Thursday, 31 January 2013

Gua dan Muka Buku...


Assalamualaikum. Rasanya dah lama sangat gua x update blog ni. Al maklum, sedikit busy dan juga separuh kemalasan melanda. Lagipun gua baru lepas teman Cik Nila buat kerja kat beberapa negeri dalam Malaya. Penat dan berbaloi la jugak.
 
Ok. Kali ni jom borak sikit pasal MukaBuku @ Facebook. Sedar tak sedar, dah berapa tahun dah gua ada facebook. Revolusi tu. Bermula dengan forum Community Zero, lepas tu Friendster, sebelum lajak ke Myspace, and now FB-ing plak.



Pada gua, FB ni baik, walaupun yang bangunkan dia adalah seorang budak bangsa Yahudi. Tapi, benda ni boleh digunakan untuk kebaikan kepada agama kita, so no harm guna la kan? Ustaz Azhar Idrus pun ada account FB. Hehehe.
 

Yang paling ketara bila guna FB ni, gua jumpa jugak la geng2 sekolah gua yang x jumpa kat laman lain. Itu antara kebaikan, dan gua yakin ramai setuju. Guna FB ni jugak boleh selamatkan penggunaan kertas. Kenapa? Ye la, kad kahwin pun x perlu la buat banyak2, ye tak? Create je "Event", dan jemput sesiapa yang ada dalam list kengkawan tu.
 
Itu kebaikan la. Tapi gua mengaku, FB ni jugak ada banyak keburukan. Sekarang ni dah dekat2 dengan pilihanraya, antara keburukan yang ketara adalah menggunakan FB ni untuk menyebar fitnah. Bermacam-macam fitnah ada kat alam maya ni. Kena ingat, apa yang kita share dalam FB, jika ianya fitnah, kita pun dapat dosa subahat.
 
Lagi satu yang ketara keburukan dalam FB ialah, bila orang salah gunakan hak bersuara. Hak bersuara tu bukan bermaksud lu orang boleh hina, keji agama and bangsa lain. Ini bukan setakat di Malaysia, malah satu dunia alami benda ni. Demokrasi terpimpin la sangat. Kebebasan Hak Bersuara sampai takde batas.
 
FB juga boleh jadi punca pasangan bercerai. Contoh? Isteri jumpa girlfriend lama, suami jumpa and kenal kawan kepada ex-girlfriend dia. Banyak contoh. And another thing, maybe lu orang x sokong, but trust me, ada jugak suami isteri yang suka post status keburukan pasangan masing2. Bila dah jadi macam ni, sama juga macam aibkan pasangan dan diri sendiri. Tak lupa jugak anak2 berkata buruk pasal parents masing2.
 
Cuma gua nak katakan kat sini, guna FB tu jangan la sampai lu orang jadi punca segala keburukan. Jangan simply share benda yang x pasti. Kepada ladies, kalau lu orang dah bertudung, buang la gambar2 masa tak bertudung daripada ditatap orang lain.
 
Yang pasti, lu orang jaga la maruah lu orang masing2. Jaga maruah family, agama sekali...
 

No comments: