Thursday, 25 October 2012

Gua dan Movie : Untuk 3 Hari

Movie Untuk 3 Hari ni mengisahkan pasal planning sepasang couple yang dah bercinta dari zaman belajar lagi, untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing hanya untuk 3 hari. Nikah, majlis, dan hari ke-3, tuntut cerai. This is one crazy story...
 


Zafrin (Rashidi Ishak) kahwin dengan Juwita (Ayu Raudhah), manakala Ujie (Vanidah Imran) berkahwin dengan Army (Afdlin Shauki). Ending story ni? Sebab movie ni dah lama, so ok la kot bagitau ending. Sorang lelaki kehilangan kedua-dua wanita dalam hidup dia. Pikir sendiri la. Gua pun layan guna Astro First / Best. X ingat channel mana.
 
Pada gua, movie garapan Afdlin Shauki dah tak se'kick ass' seperti masa movie Buli, Baik Punya Cilok, Sumolah. Mula dengan movie Misteri Jalan Lama, gua agak trauma dengan movie Afdlin Shauki. Takut not as expected.
 
Macam mana gua boleh nak tengok cerita ni? Sebab gua followers Afdlin Shauki di Tweeter, and rata2 yang dah tengok kata best. Punya la ramai yang minat. Huhuhu... Pada gua, lakonan memang xbleh nak disangkal. Sebab semua hebat2. Dari Afdlin, Vanidah, Rashidi. Even Ayu Raudhah pun lakonan ok.
 
Gua xtau pasal buat movie or tulis storyline, tapi yang for sure, movie ni agak flat. X sampai klimaks. Sorry bro Afdlin, bukan nak kondem sangat2, gua xde kelulusan dalam movie, cuma pada gua, movie ni punya sweetness masa Army nak amik hati Ujie, x seromantik filem Soal Hati. Yes, gua layan Soal Hati sebab Afdlin Shauki berlakon.
 
Kondem macam ni pun, gua still harap bro Afdlin Shauki akan terus buat movie, and kalau boleh, amik sorang pelakon komedi Malaysia, jadikan dia serius macam Robin William dalam One Hour Photo, Jim Carrey dalam movie The Majestic.
 

3 comments:

Nur Akmar binti Che Nadzir said...

Filem ni base on novel Ahadiat Akashah...

phat_lee said...

fuyooo... org tu pun ada blog. hehehe...

tau dah movie based on Ahadiat Akashapad.. hahaha...

Puaka Anglerz Tribe said...

aku xtengok pun lagi cerita ni... huhuhu..

-ipen-