Wednesday, 21 November 2012

Gua dan Movie : Brave

 
 
 
Last week gua and Cik Nila layan movie animasi Brave. Itupun beli Astro punya sebab dah lama tak tengok wayang. Lepak rumah je pun sambil lipat baju. Hehehehe...
 
Cerita Brave ni mengisahkan pasal seorang puteri, Merida yang dipaksa kahwin oleh mak dia, iaitu Queen Elinor sementara ayah dia, King Fergus dari kumpulan DunBroch sekadar mengikut sahaja. Kisah bertempat di Scotland, dan bermula semasa Merida masih kecil. Masa tu Merida tengah training memanah bersama kedua parents bila seekor beruang jadian bernama Mor'du datang menyerang. King Fergus kehilangan sebelah kaki sebab berlawan dengan Mor'du dan mula dari situ, beliau berdendam dengan Mor'du.
 

Setelah dewasa, Merida dipaksa kahwin dengan salah seorang anak ketua clan yang pernah bekerjasama dengan King Fergus. Oleh sebab Merida xnak kahwin, dia meminta pertolongan seorang ahli sihir. Dan bermula la kisah bagaimana Merida nak hapuskan sumpahan yang dikenakan kepada Queen Elinor.
 
Pada gua, movie ni fun to watch. Sebab katun2 Disney ni banyak yang comel2. Dalam movie Brave ni, masa mak dia kena sumpahan jadi beruang tu comel. Hehehe... And yes, animation from Disney memang payah nak menghampakan. So pada yang duk stress2 kerja, gua sarankan tengok movie ni.
 
p/s : sabar menunggu Despicible Me 2 dengan Monster University...
 

No comments: