Thursday, 23 August 2012

Gua dan movie : Batman ep2.

Okies. Semalam gua dah meraban pasal Batman yang versi lama. Kali ni, posting gua pasal movie Batman trilogy yang diarahkan oleh Chris Nolan. Batman kali ini dilakonkan oleh Christian Bale, Commissioner James Gordon oleh Gary Oldman manakala watak Alfred pula oleh the awesome Micheal Caine. Yok kita mulakan dengan Batman Begins.

 

Ra's Al Ghul... 

The Scarecrow...

Movie Batman Begins ni mula ditayangkan pada tahun 2005. Dalam movie ni, gua rasa lu orang boleh paham, sebab diceritakan dengan siapakah Bruce Wayne @ Batman berguru, iaitu Ra's Al Ghul (Liam Neeson). Selepas beberapa lama bertapa dan berguru, Bruce Wayne pulang ke Gotham City dan lahirlah Batman. Dalam movie Batman Begins, orang kelawar ni berhadapan dengan Scarecrow (Cillian Murphy) dan juga berdepan dengan pihak polis, sebab time ni polis anggap Batman adalah seorang penjenayah. Lu orang mesti ingat watak Rachel Dawes, kan? Dalam movie ni, janda Tom Cruise a.k.a Katie Holmes melakonkan watak tersebut. Back kepada movie ni. Sebenarnya The Scarecrow hanyalah watak penjenayah kecil. Bapak penjenayah dalam movie ni adalah guru kepada Bruce Wayne, iaitu Ra's Al Ghul. Dia bersama-sama pengikutnya ingin memusnahkan Gotham City.

Tahun 2008 pula, movie The Dark Knight pula dikeluarkan. Sekuel Batman kali ni masih lagi dilakonkan oleh Christian Bale sebagai Batman, dan kali ini, dua watak penting dan yang ditunggu-tunggu, ada dalam The Dark Knight. The Joker (Heath Ledger) dan Harvey Dent @ Two Face (Aaron Eckhart). Dalam movie ni, watak The Joker memang awesome, manakala lu orang boleh tau kenapa Harvey Dent jadi penjahat Two Face, dan juga kematian Rachel Dawes (kali ini lakonan oleh Maggie Gyllenhaal) Batman terus menghilangkan diri.
 
 

The Joker... 

 Harvey Dent..

Two Face...

The Dark Knight Rises yang ditayangkan pada tahun 2012 merupakan ending bagi Batman Trilogy Christopher Nolan. Dalam movie ketiga ini, situasi berada lebih kurang 8 tahun selepas kematian Rachel Dawes, dan selama itu juga la Batman menghilangkan diri. Kali ini, watak Bane (Tom Hardy), Selina Kyle @ Catwoman (Anne Hathaway) dan bakal Robin @ John Blake (Joseph Gordon-Levitt) muncul buat pertama kali. Dark Knight Rises mengisahkan bagaimana Bane mula melumpuhkan Gotham City. Bane merupakan salah seorang pengikut Ra's Al Ghul, dan dalam movie ini, anak kepada Ra's Al Ghul merupakan perancang utama penyebab kekecohan Gotham City.
 


Catwoman... 

The Mighty Bane... 

Robin??

Pada gua, ketiga-tiga movie ni berjaya. Kalau lu orang nak tau starting Batman, boleh tgk Batman Begins, dan jika nak tau punca Dark Knight Rises, boleh tengok The Dark Knight. Cerita dia simple, tapi kalau nak lagi senang faham, better tgk first two movie, then baru tgk Dark Knight Rises.
 
Okies. Rasa sampai sini je gua nak menulis. Next post maybe pasal Batmobile plak la kot...hehehe...
 
p/s : dulu tunggu Batman vs Superman, x jadi pulak. skg ni nak tunggu Superman : Man Of Steel. Trailer dia awesome...

No comments: