Monday, 18 February 2013

Gua dan Movie : A Good Day To Die Hard.


Ok. Kali ni gua nak review pilem John McClane. Siapa John McClane? Hehehe. Ini adalah nama watak utama dalam francais filem Die Hard. And Jumaat lepas gua bersama Cik Nila dan 2 orang member lagi melayan movie ni kat Midvalley. Lama gila gua dengan Cik Nila x ke Midvalley ni...
 

 
Berbalik kepada filem "A Good Day To Die Hard". Filem ke 5 Bruce Willis sebagai John McClane kali ini mengisahkan mengenai bagaimana John yang secara asalnya ingin mencari dan mendapatkan semula anak lelakinya, Jack, yang bertugas di Russia. John tidak tahu mengenai tugas Jack sebagai seorang ejen CIA.
 

John McClane tiba di Russia pada hari yang sama anaknya bakal dijatuhi hukuman. Dan tanpa disedari, dia sebenarnya mengganggu tugas anaknya iaitu mengelakkan kejadian penyalahgunaan nuklear.

John jumpa Jack...

 John lepak dengan Jack...

Personally, gua tertido masa dekat2 nak abeh movie ni. Sorry to say, Die Hard 5 adalah yang paling lemah dalam banyak2 movie Die Hard. And yes, pada gua the first 3 movie adalah yang terbaik. Sebab apa gua kurang minat? Well, action siri ke 5 ni best, x dinafikan terutama masa John McClane baru sampai Russia dan kejar truck yang mengejar van anaknya.
 
Selain dari itu, dialog Die Hard kali ni macam ada something missing. Try tgk dari first Die Hard, Die Harder dan Die Hard With A Vengeance, and maybe lu orang akan perasan apa yang gua cakap... or maybe sebab John McClane dah tua.
 
Sebelum blah, jom layan poster2 movie Die Hard...
 
Selamatkan Nakatomi Tower... 

Selamatkan Airport... 

Selamatkan New York... 

Selamatkan USA?

p/s : Yippikayye Mother *ucker !
 

No comments: