Thursday, 31 January 2013

Gua dan Muka Buku...


Assalamualaikum. Rasanya dah lama sangat gua x update blog ni. Al maklum, sedikit busy dan juga separuh kemalasan melanda. Lagipun gua baru lepas teman Cik Nila buat kerja kat beberapa negeri dalam Malaya. Penat dan berbaloi la jugak.
 
Ok. Kali ni jom borak sikit pasal MukaBuku @ Facebook. Sedar tak sedar, dah berapa tahun dah gua ada facebook. Revolusi tu. Bermula dengan forum Community Zero, lepas tu Friendster, sebelum lajak ke Myspace, and now FB-ing plak.



Pada gua, FB ni baik, walaupun yang bangunkan dia adalah seorang budak bangsa Yahudi. Tapi, benda ni boleh digunakan untuk kebaikan kepada agama kita, so no harm guna la kan? Ustaz Azhar Idrus pun ada account FB. Hehehe.
 

Monday, 21 January 2013

Parents gua...

Assalamualaikum. Semalam gua join satu event, and salah satu pengisian dia ialah Honoring Our Parents Everyday. Pernah lu orang fikir, dalam setahun, berapa kali lu orang luahkan rasa sayang lu kepada orang tua lu? Gua touched by anak sedara Cik Nila, yang diminta naik ke pentas untuk bagi ucap penghargaan...
 
 
Nak menitis jugak air mata. Masa tu gua teringat kat parents gua. 9 bulan bonda gua mengandungkan gua, ayahanda gua kerja keras untuk besarkan gua dan 4 orang adik beradik gua yang lain. And semalam gua teringat segala benda yang parents gua dah korbankan untuk gua dan adik beradik.
 

Soal jawab Ustaz Azhar Idrus...



Assalamualaikum. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, meh gua nak share soal jawab Ustaz Azhar Idrus. Benda ni pun gua snap dari astanakandis.blogspot.com . Ohya, itu blog politik ye... hehehe...
 
Soal Jawab Agama Ust Azhar Idrus.

1) Saya perempuan 24 thn doh tapi nok nikoh dengan anak murid ustaz dan sudi jadi no 2 dia, pada masa yg sama saya xmbuh nikoh dgn calon mak tuh, boleh ke?
 
boleh xde masalah ia bukan digelar rampas suami orang, rampas suami orang ialah nikah dgn suami orang baru suruh suami cerai isteri dulu,itu baru rampas suami orang. Kalau jadi madu bukan rampas suami orang,tuh hanya mentaliti melayu haprak! serba serbi dok kena belaka kalau mentaliti melayu. Jadi, bulih nikoh samada die laki orang ke, silakan walaupun kita anak dara pun, silakan. Sbb yang nk menikah bukan mak, kita yang nk menikah kan.
 
 
2) Saya musykil boleh ke derma darah?
 
boleh jika berlaku daruroh.
 

Wednesday, 16 January 2013

Sekitar HKR 112...

Ok la. Gambar banyak je kat internet. Since gua x pergi, so gua pinjam la sikit gambar2 sekitar HKR 112 aritu. Sikit je, x banyak pun.

PAS for all!
 
Geng Royalti... Kalau x gua pun timbul kat sini...
 
Geng2 otai. TG Nik Aziz pun ada...
 
35k kalau ikut kiraan TV3, Utusan...Himpunan gagal kata diorang.
 
mana lagi nak nampak scene camni?
 
geng orang asal pun berjuang~
 
bacaan doa penutup oleh TG Nik Aziz...
 
ni baru dalam stadium...
 
ada yang cakap edited...
 
Solat Subuh di Masjid Negara... bila kali terakhir masjid penuh selain solat Jumaat?
 
 
Ada jugak gambar orang buta sertai HKR ni. Ada jugak yang baru sedar dari koma, masih di atas wheelchair, turut join HKR. Ada jugak suratkhabar lapor peniaga rugi. Tapi dalam masa yang sama, peniaga makanan boleh dapat RM1000 pada hari tu saja. Kalau gua jual air sebungkus RM1 pun dah joli katak dah kot. Hahahaha...
 
Ada yang bersuara, 'diorang fikir hak diorang, hak kami yang silent voters ni macam mana?'... well, trust me, setiap kelakuan membawa perubahan. Lu orang ada hak nak bawa family shopping, tapi kalau dah tarikh 12/1 tu nak buat perhimpunan, pilih la tarikh lain. Cuma sehari sahaja. Bukan setiap hari nak berhimpun.
 
Ada juga yang kata, himpun ni buang masa, xde faedah. Ada cerita pasal macam mana seorang peserta berborak mengenai Islam dengan seorang tourist di Masjid Negara? Kebetulan budak tu sertai HKR, dan dia berpeluang berbincang mengenai Islam dengan seorang tourist Kristian yang mendalami Bidang Islam. Dah dapat peluang dia nak berdakwah dan kembalikan semula tourist tersebut kepada Islam.
 
Still ada yang kata himpunan ni xde faedah. Dialog yang sama juga masa Tanah Melayu nak merdeka, bukan 100% sokong. ada yang xnak sebab pada mereka, British akan pertahankan Tanah Melayu pada masa tu. End up? British tinggalkan Tanah Melayu, sambil bawak lari segala hasil bumi. Dan tak mustahil benda yang sama akan berlaku jika PR dapat tadbir Putrajaya... Pemimpin2 kaya akan keluar bersama-sama kekayaan selama 55 tahun mereka kumpul.
 
Open your mind, pilihanraya setiap 5 tahun. Kalau selepas 5 tahun, negara masih umbang ambing, pilihlah untuk tukar lagi. Negara maju bertukar kerajaan setiap 5 tahun. Kenapa? Setiap kali tukar pemimpin, perasaan tamak tu masih belum berleluasa. Dan setiap kali tukar pemimpin, akan ada idea baru untuk negara. Negara kita semakin lama, yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin ditekan. Face it. That's reality di Malaysia sekarang. Pada gua, 55 tahun sudah terlalu lama...
 
MERDEKA RAKYAT!

 

HKR 112... History In The Making...

Assalamualaikum. Dah lama gua tak update blog dan dah lama jugak tak tulis pasal politik, kan? Rasanya kalau update pun, pendapat diri gua jek. Bukan mewakili parti mana2 pun walaupun gua pro rakyat. Hehehehe...

Ok, last Saturday, 12 January 2013, bersamaan dengan hari Sabtu, dah diadakan Hari Kebangkitan Rakyat. Apa benda tu? Well, himpunan kali ini termasuklah perjuangan membersihkan Pilihanraya Umum, mendapatkan Royalti bagi negeri yang berhak, perjuangan menentang menghancurkan alam sekitar, dan juga berjuang menyelamatkan FELDA. Tidak lupa juga perjuangan Wanita.


Macam lu orang tengok dalam paper, berita, memang ada bermacam warna. Kuning untuk Bersih, Merah untuk Royalti, Hijau for Lynas dan oren untuk FELDA. Seperti yang gua cakap, ini hanya pendapat politik gua. And yes, gua sokong perhimpunan ni. Sebab gua tau dan gua terkena tempias dengan apa yang jadi dalam arena politik sekarang. In fact, dari zaman Pak Lah lagi gua dah mula marah dengan pihak2 berkenaan.

Thursday, 10 January 2013

Gua dan Movie : Upside Down


Kali ni gua nak review movie Upside Down. Movie ni mengisahkan mengenai satu dunia di mana terdapat dua golongan. Satu golongan di atas dan satu lagi di bawah, dan kedua2nya dihubungkan melalui satu bangunan sahaja.


Cerita ni bermula semasa Adam masih kecil, since dia anak yatim piatu, dia selalu ke rumah sedara dia dan kutip madu lebah. Dan di situ juga Adam bertemu Eden, seorang gadis dari dunia atas. Hubungan mereka terputus dan setelah beberapa tahun, Adam terlihat Eden yang disangkakan telah mati akibat terjatuh. Dan oleh sebab kemalangan itu, Eden telah kehilangan memori bertemu dengan Adam.
 

Wednesday, 2 January 2013

2013 ~ Fly high!

 
Well, hari ni dah hari ke 2 dalam tahun 2013. Gua dengan Cik Nila dah setahun kahwin. Gua dah 3 tahun dengan current company, dan secara automatik dah 3 tahun jugak tinggalkan syarikat rawatan kumbahan.
 
Ini juga bermakna dah masuk 5 tahun gua tinggalkan zaman student, dan dah 12 tahun gua tinggalkan alam persekolahan. Dang~ anak sedara gua pun dah masuk darjah 1.
 
Papehal pun, gua just nak ucapkan selamat datang 2013 kepada semua. Semoga tahun ni menjadi lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya...
 
fly high!