Monday, 21 January 2013

Parents gua...

Assalamualaikum. Semalam gua join satu event, and salah satu pengisian dia ialah Honoring Our Parents Everyday. Pernah lu orang fikir, dalam setahun, berapa kali lu orang luahkan rasa sayang lu kepada orang tua lu? Gua touched by anak sedara Cik Nila, yang diminta naik ke pentas untuk bagi ucap penghargaan...
 
 
Nak menitis jugak air mata. Masa tu gua teringat kat parents gua. 9 bulan bonda gua mengandungkan gua, ayahanda gua kerja keras untuk besarkan gua dan 4 orang adik beradik gua yang lain. And semalam gua teringat segala benda yang parents gua dah korbankan untuk gua dan adik beradik.
 

Bonda gua seorang surirumah sepenuh masa. Dia ajar gua mengaji, disiplinkan gua sejak dari kecik. Bonda jugak yang rajin masakkan makanan kegemaran anak dia yang seorang ini. Bonda mandikan gua semasa gua kecik, sikat rambut belah tepi, pakaikan bedak. Masa gua masuk darjah 1, bonda dan ayahanda teman gua di sekolah, ajar gua nak naik bas sekolah yang mana satu. Bonda sediakan bekal,
dan gua ingat, masa tu duit poket gua start dengan 40sen, sebab gua bawak bekal.
 
Naik darjah 3, duit poket naik kepada 60 sen, but gua still bawak bekal. Yang gua ingat, sehingga darjah 6, duit poket gua masa tu cuma 80 sen. Setiap bulan ayahanda gua akan bawak gua dan bonda masukkan duit simpanan gua ke bank. Walaupun x banyak, tapi bonda nak ajar gua menyimpan. And setiap hari sabtu, ayahanda gua akan bawak bonda, gua dan adik beradik ke Perpustakaan Kajang. Dari pukul 8 pagi, sampai tengah hari, and setiap minggu jugak kami disuruh pinjam sekurang-kurangnya sebuah buku.
 
Gua ingat, masa gua darjah 6, sebabkan degil dan xnak dengar cakap bonda, gua dihukum. Hukumnya ialah gua jatuh terlentang dari beranda rumah gua. Maybe orang kata bayangan gua, but masa gua jatuh, seelok badan gua sampai ke atas tanah, gua rasa melayang dan gua nampak diri gua yang tengah terbaring. Gua nampak ayahanda dan bonda gua berlari ke arah gua. Ayahanda angkat gua ke atas rumah. Dua jam jugak la pengsan. And parents zaman tu, bila gua sedar, bonda dah bising2 marah kat gua. Hehehe...
 
Masuk sekolah menengah, gua semakin nakal and degil. Tapi Alhamdulillah gua xde memberontak sampai hisap rokok, merempit apa bagai. Sepanjang sekolah menengah, parents gua x putus2 bagi semangat untuk gua berjaya dalam sekolah. Tapi zaman remaja adalah zaman paling malas gua. Belajar pun main2 jek. And still parents gua x penat lagi mendisiplinkan gua.
 
Habis SPM, gua simpan rambut panjang. Xde la panjang sangat tapi still, orang tua tengok pun rimas. Lepas tu masa tu gua start lepak malam, walaupun setakat keluar minum kat kedai mamak di Kajang, balik pukul 2, 3 pagi. Parents gua kadang2 terjaga tengah malam sebab nak tengok gua balik pukul berapa...
 
Diploma? Ayahanda gua bayarkan sebab xnak amik loan belajar. Dan masa degree, gua duduk Shah Alam. And still,  setiap minggu gua balik ke rumah parents gua. And setiap kali gua balik, mesti ada salah satu makanan kegemaran gua bonda masak.


 
Dari zaman belajar, sampai ke alam pekerjaan, gua beruntung parents gua x jemu memberi gua guide. Cuma bila attend event semalam, gua teringat segala kesilapan gua kat parents gua. Gua buat mereka risau sebab selalu balik lewat, mungkin ada terbuat mereka kecik hati, gua xtau. Yang gua tau, lepas berkahwin dengan Cik Nila, ada family sendiri, setiap hari gua rindu nak salam parents gua. Imagine, dari kecik sampai sekarang, bila salam dengan bonda, bonda x pernah lupa cium dahi gua.
 
Call me anything, one thing for sure, gua sayangkan parents gua. Gua nak jadi macam ayahanda gua, relax and cool everytime bila terjadi apa2. Gua nak jadi strict macam bonda gua. Salah ajar, kena piat telinga. Hehehe...
 
Thanks mak and ayah... Anak mak and ayah ni xkan lupakan u guys. Love u guys so much....
 
 
p/s : nanti nak bawak mak round Alamanda. lama x bawak jalan2.
 

No comments: