Wednesday, 16 January 2013

HKR 112... History In The Making...

Assalamualaikum. Dah lama gua tak update blog dan dah lama jugak tak tulis pasal politik, kan? Rasanya kalau update pun, pendapat diri gua jek. Bukan mewakili parti mana2 pun walaupun gua pro rakyat. Hehehehe...

Ok, last Saturday, 12 January 2013, bersamaan dengan hari Sabtu, dah diadakan Hari Kebangkitan Rakyat. Apa benda tu? Well, himpunan kali ini termasuklah perjuangan membersihkan Pilihanraya Umum, mendapatkan Royalti bagi negeri yang berhak, perjuangan menentang menghancurkan alam sekitar, dan juga berjuang menyelamatkan FELDA. Tidak lupa juga perjuangan Wanita.


Macam lu orang tengok dalam paper, berita, memang ada bermacam warna. Kuning untuk Bersih, Merah untuk Royalti, Hijau for Lynas dan oren untuk FELDA. Seperti yang gua cakap, ini hanya pendapat politik gua. And yes, gua sokong perhimpunan ni. Sebab gua tau dan gua terkena tempias dengan apa yang jadi dalam arena politik sekarang. In fact, dari zaman Pak Lah lagi gua dah mula marah dengan pihak2 berkenaan.


Jom kita belajar pasal perjuangan diorang dulu. First, Kuning @ Bersih. Apa benda yang dituntut. Well, ada 8 tuntutan supaya Sistem Pilihanraya negara kita telus dan tidak berat sebelah. Selain itu, Bersih juga menuntut agar selepas ini sistem media Malaysia bebas cengkaman suatu pihak. Sekarang kalau baca paper, gua baca Sinar jek. Dua2 belah pihak dia cover wooo... bukan macam TV and radio dan juga majoriti suratkhabar lain. Kenapa? Well, sekarang ni pukul 8.45 pagi try lu orang bukak radio Sinar FM. Gua dah hafal beb. Kul 8.45 je mesti ada lagu "Terima Kasih". Pempaham la lagu tu pasal apa. Kalau x paham pun buat2 je paham.

Second, kaler oren @ membantah FELDA jadi public listed company. Sebab apa? Well, FELDA punya hal gua x sure sangat. Cuma yang pasti, bila dah masuk saham, kebanyakan yang beli adalah orang2 yang mengejar kekayaan. And ada lagi kes lain. Aritu gua borak dengan abang gua yang sulung. In fact, member dia yang kerja tgk saham pun cakap, saham FELDA dilancarkan masa orang takkan beli saham. Nampak tak permainan dia macam mana? Bila orang tak beli saham, and baru launch, for sure harga murah. Time ni banyak la jerung2 sambar dulu saham FELDA. Again, pendapat gua saja... Nak tengok apa jadi kalau masuk Pasaran Saham? Pikir2 la sendiri...

Hijau pulak adalah bantahan Lynas. Ok, dalam paper pro-Lynas dulu ada satu gambar orang2 kampung duk pegang hasil proses Lynas tu dengan bare hands @ tak pakai glove. Punya la dia nak yakinkan orang Malaysia benda ni selamat. Tapi tetiba masa Lynas dah start operasi, all of the sudden gomen tunjuk dia punya tegas dengan menyatakan Lynas perlu bawak hasil proses tersebut keluar dari Malaysia. Bukan nak kata apa, tapi bukan sepatutnya masa proposal lagi dah setkan syarat? Kenapa masa dah operasi dah berjalan baru nak tunjuk garang? Sekarang senang, search je kat internet, and lu orang pikirkan la sendiri...

Merah pulak perjuangan hak royalti. Gua pada hari tu pakai baju merah. Sokong Kelantan dan negeri2 sepatutnya mendapat royalti 20% dari hasil. Kenapa gua sokong? FYI, Kelantan tidak mendapat royalti macam Terengganu dapat. In fact, masa PAS pegang Terengganu, secara automatik Federal Government mulakan wang ehsan, instead of royalti. So bila tgk macam ni, siapa control hasil petroleum Malaysia? Kenapa gua sokong royalti? Sebab Kelantan mempunyai hak walaupun ada orang Kelantan kata tidak. Sedangkan orang yang bersama2 wujudkan Petronas pun kata Kelantan berhak dapat royalti.

So, apa yang diorang perjuangkan? Majoriti yang gua kenal, mesti akan kata 'baik duduk rumah', atau 'buat apa berhimpun, menyusahkan orang je'. Gua antara orang yang nak sangat pergi, tetapi sebabkan ada perkara lain, gua terpaksa batalkan niat. Gua ternampak sekumpulan pemuda yang berjalan ke stesen LRT, dan gua hanya senyum dan mengangkat tangan tanda sokong, and diorang balas. Kenapa gua nak sangat pergi? Sebab nanti in the future, gua boleh cakap dengan anak or cucu gua,

'I was there when Malaysia changes,'
 

No comments: