Thursday, 9 August 2012

Blackie dibius...

Ini cerita lama. Gua dengan Cik Nila bawak kucing kitorang, si Blackie ke Klinik Veterinar. Punca dia sebab si Blackie ni kencing x lawas. And sometimes kencing berdarah. Bukan itu saja, kucing gua pun ada bonjol di badan dia.

So gua dan Cik Nila perabih duit jugak la kat kucing sekor ni. Sayang punya pasal. After beberapa minggu kena kurung dalam cage, kami bawak balik ke klinik. Kali ni Blackie nak kena xray, so nak kena bius.

Mula-mula masuk bilik xray, si Blackie dah bising2 dah. Maybe sebab environment bilik tu kot. Doktor pun kata bilik tu berhantu. Hehehehe... Then gua bawak la Blackie keluar dari cage, and doktor pun inject la bius... Si Blackie punya degil, dia sempat nak gigit doktor tu, tapi nasib baik la doktor x terlepas picagari tu.. Kalau x melekat la benda tu kat badan dia...hehehe..


After a few seconds, dia dah start duk diam, and terus tak gerak. Masa ni Cik Nila dah risau. Actually gua pun risau sebab tgk macam x bernapas jek. Doktor pun siap datang tgk. Yang best dialog doktor tu...

"Eh, kenapa tak bernapas nih?"

Masa tu gua dah risau dah sampai la doktor tu tarik and tgk lidah si Blackie. hehehe...lepas tu baru nampak perut dia bergerak. Lega sket masa tu... Xray tu amik masa dalam setengah jam jugak. And lepas tu, masa nak tunggu amik ubat, ramai la duk tgk Blackie terbaring. Dengan mata terbeliak dia...hehehehe...

Doktor siap cakap, selalu kucing kena bius pukul 10, dia akan sedar dalam 3.30 hingga 4.00... Tapi sebab si Blackie ni glemer dengan kedegilan dia, pukul 12.30 dah sedar. Itu pun 'weng' gila. Siap sangkut gigi kat cage lagik.

Masalah lepas bawak gi klinik ni ialah, Blackie jadi makin x makan saman and manja 24/7... maybe dah x sanggup kena bawak gi veterinar lagi kot. At least xde la sampai terberak mcm si Broadband.

ni masa lepas kena check-up... 

dia dah x senang duduk... 

effect kena bius, nampak sopan jek... 

sebelum kena xray... 

seram x tgk kucing camni? 

seram weh... 

mamat ni tengah stone...


and sekarang ni makanan pun nak kena tukar dah. so kena la beli special diet. Si Broadband pun sampai kena diet...hehehe... ni makanan dia...


ni special utk Blackie...tapi dibedal oleh Broadband mostly... 

kiri utk Blackie, kanan untuk Broadband... 

murahkan?macam makan kepsi dua orang...


p/s : sayang punya pasal, xpe...penghibur kat rumah kami.

1 comment:

ms pufferfish said...

haha kelakar tgk blackie knockout sampai kaki ke atas tuu =D sama cam cumi kat umah ni