Thursday, 26 July 2012

Gua dan Ramadhan...

Tahun ni gua sambut Ramadhan dengan sedikit kesedihan. Bukan saja Ramadhan, even Syawal dan juga hari2 yang berikutnya. Sebab apa? Sebab Ramadhan dan Syawal tahun ni gua and family sambut tanpa nenek gua di Kelantan. Pemergian arwah nenek gua awal tahun aritu betul-betul terasa. Sebab almost every year, gua and family akan pulang ke Kelantan untuk bersama-sama nenek. Kalau gua raya kat Cheras, bulan puasa mesti ada balik Kelantan.

Maybe ada orang akan cakap, 'yang pergi biarlah pergi, berdoa untuk ketenangan mereka disana,'. Gua masih waras, gua boleh terima pemergian nenek gua. Cuma perlukan sedikit masa. Last week, sebelum puasa, lepas gua solat Isya', masa berdoa tu gua teringat kat arwah nenek gua. Even masa menulis ni pun gua masih terbayang arwah nenek gua bila gua and family tanya nak berbuka puasa makan apa. Gua dan adik beradik gua pun rajin bergurau dengan nenek gua. Sekarang ni yang terngiang hanya suara nenek ketawa setiap kali gua bergurau dengan dia.



Nenek, Fadli rindukan nenek. Semua orang rindukan nenek. InsyaAllah lepas raya ni Fadli dengan Alin balik ziarah rumah baru nenek....

Gua dan blog baru???

Salam. Lama dah gua x update. Cuma kali ni, just to inform. Since gua ni motorhead/petrolhead/kaki kereta yang pasif, gua dah add satu lagi blog. Kali ni gua punya blog spesifik pasal kereta sahaja. Saja2 nak share info and also to improve my English. Sebab blog kali ni gua buat in English.

Feel free to have a look my new blog @ http://www.ainics.blogspot.com

Kalau ikut gua, mau je gua bukak blog politik. Tapi gua bukan politician. So simpan je la cita-cita tu. Hehehehe...

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah...

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ni. Gua di sini bersama-sama dengan isteri kessayangan gua, Cik Nila memohon maaf sempena bulan yang mulia ni. Kalau ada salah dan silap, gua mintak maaf. Kalau ada terkasar bahasa, gua mintak maaf. Kalau gua terhutang, gua mintak maaf dan mintak halal. So, salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua saudara se agama dengan gua...




Friday, 13 July 2012

Tips Nak Naik Gunung Kinabalu.

Okies, since member gua dah tanya pasal pakej untuk panjat gunung Kinabalu yang gua baru layan bulan Mei aritu, ni antara list benda-benda yang perlu sangat-sangat masa nak panjat gunung tu.

Stamina. Kalau otai, dia akan kata cukup sekadar brisk walking, pada gua, kalau dapat naik turun tangga, or weekend biasakan diri naik bukit2 yang ada. Kalau boleh setiap minggu, upgrade performance lu orang.

Duit. Memang kena guna duit la kan? Sebab yang gua dapat, pakej RM7++ sekepala. Pakej termasuk pengangkutan dari airport ke Kundasang/Kinabalu Park, tido semalam and dinner di Kinabalu Park, registration, tido and makan di Laban Rata dan pengangkutan dari Kinabalu Park ke hotel/airport (kalau lu orang nak balik terus dari gunung). On the way ke Kundasang pun driver stop kat tempat2 yang unik, tapi kos beli key chain ke, masuk Rumah Terbalik ke, semua sindri pikir. Untuk flight, memang sekarang ni senang dah. Gua dan Cik Nila dapat tiket MAS return ticket dengan harga RM600.

Kasut. Gua beli Camel je, yang untuk intermidiate trekking. Cari yang selesa sebab trekking ni yang penting kaki selesa dan selamat. Cik Nila beli kasut Columbia. Macam kasut ni, lu orang boleh pakai masa raya nanti jugak So ikut suka la. Janji selesa dan supportive.

Gua dan Kepintaran...

Lokasi : Perkarangan Pejabat.
Pelakon : 3 orang jek, Ebby, Din and Harun.

Din        : By, cuba ko tgk Harun. Kenapa kita kena sapu sampah, dia duduk relax je kat sana?
Ebby      : aku tak tau la. Nanti aku tanya dia.

Ebby      : Encik Harun, kenapa saya dengan Din kena sapu sampah, tapi En.Harun duduk rehat je kat sini?
Harun     : Owh, ko betul nak tahu? Sebabnya aku ada kepintaran...
Ebby       : Kepintaran? Kepintaran macam mana tu?
Harun      : Betul nak tahu?

(Ebby angguk. Harun letak tangan ke batang pokok.)

Harun    : Sekarang aku nak ko pukul tangan aku kat pokok ni guna penyapu tu.
Ebby     : betul ke ni? x sakit ke nanti?
Harun    : pukul je la.

(Harun alih tangan masa Ebby hayun penyapu kat tangan Harun)

Friday, 6 July 2012

Gua dan vacation : Sabah bah EP6 @ 24/5/12

Okies boyas and gals, this is the last chapter of my honeymoon with Cik Nila. Pagi tu flight kami jam 11.30 pagi, tiket MAS sebab beli masa discount. Dapat la 2 orang return tiket dengan harga RM600. Pagi tu kami siap2, dan breakfast kat hotel dengan penuh kelayuan.

Lupa plak, pagi tu gua melutut kat toilet bowl. Muntah x hingat, xde la banyak, tapi sampai kosong perut pun ada gak. Lagipun gua duk terasa nak muntah dari malam, so pagi tu terus je paksa keluar. Terjelepuk la jugak gua kejap. Hehehehe...dah berapa lama x muntah.

Time breakfast, gua x makan sangat. Hilang selera sebab penat x hilang lagi. Lepas tu mula la rasa pening2 sikit. Tapi gagahkan jugak makan bubur kosong dengan teh o panas. Lepas breakfast, kami terus ke airport. Sebelum tu dah deal dengan sorang pakcik teksi masa balik dari dinner malam semalam.


Gua dan vacation : Sabah bah...EP5 @ 23/5/2012

Okeh, sambungan kepada cerdek gua, pada awal pagi, maksud gua memang awal, jam 1.30 pagi kitorang dah kena bangun dari tido, itupun kalau boleh tido sebab Laban Rata memang sejuk wooo...Kalau dah sampai tahap bercakap keluar asap, x cukup sejuk ke?Kalau tak cukup sejuk, try duduk kat area yang suhu dia bawah 15 darjah celcius, gerenti best.

Gua malam sebelum tido pun terseksa diri nak salin pakaian, and here some tips, kalau lu orang nak salin pakaian, better salin pakaian yang lu orang dah plan nak pakai utk panjat ke summit, maksud gua pakai baju yang nak naik ke puncak untuk tido di Laban Rata, dan atas nasihat guide kami, kami x mandi pun malam tu, sebab peluh2 yang dah kering tu kira sebagai penebat jugak. Kalau dia cong gua, gua pun cong lu orang. hehehe...

Okies. pagi tu dalam jam 2.30 pagi kami dah berkumpul nak naik ke summit. Dalam 2.45 pagi kami dah bergerak. For the first 700 meters, memang kena mendaki tangga yang super jahat. Tangga pacak 45 - 50 degree. Lepas 700 meters, sampai ke check point dan start dari situ, trekking start dengan tali pulak. Oya, nak naik ke summit ni kena kejar masa, sebab kalau by pukul berapa gua x ingat, maybe dalam pukul 5.30 pagi x sampai ke check point tu, lu orang akan diminta turun. Kalau lu orang sampai dalam jam 5.45 pun, kena turun gak. But jangan risau, ramai yang sampai check point tu untuk dapatkan sijil, sebab considered dah sampai puncak.

Monday, 2 July 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... EP4@ 22/5/2012

A'ite, sambungan cerdek (CERita penDEK) gua dan Cik Nila honeymoon di Sabah. Tahun ni juga merupakan sambutan birthday gua yang paling gempak, iaitu celebrate sambil mendaki 8 kilometer ke pit stop Laban Rata! hehehe...

Thanks to my dear Cik Nila sebab gua memang akan ingat benda ni sampai bila2. Pagi tu kami breakfast dulu, dan jam 9.30 pagi baru la start bertrekking. Tapi sebelum tu warm up dulu, letupkan apa2 yang patut. hehehe...lepas semuanya siap dan standby, kami pun mulakan perjalanan. Oya, walaupun ini kali pertama 'cari pasal' mendaki Gunung Kinabalu, kami naik ikut Mersilau. Track untuk naik ke Gunung Kinabalu ni ada dua, satu Timpohon, dan satu lagi Mersilau. Track Timpohon distance dia dalam 6 kilometer untuk ke Laban Rata, tapi track dia banyak landai dan mostly naik tangga, view pun kurang sebab macam trekking hutan biasa jek.

Bagi sesiapa yang appreciate scenery, gua sarankan naik ikut Mersilau. Extra 2 kilometers, total 8 kilometer nak sampai ke Laban Rata. and trek dia mostly turun naik bukit, and also full of scenery. Ada satu part ni, lu orang berjalan sambil kira dan kanan adalah lereng bukit. The view memang speechless...

Gua dan wordless Monday : Haram...



Gua snap pic ni kat Sabah. Kira sopan la kan guna perkataan 'khinzir' instead of 'bakbee'?