun xde meja makan kat rumah gua kosong dari makanan. And yes, dengan anak 5, kereta 2 dan ayahanda gua dapat gaji separuh, bonda punya calculation on budget memang hebat. Imagine masa tu dengan bonda surirumah sepenuh masa, jaga budak, and duit diperlukan untuk loan rumah, bil2, anak2... still gua dan adik beradik boleh happy. Sebab bonda betul2 kira belanja budget. "Tak cukup seposen, x jadi seratus"... gua ingat lagi ayat ni masa gua duk kira duit tabung.
 
Since sekarang ni wallet gua adalah wallet untuk duit note sahaja, duit syiling gua terpaksa masuk dalam poket, and bila sampai rumah, ke tabung beruang laa... hahaha... and yes, monthly saving pulak duit lain. Yang syiling ni daily saving gua dan Cik Nila. Even ada 20 sen pun tetap masuk tabung...
 
Hmm.. x syiok pulak bebel xde gambar. Lepas tu nanti bukan ada yang nak komen pun. Huhuhu... Xpe, nanti2 dah transfer gambar, gua bebel balik. Adios Amigos!
 

No comments: