Monday, 6 August 2012

Gua anti orang caci maki Ulama.

Gua bukan nak menulis politik. Sebab gerenti ramai yang akan cakap, 'ilmu x setinggi mana, nak tulis pasal politik..'. Gua bukan x berani nak menulis pasal politik, tapi kalau gua menulis, nanti rating blog gua naik mencanak...hehehe...

Main point gua kali ni, gua anti orang-orang yang duk keji ulama, guru agama. Tak kira la siapa. Yes, memang gua bias lebih kepada PR. Gua tau dalam UMNO ada Ustaz Fathul Bari, ulama muda UMNO. Gua cuma kesian kat dia, sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau kena ditapis. Ok, xnak cerita pasal UFB. Ubah topik.

Gua nak cerita pasal Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus. Dua orang guru agama yang top sekarang ni, dan sering kena kecam, kena hina, kena keji oleh rakyat2 berhaluan dacing.

Tuan Guru Nik Aziz...

Ustaz Azhar Idrus...

Ustaz Fathul Bari...


Gua cuma nak ingatkan diri gua dan pembaca semua yang rajin tgk kat FB, betapa ramainya manusia yang menghina TGNA, dan ramai yang mengeji UAI. Dua2 orang ini adalah ulama, guru agama, yang memperjuangkan Islam. Pada gua, lu orang yang hina ulama, adalah orang yang menghina Islam.

Betul, TGNA adalah ahli politik. Tapi dia juga adalah guru agama. Beliau juga berada antara pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia. Tapi dari parti mana pun beliau, beliau tetap guru agama.

Maybe ada yang tanya, apa yang orang duk hina, keji TGNA? Antara panggilan yang dilemparkan kepada beliau ialah Nik Najis. Betapa kurangnya moral bangsat2 yang sanggup menggelar seorang tokoh Islam dengan gelaran macam tu. Menghina ulama, memang tak akan tenang hidup.

Tu belum gua cerita pasal fitnah. TGNA pernah di fitnah sebagai 'Bapa Kafir'. Ada juga dalam paper, seorang wanita yang bertudung, walhal di FB dia pakai sleeveless dan free hair, menyamakan TGNA dengan Ayah Pin Teko. Dan terbaru, kecoh di FB pasal Skandal Seks Nik Aziz Di Kota Mekah. Betapa hinanya Islam di mata bangsat2 ini!

UAI juga pernah difitnah. Dikatakan beliau ditangkap maksiat di tandas masjid di Terengganu. Selain tu, ada jugak bangsat2 yang mengedit video ceramah agama TGNA dan UAI utk melaga-lagakan pemimpin Islam ini. Kalau lu orang nak tgk, try search di Youtube, abuaqifstudio. Ni pun salah sorang bangsat yang menghina ulama Islam.

Fitnah merupakan kesalahan besar. Dan dosa fitnah adalah sama atau lebih teruk dari membunuh. Itu kalau fitnah orang biasa, kalau fitnah guru agama , lu orang rasa macam mana? Gua cuma harap diri gua dan pembaca lain, berhati2 la dengan fitnah. Jika ada maklumat yang tidak dipercayai kesahihan dia, x payah la baca dan sebar.

Gua risau kalau Allah nak turunkan bala besar ke Malaysia. Sebab sekarang ni pada gua, ramai sangat anti - Islam, anti ulama.

p/s : yang anti-Islam sekarang ni terang-terangan bangsa Melayu. Layu aku bila tgk benda ni jadi.

No comments: