Friday, 13 July 2012

Gua dan Kepintaran...

Lokasi : Perkarangan Pejabat.
Pelakon : 3 orang jek, Ebby, Din and Harun.

Din        : By, cuba ko tgk Harun. Kenapa kita kena sapu sampah, dia duduk relax je kat sana?
Ebby      : aku tak tau la. Nanti aku tanya dia.

Ebby      : Encik Harun, kenapa saya dengan Din kena sapu sampah, tapi En.Harun duduk rehat je kat sini?
Harun     : Owh, ko betul nak tahu? Sebabnya aku ada kepintaran...
Ebby       : Kepintaran? Kepintaran macam mana tu?
Harun      : Betul nak tahu?

(Ebby angguk. Harun letak tangan ke batang pokok.)

Harun    : Sekarang aku nak ko pukul tangan aku kat pokok ni guna penyapu tu.
Ebby     : betul ke ni? x sakit ke nanti?
Harun    : pukul je la.

(Harun alih tangan masa Ebby hayun penyapu kat tangan Harun)


Harun    : tengok, kena tak penyapu tu kat tangan aku?
Ebby      : x kena.
Harun    : haaa..itu namanya kepintaran. dah, pergi sapu sampah.

(Ebby datang balik ke Din)

Din      : Apa dia kata by?
Ebby    : Harun kata dia ada kepintaran.
Din      : Kepintaran? Kepintaran macam mana tu?

(Ebby cari pokok terdekat tapi xde)

Ebby    : dia buat macam ni. aku letak tangan aku kat muka aku ni, lepas tu ko pukul tangan aku kuat-kuat.
Din      : eh, betul ke ni? nanti tanga ko sakit.
Ebby    : xpe, xpe, tadi En. Harun x sakit pun.

(Sambil tekap tangan kat muka Ebby)

Din      : ok la. aku pukul ye... satu... dua... tiga!!!!


idea dari Gado-Gado...

No comments: