Thursday, 25 October 2012

Gua dan Movie : Man In Black 3

Ok, gua tau movie ni dah lama, but gua dan Cik Nila x kesempatan nak tengok kat wayang. So kami beli DVD sahaja. Yeah, gua tau zaman sekarang ni orang beli DVD dah dikira ol'skool. So? Gua prefer simpan benda ni. Kalau dalam hard disk, kaput, abeh laaa.. hehehe...



Ok, berbalik kepada movie MIB : 3 ni. Sinopsis? Ejen J telah menggunakan time capsul untuk pulang ke tahun 1969 untuk selamatkan ejen K. Sebabnya? Sebab Boris The Animal, alien yang nak hapuskan bumi, telah terlepas dari penjara di bulan, yes, penjara alien kat bulan wooo... Bila dia landing balik ke bumi, si Boris ni dapat alat untuk kembali ke masa silam dan bunuh ejen K.
 
Ejen J yang sebelum ni selisih faham dengan ejen K, merupakan satu-satunya ejen MIB yang kenal dan pasti ejen K masih hidup walaupun ejen2 lain di MIB head quarters kata ejen K dah terbunuh 40 tahun yang lepas oleh Boris.
 
Malas nak cerita lagi detail, pada gua, MIB 3 ni lagi best dari MIB 2, and still xleh beat MIB. Sebab dalam MIB, nak wujudkan watak ejen J tu dah memang menarik. Dalam MIB 3 ni, baru la gua and Cik Nila tau kenapa ejen K jarang nak senyum dengan ejen J. Sebab rasa bersalah dia dengan benda yang jadi 40 tahun lepas. And masa ejen J dapat tahu, apa sebenar yang terjadi kat bapak dia, memang agak touching jugak.
 

No comments: