Thursday, 23 August 2012

Gua dan movie : Batman ep2.

Okies. Semalam gua dah meraban pasal Batman yang versi lama. Kali ni, posting gua pasal movie Batman trilogy yang diarahkan oleh Chris Nolan. Batman kali ini dilakonkan oleh Christian Bale, Commissioner James Gordon oleh Gary Oldman manakala watak Alfred pula oleh the awesome Micheal Caine. Yok kita mulakan dengan Batman Begins.

 

Wednesday, 22 August 2012

Gua dan movie : Batman ep1.

Assalamualaikum. Post kali ni maybe posting yang dah sepatutnya gua buat lama, tapi sebab xde idea, ni baru gua buat. Gua bukanlah peminat tegar Batman, walaupun gua minat Batman (1989) yang dilakonkan oleh Micheal Keaton (Batman) dan Jack Nicholson (Joker), dan juga Batman Returns (1992) yang musuhnya ialah Penguin (Danny De Vito) dan juga terselit Catwoman (Michelle Pfeiffer).



Friday, 17 August 2012

Tahun ini pada gua...

Salam. So esok dah last day puasa. Gua tau ramai yang super duper excited, kan? Maklum laaa, nak balik kampung masing-masing. Just be carefull, have a safe journey. Kepada yang balik ke Pantai Timur, sila memandu dengan penuh tanggungjawab kepada diri sendiri dan juga orang kenderaan lain yang turut nak balik beraya dengan orang tersayang, bukan lu sorang je ada family.

Kenapa gua sebut orang Pantai Timur? Well, gua dah dekat 30 tahun ulang-alik Kelantan, sebab ayahanda gua orang Kelantan, and lately, gua sakit hati dengan cara pengguna jalanraya ke Pantai Timur ni memandu. Gua x cakap orang Kelantan teruk, gua cakap PENGGUNA JALANRAYA KE SANA SAHAJA.

Thursday, 16 August 2012

Blog bermuzik?

Gua suka baca blog. Gua suka baca pendapat orang lain. Gua suka tengok apa yang orang post kat blog diorang. Gua suka tengok ke mana owner-owner blog tu bercuti. Yang gua tak suka ialah bila bukak blog, terpasang laaaa lagu yang ntah apa-apa.

Lu orang nak letak lagu, memang hak lu orang. Tapi, impact dia? Gua tengah minat nak baca, sekali lagu x best keluar, maka dengan itu gua pun pangkah la blog lu orang tu.

Pasal tu gua tak letak lagu or online radio apa kejadah la yang ada. Buat berat browser, buat pekak telinga, buat menyumpah jek. So... xpe la. Bukan blog gua pun.

Chaliooo!

Thursday, 9 August 2012

Blackie dibius...

Ini cerita lama. Gua dengan Cik Nila bawak kucing kitorang, si Blackie ke Klinik Veterinar. Punca dia sebab si Blackie ni kencing x lawas. And sometimes kencing berdarah. Bukan itu saja, kucing gua pun ada bonjol di badan dia.

So gua dan Cik Nila perabih duit jugak la kat kucing sekor ni. Sayang punya pasal. After beberapa minggu kena kurung dalam cage, kami bawak balik ke klinik. Kali ni Blackie nak kena xray, so nak kena bius.

Mula-mula masuk bilik xray, si Blackie dah bising2 dah. Maybe sebab environment bilik tu kot. Doktor pun kata bilik tu berhantu. Hehehehe... Then gua bawak la Blackie keluar dari cage, and doktor pun inject la bius... Si Blackie punya degil, dia sempat nak gigit doktor tu, tapi nasib baik la doktor x terlepas picagari tu.. Kalau x melekat la benda tu kat badan dia...hehehe..

Wednesday, 8 August 2012

Movie Scene paling siol...gua gelak gila!



Scene awek terberak masa bersin...movie Hall Pass...cam harem!

Kurang pahala puasa gua...

Minggu lepas ke atau dua minggu lepas, kecoh pasal sorang budak ni buat video pasal dia dapat MC. Mula-mula gua x kisah, tapi lepas Cik Nila suruh tengok, terus gua rasa nak RAGE!

Selama ni gua x kisah pasal budak gedik, tapi yang ni betul gua xleh blah. Even borak dengan cousin gua yang kat Japan pun dia up topik budak pompuan nih. Hahahaha... Famous betul minah ni sampai serata dunia tgk video dia.


Neway, gua xnak tulis panjang, lu orang cari la sendiri kat Youtube. Try cari '5 days MC'... Keji weh!

Taik Terjadi...

Gua duk browsing satu website ni, and gua jumpa gambar Mickey Mouse nih. Well, shit happens everywhere to everyone, am i right or am i right? hehehe...


R.I.P Mickey...



Monday, 6 August 2012

Gua anti orang caci maki Ulama.

Gua bukan nak menulis politik. Sebab gerenti ramai yang akan cakap, 'ilmu x setinggi mana, nak tulis pasal politik..'. Gua bukan x berani nak menulis pasal politik, tapi kalau gua menulis, nanti rating blog gua naik mencanak...hehehe...

Main point gua kali ni, gua anti orang-orang yang duk keji ulama, guru agama. Tak kira la siapa. Yes, memang gua bias lebih kepada PR. Gua tau dalam UMNO ada Ustaz Fathul Bari, ulama muda UMNO. Gua cuma kesian kat dia, sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau kena ditapis. Ok, xnak cerita pasal UFB. Ubah topik.

Gua nak cerita pasal Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus. Dua orang guru agama yang top sekarang ni, dan sering kena kecam, kena hina, kena keji oleh rakyat2 berhaluan dacing.