Friday, 17 August 2012

Tahun ini pada gua...

Salam. So esok dah last day puasa. Gua tau ramai yang super duper excited, kan? Maklum laaa, nak balik kampung masing-masing. Just be carefull, have a safe journey. Kepada yang balik ke Pantai Timur, sila memandu dengan penuh tanggungjawab kepada diri sendiri dan juga orang kenderaan lain yang turut nak balik beraya dengan orang tersayang, bukan lu sorang je ada family.

Kenapa gua sebut orang Pantai Timur? Well, gua dah dekat 30 tahun ulang-alik Kelantan, sebab ayahanda gua orang Kelantan, and lately, gua sakit hati dengan cara pengguna jalanraya ke Pantai Timur ni memandu. Gua x cakap orang Kelantan teruk, gua cakap PENGGUNA JALANRAYA KE SANA SAHAJA.

Please, memandu dengan berhemah. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan nak show off yang kereta kita mampu overtake sekali 200 biji kereta dalam satu masa. Kalau nak overtake, fikirkan la muka anak-anak, isteri, parents lu orang yang tgh tunggu kat kampung tu.

Pada gua, tahun ni adalah tahun yang serba baru :

1. Ini tahun pertama gua beraya sebagai suami.
2. Ini tahun pertama gua beraya dengan isteri gua.
3. Ini tahun pertama gua beraya tanpa abang ketiga gua and his family yang berpindah ke Sudan.
4.Ini tahun pertama gua beraya tanpa nenda tersayang. Pemergian nenda pada awal tahun haritu masih terasa...

Kepada semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jika gua ada terkasar bahasa dalam posting gua. Safe journey to all of you guys yang balik kampung. 


2 comments:

cyanamoose said...

Selamat Hari Raya Eidulfitri Bro Phatlee & Cik Nila. Berhati2 memandu yer. Sabar banyak2 dengan kerenah pemandu negara kita nie

phat_lee said...

Selamat Hari Raya sis Cyana & bro Mus... kitorang raya KeyEll jek. hehehe... safa journey dear friends...