Tuesday, 18 December 2012

Gua dan Movie : Pitch Perfect


Post kali ni gua nak review movie yang dah agak lapuk dah dalam kepala gua. Cik Nila dan gua ada minat yang sama. Salah satunya ialah music. Apa kena mengena music dengan posting review movie kali ni? Well, kitorang layan movie ni...




Pitch Perfect mengisahkan pasal seorang student bernama Beca, yang amat meminati music. Sebagai seorang junior di dalam sebuah kolej, Beca perlu menyertai salah satu kumpulan aktiviti. Dalam masa yang sama, kumpulan The Bellas sedang mencari sesiapa yang berbakat dalam nyanyian untuk join diorang. Kenapa? Untuk melayakkan diri masuk ke final pertandingan Acapella. Macam pernah tgk jalan cerita dia kan? Well, kalau lu orang dah pernah tengok cerita Drum Line, You Got Served, memang akan tau jalan cerita dia lebih kurang.
 

Apa yang beza? Well, cerita ni mengisahkan pasal acapella. Salah satu nyanyian yang x libatkan alat music, cuma bunyi-bunyian thru mulut sahaja. Nak contoh? Try dengar lagu Malam by Shades. And yes, gua memang minat acapella. Back to the movie, The Bellas yang diwakili oleh semuanya perempuan, akan berdepan dengan satu lagi team yang diwakili oleh lelaki. Battle of the sexes la kot.
 
Pada gua, movie ni memang enjoy. Sebab lawak. Kalau lu orang baru balik kerja, tengah2 tension tu boleh la layan movie ni. Yang gua tau gua ngan Cik Nila enjoy tgk movie ni. One more thing, lagu No Diggity oleh Blackstreet yang agak famous zaman 90-an dulu, dinyanyi secara acapella dalam cerita ni. Salah satu cara nak bagi memori kat penonton la tu, and they did it.
 
 

No comments: