Tuesday, 2 October 2012

Gua dan kengkawan...

Kawan. Sapa xnak berkawan, kan? Hehehe... Gua x ramai kawan pun sebenarnya. Dulu boleh la bila masuk pekan Kajang tu, ada je muka2 yang gua kenal, and kenal gua walaupun nama xtau...
 
Gua bersyukur sebab hubungan gua dengan member2 sekolah lama gua masih kekal sampai ke tahun nih. Kebanyakan member sekolah gua, gua jumpa sebab tetiap minggu akan main badminton sama. And yes, gua rapat dengan diorang.
 
Actually, dalam reramai kawan2 gua, geng KHS ni jugak la yang paling setia. Selisih faham tu biasa la. Adat berkawan. Tapi selisih camna pun, kalau ada yang fly bercuti, still mintak beli rokok luar negara sekotak. Hahahaha...
 

Berkawan ni ikut stage. Masa zaman sekolah, kita berkawan dengan member2 yang kenal sahaja. And masa zaman tu la kita kenal member2 tuisyen. Then after sekolah rendah, masuk sekolah menengah, makin ramai pulak la member kita...
 
Masuk kolej, kenal pulak perangai2 lain. Tapi dalam masa yang sama, gua still lepak dengan geng2 KHS. And masa ni, walaupun cuti semester lain2, gua dengan geng KHS dapat jugak lepas sesama setiap semester. Gi camping, travel, mandi sungai, apa2 aktiviti yang boleh buat bersama.
 
Habis diploma, masuk Degree, lain pulak kengkawan dia. Macam gua, lepak rumah bujang. So memang x sosial la. Alhamdulillah budak2 rumah gua pun bukan kaki diskang, kaki tonggak apa bagai. So every weekend rumah tu akan sunyi sebab semua balik ke rumah masing2. And yes, tiap kali balik Kajang, member2 KHS gak yang gua jumpa. Hehehe...
 
Abeh study, masuk keje IWK plak. Masa ni dah duduk rumah parents balik. So memang setiap minggu akan lepak plus dah ada hobi baru...layan futsal every weekend. Dua tahun dengan IWK, gua masuk company sekarang ni. Tambah lagi geng lain. And jumpa balik geng kolej, si Puan Cyana.
 
Gua masuk BERNAS, aktiviti still sama. Lepaking all weekend. Lepak tgk bola, badminton sesama. Senang cerita, dari dulu sampai ke hari ini, gua masih boleh rapat dengan member2 KHS sahaja.
 
Gua suka berkawan. Tetapi ada jugak member2 gua jenis nak gua je yang approach diorang. Diorang sendiri? Haram la nak ingat. Gua ada gak kecik ati dengan member2. Ingat bila rehat contact diorang, diorang akan contact tanya khabar. Sampai ke hari ini xde pun yang nak tanya khabar. In fact, kalau just drop a msg kat tweeter or FB pun dah kira ok.
 
Memang betul la orang cakap. Kawan gembira senang nak cari, kawan sedih susah nak dapat. In fact, bila gua cakap dah jadi ejen ni, lagi la ramai yang jauhkan diri. Xpe, mcm supervisor gua cakap,
 
"Kalau dia kawan yang baik, dia akan sokong kita. Kalau dia jauhkan diri, he's not a good friend. Stay away from this kind a people".
 
Bukan nak complaint sangat, cuma x rasa diri dihargai. Gua dengan Cik Nila dah merasa dah benda ni. Lucky for me, Cik Nila yang dulunya seorang sahabat, sekarang dah jadi wife gua. And yes, semua benda gua dengan dia buat bersama. Even cari side income pun kami bersama.
 
Xpe la, sangka baik, so called "member" kami tu tengah busy. Life orang dah kawen ni lain, kan?
 

No comments: