Thursday, 25 October 2012

Gua dan Movie : Man In Black 3

Ok, gua tau movie ni dah lama, but gua dan Cik Nila x kesempatan nak tengok kat wayang. So kami beli DVD sahaja. Yeah, gua tau zaman sekarang ni orang beli DVD dah dikira ol'skool. So? Gua prefer simpan benda ni. Kalau dalam hard disk, kaput, abeh laaa.. hehehe...


Gua dan Movie : Untuk 3 Hari

Movie Untuk 3 Hari ni mengisahkan pasal planning sepasang couple yang dah bercinta dari zaman belajar lagi, untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing hanya untuk 3 hari. Nikah, majlis, dan hari ke-3, tuntut cerai. This is one crazy story...
 

Bumi bergelap pada Disember 2012?


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.
 
Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.
 

Wednesday, 24 October 2012

Gua dan movie : Iron Man 3...

Ok. Gua excited actually lepas tengok trailer Iron Man 3. Sebab apa? Dalam banyak-banyak movie, movie by Marvel memang ada kaitan antara satu sama lain. And untuk tahun depan, walaupun akan keluar movie Thor II, The Avengers 2, X-Men : First Class 2, so far Iron Man 3 je yang dah keluar trailer. Takpe, moh la kita bersama tunggu movie ni keluar next year, maybe end of April 2013. Jom layan gambar-gambar sikit...

 
Hoyeah! The movie poster...

Iron Patriot from 'Iron Man 3'
Iron Patriot. xtau sapa pakai...
 

Monday, 22 October 2012

Gua dan bola : Piala Malaysia 2012

Last week siapa tak tau pasal game ni??


Pada gua, game final malam tu antara game epic Malaysian style. Memang agak awesome lebih2 lagi masa ATM lead 2 - 1. Baru je sepak mula, dah seri 2 - 2 dah. Hehehehe. Tang tu memang best.
 
Gua nak ulas pasal bola ni lebih-lebih pun gua xtgk penuh. Sebab malam tu jugak ada game Spurs vs Chelsea and yes, gua happy sebab Chelsea beat Spurs 4 - 2. Then Cik Nila pulak nak tengok Masterchef 2. So masa iklan Masterchef tu, sempat2 la tukar channel untuk update result game-game yang berkenaan.
 

Friday, 19 October 2012

Asal - usul emoticons...

Gua merayau-rayau di alam siber bila jumpa benda ni...
 
 
Hahahahahahaa.....
 

Maybank Photography Awards...

Post pendek jek. Gua dapat tweet dari kawan opis lama gua. Dia try masuk Maybank Photography Awards yang tengah berlansung sekarang and satu gambar dia dah terpilih oleh juri. Cuma perlukan undi dari peminat fotografi jek. Ni website dia...


And ini adalah gambar member gua yang berjaya masuk. Memang gambar2 dalam ni awesome. And gua pun gatal2 tangan hantar gambar yang di 'snap' dengan menggunakan digital camera mudah alih, bukan DSLR pun. Ala, benda free, masuk jek. Nak segan apa. Hehehehe... Kalau terpilih, lagi kagum. Hahahaha... BTW, ni picture member gua...
 

Thursday, 11 October 2012

Gua dan blog...

Pejam celik, dah 4 tahun rupanya gua menulis blog. Well, dalam masa tu jugak, ramai kengkawan yang dulunya lagi rajin tulis, sekarang ni dah makin slow and ada yang terus hilang. Actually gua pun ada rasa macam nak closed blog ni, tapi xpe, biar je dulu.
 
Kenapa rasa nak tutup? Maybe sebab rasa taip ni syok sendiri jek. Setiap posting yang gua buat, lately takde siapa nak komen pun. Huhuhuhu...
 
And then, bila tgk dalam list bloggers lain, ramai yang dah x usik blog langsung. Siap ada yang dah tak update since 2009. Gua nak kena ubah cara menulis, dan maybe akan start padam blog2 yang x active dalam list gua.
 
Hmm, kadang2 rasa ada benda nak di share, tapi bila dah jadi macam ni, benda yang nak share pun asik lupa jek. Ntah, maybe gua je kot rasa macam tu. Tapi selagi gua boleh, gua akan memblogging lagik.

Monday, 8 October 2012

Gua dan pengalaman driving.


Berapa ramai pembaca blog gua yang ada lesen memandu? Gua rasa sekarang ni majoriti semua ada lesenkan? Gua pulak, cuma ada lesen D sahaja. Yakni lesen untuk memandu kereta sahaja. Sebab apa gua x amik lesen motorsikal sekali? Sebab keluarga gua dilarang untuk buat lesen motor. Tapi itu x bermakna gua xleh bawak motor. Pernah la jugak bawak motor abang sedara gua tiap kali dia balik Kelantan.
 
Gua amik lesen seawal umur 16 tahun. Actually masa tu belum besdey gua, tapi masa tu dah form 5 dah. Gua amik L, lepas lulus exam tu terus je amik untuk Profesional Percubaan selama 2 tahun. Well, masa dah lulus exam P, gua punya lesen kena tahan dengan driving school gua, sebab masa lulus and siap lesen tu, gua belum 17 tahun lagik. So tunggu la lagi 2 minggu. Dah genap birthday gua 17 tahun, lepas amik lesen, still x boleh nak drive ikut suka. Gua kena lulus exam polis trafik pulak iaitu ayahanda gua.
 

Tuesday, 2 October 2012

Gua dan kengkawan...

Kawan. Sapa xnak berkawan, kan? Hehehe... Gua x ramai kawan pun sebenarnya. Dulu boleh la bila masuk pekan Kajang tu, ada je muka2 yang gua kenal, and kenal gua walaupun nama xtau...
 
Gua bersyukur sebab hubungan gua dengan member2 sekolah lama gua masih kekal sampai ke tahun nih. Kebanyakan member sekolah gua, gua jumpa sebab tetiap minggu akan main badminton sama. And yes, gua rapat dengan diorang.
 
Actually, dalam reramai kawan2 gua, geng KHS ni jugak la yang paling setia. Selisih faham tu biasa la. Adat berkawan. Tapi selisih camna pun, kalau ada yang fly bercuti, still mintak beli rokok luar negara sekotak. Hahahaha...
 

Gua dan sejarah : Masa kecik

Gua selongkar PC opis gua bila jumpa balik gambar lama. Hehehehe. Ni gambar gua masa kanak-kanak riang ria....


Masa ni gua bergambar dengan abang gua yang sekarang kat Sudan. And masa ni kami berada kat rumah arwah nenda belah bonda gua. Actually banyak je lagi gambar2 yang gua nak load. Tapi nak scan tu macam malas plak. Hahahaha...
 
Ada satu gambar yang gua dengan abang-abang gua diri macam tangga. Gua paling depan, abang gua yang nombor 3 kat belakang gua, then abang ngah and last abang long gua. Hahaha.. ada masa nanti gua load.
 

Monday, 1 October 2012

Gua dan Movie : Hotel Transylvania

Okies. Last Saturday gua ngan Cik Nila ke wedding sepupu gua. Well, majlis pengantin perempuan kat Sungai Buloh dan rumah makcik gua di Kelana Jaya. Petang tu, balik dari majlis, gua dengan Cik Nila amik keputusan nak lepak kat Paradigm Mall, Kelana Jaya. Layan movie katun nih...


Katun ni pasal apa? Well, katun ni mengisahkan Dracula (Adam Sandler) bina sebuah hotel khas untuk resaksa dan hantu. Tujuan utama Drac buat hotel ni pun sebab nak make sure anak dia, Mavis (Selena Gomez) selamat dari ancaman manusia. Hotel Transylvania ni pun dah jadi tempat penginapan untuk kawan2 Drac.
 
Pada hari jadi ke 118 Mavis, Drac lagi sekali buat majlis hari jadi yang di sertai oleh Frankenstein (Kevin James) dan wife kepada Frankenstein (Fran Drescher), The Mummy (Ceelo Green), The Invisible Man (David Spade) dan ahli keluarga The Werewolf (Steve Buscemi).