Friday, 28 December 2012

Gua dan Movie : Here Comes The Boom

 
Semalam, gua dengan Cik Nila layan movie comedy pulak. Isnin lepas dah layan The Hobbits, so semalam, gua pilih movie Here Comes The Boom.
 
 
Selalunya sebelum beli tiket, Cik Nila akan cakap, "kalau cerita x best, saya merajuk"... Tapi semalam, rasa dia paling kuat gelak kot. Hehehehe.
 

Movie Here Comes The Boom mengisahkan tentang seorang cikgu biologi, Scott Voss (Kevin James) berusaha mendapatkan wang untuk membantu seorang guru muzik, Marty Streb (Henry Winkler) daripada dipecat kerana sekolah tempat beliau mengajar perlu kurangkan bajet. Keadaan bertambah tertekan apabila Marty mendapat tahu isterinya sedang mengandung.
 
final fight...
 
Bagi mendapatkan duit berjumlah $48,000, Scott dengan bantuan Marty, telah memasuki pertandingan MMA (mixed-martial arts). Scott, yang juga menjadi guru part time untuk bakal warga Amerika, mendapat bantuan dari Niko (Bass Rutten) sebagai jurulatih MMA.
 
 salah satu training diorang...

 Niko, Cikgu Marty and Mark...

masukkan balik dislocate shoulder oleh Salma Hayek...
 
 
Gua minat jugak lakonan Kevin James, dari zaman komedi King of Queens, sebab itu gua ajak Cik Nila layan movie ni. Pada gua, movie ni sesuai untuk sesiapa yang nak release stress. Maybe di awal movie tu a bit slow, tapi x lama. Lepas tu lu orang akan gelak, dan juga rasa macam layan WWE masa lawan final Scott Voss vs Ken Dietrich.
 
Again, this movie is worth it pada lu orang yang nakkan light action comedy.
 

No comments: