Monday, 8 October 2012

Gua dan pengalaman driving.


Berapa ramai pembaca blog gua yang ada lesen memandu? Gua rasa sekarang ni majoriti semua ada lesenkan? Gua pulak, cuma ada lesen D sahaja. Yakni lesen untuk memandu kereta sahaja. Sebab apa gua x amik lesen motorsikal sekali? Sebab keluarga gua dilarang untuk buat lesen motor. Tapi itu x bermakna gua xleh bawak motor. Pernah la jugak bawak motor abang sedara gua tiap kali dia balik Kelantan.
 
Gua amik lesen seawal umur 16 tahun. Actually masa tu belum besdey gua, tapi masa tu dah form 5 dah. Gua amik L, lepas lulus exam tu terus je amik untuk Profesional Percubaan selama 2 tahun. Well, masa dah lulus exam P, gua punya lesen kena tahan dengan driving school gua, sebab masa lulus and siap lesen tu, gua belum 17 tahun lagik. So tunggu la lagi 2 minggu. Dah genap birthday gua 17 tahun, lepas amik lesen, still x boleh nak drive ikut suka. Gua kena lulus exam polis trafik pulak iaitu ayahanda gua.
 

So on one weekend tu ayahanda gua suruh drive Honda Civic lama bonda gua. Di ikuti oleh abang gua yang nombor 3. Memang sebelum2 ni sesiapa yang dah lulus exam, kena dapat kelulusan dari ayahanda gua pulak. First time drive, dah kena masuk jalan yang banyak lori besar lalu. So sapa x cuak. Dah la asik kena tegur jek. Pastu kena plak dengan abang gua. So ayahanda gua x bagi drive sensorang dulu.
 
Actually gua dah start bawak2 kereta seawal darjah 6. Terus keta manual. Ayahanda gua saja je bagi bawak. Itupun dekat area kawasan perumahan yang x siap lagi masa tu. Lepas tu test drive keta automatik pulak.
 
Gua dapat drive sendiri pun lepas setahun dapat lesen. Sebelum tu cuma drive sambil ayahanda gua jadi co-pilot. Lepas tu, memang ayahanda gua jadi co-pilot setiap kali balik Kelantan la. Hehehehe...
 
Selama gua dapat lesen P, gua selalu ke Bukit Indah, Ampang untuk layan corner. Heck, masa tu gua x kenal pun kebenda Initial D. Toyota Trueno pun gua x kenal. Yang gua kenal Toyota Corona TT141 sahaja. Setiap hari Sabtu gua akan buat aktiviti yang sama. Selalu solo jek, sambil2 layan2 dengan orang2 lain yang nak compete.
 
Itu sejarah dulu. Tahun 2012 ni, genap 12 tahun dah gua memandu. And banyak jenis jugak kenderaan yang gua dah pernah drive termasuk Mazda RX8, BMW enjin SR20DET, Mercedes enjin Supra 1JZ Twin Turbo. And yes, memang gua suka driving. Paling gua xleh blah ialah bila gua eksiden. Well, seingat gua ada la dalam 4 kali gua eksiden.
 
First, masa bawak keluar kereta Toyota Corona tu. Nasib baik bumper getah. Gua tengah mamai masa ayahanda gua suruh keluarkan kereta. Gua reverse tak sedar dah dekat dengan kereta jiran gua. Kemik jugak la. Then gua eksiden langgar tiang parking. Masa tu gua drive Perodua Kenari. Pecah jugak la cermin belakang dia. Third pulak masa tgk mamat motor bergolek kat bonet depan kereta Kancil (masa tu bakal akak ipar gua). Mana x bergolek, gua dah keluar nak masuk lane, dia nak lintas depan kereta jugak, gua tgk je la di bergolek atas bonet tu. Terbang abeh duit gua masa tu...
 
The worse accident pernah gua kena, masa bulan puasa. Lepas iftar pulak tu. Gua dentum kereta yang terbabas kat depan gua. Tayar kereta pun time tu masalah. Gua dah tekan brek, skid. Gua lepas then tekan balik sikit, still skid. Last2 pegang steering kuat2, melekat la muka Perodua Kenari gua dengan bontot Proton Wira. Sebulan jugak gua xde kereta.
 
And now, gua just drive kereta Myvi wife gua, Cik Nila. Kereta diberi nama Momo. hehehe... Sebelum ni gua ada Ronin and Sitot. Ronin ialah Honda Accord lama gua yang boleh main2 dengan Satria turbo, manakala Sitot pulak adalah Proton Iswara gua.
 
Paling laju gua pernah drive? rasa dalam 220kmh. Masa tu mana la pikir. Tengah gila steering. Tapi sekarang gua dah jadi pemandu berhemah. Sebab kalau laju nanti ada JPJ kat sebelah. Hehehehehe...

1 comment:

Anonymous said...

Hi, i feel that i saw you ѵisіtеd my sitе thuѕ i got here
to rеturn thе choоѕe?
.I'm trying to to find things to enhance my website!I suppose its ok to use a few of your concepts!!

my site: vodafone unlock iphone
Also see my site :: phone screen repair