Tuesday, 18 December 2012

Gua dan Movie : Wreck It Ralph.


Review movie back to back? Well, movie ni gua dengan Cik Nila dah tengok lama, cuma xde masa nak update post. Kali ni movie Wreck It Ralph.
 
 
 
Movie ni pasal apa? Movie ni pasal satu watak jahat, Ralph, yang dah bosan jadi orang jahat. Oleh sebab itu, dia keluar dari game dia dan terus ke game lain untuk mendapatkan satu Medal. Ralph mendapat peluang mendapatkan medal tersebut didalam game Hero's Duty. Semasa Ralph cuba mendapatkan medal itu, secara tak sengaja dia membebaskan watak jahat dalam game tersebut.
 


 
Dalam kelam kabut di Hero's Duty, Ralph termasuk ke game Sugar Rush. Di Sugar Rush, dia kehilangan medal dan memerlukan bantuan seorang yang dulunya watak utama dalam game Sugar Rush iaitu Vanellope von Schweetz.
 
Well, itu serba sedikit pasal Wreck It Ralph. Movie ni nak dikatakan seronok atau lawak sesangat tu, takde la jugak. Cuma sesiapa yang kaki game, mungkin akan berminat kalau masih ingatkan watak2 dalam Street Fighter, Qbert, Mario, memang gua suka. Hehehehe.. Anyway, try la tengok movie ni kalau lu orang jenis minat animasi.
 
 

No comments: