Tuesday, 25 September 2012

6 Bulan Selepas Pemergian Nenda...

 

Okies. Memandangkan Hari Malaysia pada 16/9 jatuh pada hari Ahad, gua telah pulang ke Kota Bharu. Tujuan gua balik ke Kelantan sebab Cik Nila dah seminggu kat sana, and masa dia pergi, dia konvoi, tapi masa nak head balik ke KL, dia kena drive sorang2 kalau gua x gi sana.
 
Oleh sebab itu, gua amik keputusan untuk balik Kelantan dengan menaiki bas ekspress. Gua amik Sani Ekspress, duk bahagian atas. Ok la bas dia. Comfort. Gua pun dah lama x naik bas. Last naik ialah bas ekspress Naela @ Naila. Sebelum bas tu eksiden yang ramai orang terkorban. Itu pun gua naik bas ekspress zaman abang nombor dua gua study kat UiTM Dungun tu... lama gila.
 
So gua balik Kelantan on Saturday, dan sampai ke KB dalam jam 6.00 petang. And petang tu Cik Nila amik gua di Bandar KB. Gua nama je balik Kelantan tiap tahun, tapi kalau orang tanya pasal KB, gua out. Duk lepak rumah nenek, then lepak pantai. Rutin tiap kali balik. hehehe...
 

Petang tu jugak, dalam 6.45 petang, gua gi ziarah kubur arwah nenda gua. Sedar x sedar, dah 6 bulan nenda gua tinggalkan dunia ni. Masa tu gua rasa x sabar sangat nak ziarah, pasal tu petang tu jugak gua redah. Masuk kawasan perkuburan, hati gua sebak balik. Gua ingat gua dah cukup kuat nak tgk kubur arwah nenda, tapi sebak tu still ada. Gua sempat snap gambar kubur gua sebab ayahanda gua nak tengok...
 

Gua rindu kat dia...

Bersih2kan rumah baru nenda...

Sedekah Al- Fatihah... xtau bila lagi gua nak balik...
 
 
 
Lepas ziarah kubur, gua dan Cik Nila head to rumah uncle gua. Sebab esoknya ada be'woh (kenduri) kahwin sepupu gua. Petang tu gua solat Maghrib kat bilik nenda gua, dan bau nenda gua masih ada dalam bilik tu. Lepas solat, Cik Nila nak pergi lawat Wakaf Che Yeh pulak. Shopping tudung baru. Hehehehe...
 
Esoknya pagi2 gua dan Cik Nila dah kluar, gi sambung buat kerja dia. Tapi sempat jugak gi beli makanan di Nasi Berlauk Kak Wok. Gua tgk kedai pun dah baru. Hehehehehe... kedai ni pun anak-anak dia yang run the business kalau x silap gua sejak Makcik Wok meninggal.
 
Kalau balik Kelantan, memang x sah kalau Cik Nila x mintak kuih akok. The best akok ialah di Pulau Enggang. Gua x snap plak picture dia. Tapi memang kat situ the best gua pernah makan. Kuih bahulu dia pun boleh tahan sedap.
 
Abeh kerja, check out hotel, gua dan Cik Nila head to rumah pakcik gua. G kenduri. Cik Nila first time join kenduri kawin orang Kelantan, yang memang simple. Petang tu jugak, dalam kul 4 gua cabut balik KL. Sebelum shoot balik, gua sempat ziarah lagi sekali kubur nenda gua.
 
 
p/s : sedar x sedar dah 6 bulan nenda meninggal.... Al-Fatihah utk nenda. First raya without nenda dan kami semua rindu dia sangat2...
 

No comments: