Thursday, 13 December 2012

Gua bersamamu, Palestin!


Semalam company gua ada buat program pasal Gaza. And yang dijemput adalah Aqsa Syarif, sebuah perbadanan NGO. Mostly yang ditunjukkan adalah bagaimana keadaan sebenar di sana, dan bagaimana sumbangan kita membantu negara Palestin.

thanks to the owner of this image. it's kind a cool...
 
 
Apa yang gua boleh kongsi dengan penerangan semalam? Well, at first, wakil Aqsa Syarif, Tuan Haji Norazmi Talib, Ketua Misi ke Palestin, menunjukkan slaid gambar keadaan sebenar di Palestin. Gua hanya mampu melihat saja sebab kemusnahan di sana terlalu dasyat, but yet, Palestinian still boleh tersenyum dan menerima kunjungan orang luar. Dari apa yang di ceritakan, Palestinian adalah bangsa yang pemurah, lebih2 lagi kepada tetamu yang hadir.
 
Kenapa Hamas dan Fatah menguasai dua daerah yang berbeza dan kenapa hanya Hamas dibuli? Well, ikutkan cerita Tn Haji semalam, untuk mendapatkan mandat rakyat Palestin, Israel telah mengadakan pilihanraya yang dikatakan pilihanraya paling bersih. Dan apa yang mengejutkan, Hamas yang ketika itu hanya sebuah badan NGO, telah menang 2/3 kerusi yang dipertandingkan. Benda ni menyebabkan Israel tidak berpuas hati termasuk pengikut setianya US dan British.
 

Sebab apa? Israel mahukan Fatah menang pilihanraya tersebut dan mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tetapi apabila Hamas menang, Hamas yang dikenali tidak akan mengiktiraf negara Israel automatically menjadi musuh kepada US dan sekutunya. Ini kerana Fatah telah bersetuju untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
 
Jika dilihat, kaum Yahudi ini merupakan bangsa yang tidak sabar. Dan melalu cerita semalam, maka benarlah yang selama ini Zionis menganggap bangsa lain, termasuk negara kita sebagai binatang. Sedangkan semasa di check point pun askar Zionis akan berkata....
 
"Welcome to the zoo. Here we have all kind of animals..."
 
Bayangkan kita semua dianggap begitu? Itu adalah cerita betapa biadapnya bangsa Yahudi Zionis. Sedangkan kepada Allah pun mereka biadap, inikan pula kepada manusia yang sama taraf dengan mereka... Ok. Itu cerita pasal Israel.
 
Sebelum ini kita dikhabarkan mengenai pengeboman kereta yang dipandu oleh Ketua Umum Briged Al-Qassam Ahmad Al Ja'bari. Melalui maklumat yang ada, sebenarnya semasa itu, beliau sedang membawa dokumen gencatan senjata yang telah diberikan oleh Mesir kepada beliau. Kereta yang dipandu oleh As Syahid Ahmad Al Ja'bari yang musnah di bom diletakkan di pintu masuk Gaza.
 
Semalam juga, Afdlin Shauki selaku Duta Aqsa Syarif, telah hadir dan bersama-sama berkongsi cerita. Gua nampak dia sebak masa menceritakan tentang seorang kanak2 perempuan yang 30 daripada 36 ahli keluarganya dibunuh oleh askar Zionis. Antara yang menjadi kekaguman semasa di sana, betapa rakyat Palestin tidak takut kepada kematian, tidak takut kepada askar Zionis walaupun kanak2. Terdapat dua situasi yang sama dengan gambaran yang berbeza. Semasa Israel mengebom Gaza, rakyat Palestin hanya berlindung sebentar dan ada yang terus membantu mangsa2 pengeboman. Berlainan dengan askar Israel, mereka berlindung apabila mendengar kehadiran roket Al Qassam. 
 
  
Afdlin Shauki juga menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan pejuang2 Al Qassam yang mana selalu dilihat sebagai orang yang dingin, tetapi sebenarnya murah dengan senyuman dan peramah. Tidak lupa juga cerita mengenai bagaimana untuk menjadi pejuang Al-Qassam. Antara minimum requirement untuk menjadi pejuang Al Qassam adalah 6 bulan solat Subuh berjemaah di masjid tanpa tinggal sehari pun. Jika ingin bekerja dengan Hamas, minimum requirement rendah sedikit. Iaitu 3 bulan solat Subuh, dan disahkan oleh Imam masjid qariah.
 
Mengenai roket Al-Qassam, roket yang dibangunkan hanya menggunakan paip besi, dan impak letupan hanyalah sebesar bola sepak. Sedangkan roket askar Zionis pula memberi impak seluas court futsal, dan kawah sedalam 6 kaki. So kita dapat tengok siapa yang penakut dan pembunuh sebenarnya.
 
Dan actually semalam juga gua dapat tau satu fatwa. Fatwa yang mengatakan haram solat di Masjid Al - Aqsa pada masa sekarang, sebab jika ingin masuk ke kawasan masjid, kita perlukan cop pengesahan dari pihak Israel, dan dengan ini secara automatiknya kita mengiktiraf negara Israel.
 
Rasa panjang dah gua bercerita. Tapi semalam memang sesuatu yang baru. Gua cuba nak dapatkan muffler @ mafla, tapi xde. Gua cuma dapat beli sticker dan button badge sahaja.
 
p/s : Bila ditanya bila Palestin akan menang ke atas Israel, ramai yakin mereka akan dapatkan kembali hak mereka dalam 2-5 tahun lagi.
 

No comments: