Friday, 21 December 2012

What's next for Harimau Malaya?

 
Well, Singapore dah rampas kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012. Sedih? Yeah, gua sedih. Mula dari first game masa kalah dengan Singapore dalam game pembukaan gua dah boleh agak akan kalah. Menang dengan Laos and Indonesia? Bila dah menang dengan Laos tu, memang gua yakin boleh menang dengan Indonesia, tapi dalam masa yang sama, bila gua tgk game Thailand, benda pertama yang terdetik dalam kepala gua ialah perkataan "PARAH".



Kenapa? Pada gua, Thailand main dengan tersusun. Gua tau gua bukan player bola, gua bukan terlibat secara langsung dalam permainan bola sepak. Heck, even futsal pun gua out. Hehehe.. tapi as penyokong, gua berhak suarakan apa yang gua x puas hati.
 
Apa yang gua x puas hati? Nak kata pasal padang? Dari zaman dulu lagi kita dah well known keadaan padang kat Malaysia ni. Sekali sepak, bersepah terbang segala tanah and rumput. Pasal management? Well, gua xtau langsung dan x amik tau. Yang gua tau, FAM kena up kan ranking bola sepak negara. Tak payah nak bangga kalau ranking naik 5 tangga, dari 16* ke 15*. Come on, supporters perabih duit menyokong team Harimau Malaya ni, lu orang di FAM boleh kata ranking x penting? As a supporters, kami nak tengok Harimau Malaya bukan setakat juara di Asia Tenggara, tapi back to yang digeruni di Asia. Ini kalau ranking duk compare dengan Asia Tenggara pun nazak, macam mana dengan Asia? Macam mana dengan dunia?


Dua tahun lepas, masa kecoh sebab Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010, punya la hot cerita player Malaysia akan main di Kelab2 England. Sila check minimum requirement diorang dulu, baru cerita pasal main dengan kelab English tu. Ranking kita bawah 100, yang diorang nak, player yang ranking atas 71. Ingat boleh main ke? Try la main kat kelab2 China pulak. Yang rajin beli player2 EPL yang dah season tu. Lepas ke x player kita?
 
Ok, itu pasal ranking. Kali ni pasal player. Gua cukup x puas hati bila tengok game Malaysia sekarang ni. Lu orang dah nama player senior. Lagi banyak pengalaman dari Harimau Muda. Tapi kenapa bila sampai ball control, banyak player Malaysia kantoi? Contoh masa game dengan Thailand, dah lead 1-0, patut push la attack lagi. Bawak bekalan selesa. Attack tu gua xnak tekankan dekat sini. Yang gua amat x puas hati, as a 'so-called' Senior Player, kenapa lu orang clear bola, sampai ke player lawan jugak? Paling2 gua hangat hati, kenapa pass bola pun sampai ke player lawan? Kata pemain wakil Malaysia, mesti pilihan dibuat thru cara main. Bukan pilih on paper pun. Pilih on performance. Ulang balik. Kenapa sampai ke pihak lawan, bukan ke kawan?
 
And lagi satu gua x puas hati. Rata2 player yang diturunkan ialah player team 2010 dulu. Masa tu orang dah record dah player main macam mana, coach punya strategi macam mana. Kenapa x lebihkan player yang memang datang dari team terbaik? Gua maksudkan yang masuk final Piala Malaysia, Kelantan dan ATM. Player ATM ada je yang dasat. Piya, captain player Kelantan tu, kenapa xnak try dia untuk game 2012?
 
Ok la. Gua malas nak sembur banyak2. Sebab gua xde pengalaman dalam bidang bola sepak. Tapi as a supporter, gua nak tengok Harimau Malaya pergi lebih jauh. Bukan setakat dalam Asia Tenggara sahaja. Duit dah labur banyak, performance naik x sampai berapa sangat pun. So FAM, fikir2 la nasihat dari peminat. Siapa x sayang Harimau Malaya?
 
p/s : Malaysia pernah rank nombor 75 dalam FIFA punya standing. Gua nak tengok lebih tinggi dari tu. Gua rasa penyokong lain pun sama dengan gua. So FAM, do your job please!

No comments: