Wednesday, 26 December 2012

GPS = Guna Pun Sesat...


Saja je gua nak up topic ni. Zaman sekarang ni mana ada orang nak belek2 peta yang beli kat Petronas lagi dah. Sekarang ni dah zaman canggih, handphone pun boleh jadi peta. Gua bukan anti device, cuma gua anti orang yang x berapa reti nak guna.
 
GPS. Kejadahnye GPS tu? Well, paling senang, GPS tu penunjuk perjalanan dari A ke B. Siap dengan suara lagik. Benda ni asalnya nak memudahkan. Macam masa gua di Jepun. Pakcik gua drive, ikut je GPS tu merepek mana, janji sampai. Itu gua nak tunjuk contoh la dia punya kegunaan. Masa gua ke Jepun, tahun 2006. Alat GPS kat Malaysia masa tu xde la top mana. Cuma benda ni kalau reti nak guna, memang banyak membantu.
 
Tapi yang buat gua nak up post ni, ialah pengguna alat ni. Actually bukan kat Malaysia jek, kat luar negara pun sama. Ada je golongan yang xreti tapi xnak belajar. Hehehehe... sebab itu jadi kes kereta ke laut, gaung, hatta longkang sekali pun.
 


Pada gua, dan apa yang Cik Nila duk cakap kat gua ada betul jugak. GPS ni actually dengar sahaja dah cukup. So xyah la lu orang duk tengok kat peta dia nak corner mana apa semua. Paling gua xleh blah bila tengok ada jugak yang jenis lekat GPS betul2 kat windscreen, depan mata. Kalau camtu baik xyah letak suara bebel nak corner mana apa semua.
 
Kalau drive tu, better la letak GPS device tu kat area yang x menghalang penglihatan lu orang masa driving. Bahaya. Nanti tempat di tuju x sampai, hospital juga pigi... So, kalau x yakin area yang lu orang nak pergi tu, better stay kiri sahaja sebab banyak jalan dalam Malaysia ni simpang dia kiri je kan? hehehe... Lagi pun nak elakkan lu orang dari kanan sekali terus pancung ke simpang kiri dalam jarak 10 meter. Nak mampus buat la macam tu...
 
Ok. Technology memang elok, tapi kalau pandai guna, lagi elok. So study la rerajin sebelum guna, k?
 
p/s : kalau tau short cut, jangan la bebel kata GPS menipu. device ni mana reti sangat lorong tikus.
 

1 comment:

asrul said...

orang lekatkan GPS device kat windscreen pasal nak dapatkan signal satelit GPS .. kalau letak alat tu di bawah2 atau tempat terlindung .. susah laa alat tu nak terima signal.