Friday, 13 July 2012

Tips Nak Naik Gunung Kinabalu.

Okies, since member gua dah tanya pasal pakej untuk panjat gunung Kinabalu yang gua baru layan bulan Mei aritu, ni antara list benda-benda yang perlu sangat-sangat masa nak panjat gunung tu.

Stamina. Kalau otai, dia akan kata cukup sekadar brisk walking, pada gua, kalau dapat naik turun tangga, or weekend biasakan diri naik bukit2 yang ada. Kalau boleh setiap minggu, upgrade performance lu orang.

Duit. Memang kena guna duit la kan? Sebab yang gua dapat, pakej RM7++ sekepala. Pakej termasuk pengangkutan dari airport ke Kundasang/Kinabalu Park, tido semalam and dinner di Kinabalu Park, registration, tido and makan di Laban Rata dan pengangkutan dari Kinabalu Park ke hotel/airport (kalau lu orang nak balik terus dari gunung). On the way ke Kundasang pun driver stop kat tempat2 yang unik, tapi kos beli key chain ke, masuk Rumah Terbalik ke, semua sindri pikir. Untuk flight, memang sekarang ni senang dah. Gua dan Cik Nila dapat tiket MAS return ticket dengan harga RM600.

Kasut. Gua beli Camel je, yang untuk intermidiate trekking. Cari yang selesa sebab trekking ni yang penting kaki selesa dan selamat. Cik Nila beli kasut Columbia. Macam kasut ni, lu orang boleh pakai masa raya nanti jugak So ikut suka la. Janji selesa dan supportive.


Jaket. Perlu ya amat. Sebab masa di Kinabalu Park pun nak kena air boleh menjerit sebab sejuk. Gua beli kat bundle jek, RM30 pun dah ok, janji yang trap haba. Dan kalau boleh, water resistance la.

Baju hujan. Beli yang pakai buang jek. Baju hujan ni pun bantu untuk kurangkan sejuk badan. Sebab bila angin kuat, baju hujan ni halang angin untuk terus ke badan.

Snow cap. Memang perlu jugak. Sebab kat Laban Rata ke atas memang sejuk. at least boleh cover telinga lu orang sekali.

Glove. Gua dan Cik Nila beli dua pasang. Sepasang untuk trap panas, sepasang lagi beli yang getah, sebab grip lebih  masa nak naik ke Summit yang kena guna tali.

Seluar. Gua panjat pakai tracksuit jek, tapi kat Laban Rata gua pakai seluar kargo Camel tu. Tahan lasak sebab nak turun tu lagi mencabar.

Stokin. Cari yang untuk trekking dengan yang boleh tahan sejuk. Kalau trekking tu, pakai stokin bola pun ok dah.

Bag. Gua dan Cik Nila pinjam je beg. Masa naik nanti, disarankan cuma bawak air dengan energy bar sahaja. Kalau nak bawak beg, xyah la bawak beg besar. bawak cuma yang perlu sahaja, mana yang x perlu boleh tinggal kat bawah. and yang perlu tu pun boleh bagi guide bawak.Bayar jek.RM10 sekilo.

Headlamp. Lampu ni penting. Sebab masa gua naik, pukul 6.30 petang dah gelap. So kalau boleh, kurangkan berhenti, biar sampai ke Laban Rata sebelum 5.30 petang. Boleh layan matahari terbenam lagik.

Bateri. Bateri kat atas ni memang cepat drain out. So bawak la bateri banyak2. Kalau yang bwk rechargable, bwk la charger sekali.

Energy bar. Energy bar ni gua dan Cik Nila x makan sangat, cuma masa turun je. Kami bedal bukan yang bar, sebab kalau ikut orang yang jual barang2 camping, yang bentuk bar ni lambat effect, kalau nak cepat, cari yang liquid. Macam ceklat choki-choki jek.

Ubat2. memang penting, dari panadol, ubat krem kaki x kisah la pil or cream, muscle relax, untuk high altitude sickness pun kena amik jugak. kalau x ada harapan lu orang muntah2 sampai pengsan kat atas tu.Minyak urut panas pun kena ada gak.Minyak angin yuyee pun boleh.

Chewing gum. at least nafas bleh control.

Heatpack. Benda ni amat penting untuk yang x tahan sejuk. Even gua pun bersyukur yang amat sangat ada benda ni. Ada jual dekat kedai camping. Gua aritu guna dalam 4 pack.

Tongkat. Mcm trekking biasa, tongkat penting woo...tapi masa turun lagi penting. Support lutut kita.

Ankle & Knee Guard.Gua guna knee guard je, sebab ankle guard buat movement gua x selesa.

Gua rasa buat masa ni ini je benda yang PERLU ada untuk panjat Gunung Kinabalu. Kalau ada yang lain, gua update kat blog ni.

6 comments:

Anonymous said...

excuse me. tumpang tanye. nak mintak contact utk package memanjat mt. kinabalu ni bole x?
email to goblin_239@hotmail.com.
Thanks! -sRi-

sufian.ghaffar said...

Best ah info ni... kalau boleh nak tengok gambar same ape name travel yg korang guna....

phat_lee said...

thanks bro sufian. dalam post sebelum ni ada aku letak gambar2 masa kat Sabah. sila la tgk. sikit jek, 5 episode. hehehe...

rizel daud said...

Saya mendaki dgn rm 300 je .transport lain harga email sy riza
Tfour641@yahoo.com :) sapa2 nk dtg sbh leh je contact sy .sy asl org semenanjung duk keje sini

rizel daud said...

Saya mendaki dgn rm 300 je .transport lain harga email sy riza
Tfour641@yahoo.com :) sapa2 nk dtg sbh leh je contact sy .sy asl org semenanjung duk keje sini

Hani said...

Salam,

Saya ada buat grup mendaki gunung kinabalu. Buat masa skrg tarikh yg ada ialah; 20-22 sept, 28-30 sept, 11-13 oct, 26-28 oct...ni semua tuk tahun 2013. Bagi sapa2 yg nak join, boleh email saya kat hani_nj@hotmail.com. Anda boleh rujuk kat blog saya http://apartmentkotakinabalu.blogspot.com kat sini saya akan update tarikh2 yg ada ataupun yg dah penuh.

Terima kasih.