Tuesday, 26 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... EP3 @ 21/5/2012

Dan gua pun sambung bercerita... ok, hari ke tiga gua dan Cik Nila di Sabah, xde ke mana pun. Cuma kami ke Kundasang. Yeszaaaa...Kundasang memang awesome. dan di sini la punca kenapa kami ke Sabah. Mencari pasal dengan Gunung Kinabalu.

Tapi hari ke-3 kami di Sabah, belum lagi start cari pasal. Cuma travel dari Kota Kinabalu ke Kundasang yang amik masa dalam 2 jam lebih jugak. Bukan 100% duduk dalam van dan travel, ada la jugak stop2 kat lokasi2 yang agak best. Sebelum travel tu, kami dengan driver dari agency, brother Mahadhir, singgah ke KKIA 2, amik 3 orang lagi orang yang akan join ke Gunung Kinabalu. Antara stop point kami ialah Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Desa Cattle/Cow Farm, then ada lagi satu tempat yang gua x ingat nama dia, yang pasti masa nak masuk kawasan tu ada patung Mickey Mouse seram sebelum bermalam di Kinabalu Park.

First stop, Rumah Terbalik. Bukan terbalik main2, ini terbalik betul. Segalanya terbalik dari dalam rumah sampai basikal kat kawasan rumah tu pun terbalik jugak.Terbalik maksud gua, set tv, meja makan, bilik tidur semuanya di siling, dan kipas siling di atas lantai. best, cuma yang x best ialah bahagian dalam rumah x dibenarkan ambil gambar. Lupa lak, even Perodua Kancil kat porch pun terbalik!


Lepas beli fridge magnet, kami pun hala Jambatan Tamparuli pulak. Saja je nak tgk jambatan yang famous sampai ada lagu untuk dia. Jambatan ni khas untuk pedestrian sebab jalanraya yang ada memang x mengizinkan manusia lintas.hehehe...sesiapa yang ada penyakit gayat tempat tinggi, xpayah la rasanya naik jambatan ni. Sebab jambatan ni bergoyang @ jambatan semi-gantung. Dengan base kayu, dan berlubang-lubang, memang agak seram la.

So after menghayun-hayun Jambatan Tamparuli, kami sambung travel ke Kinabalu Park. Cuaca masa tu dengan hujan, memang sejuk. Next stop, si Mahadhir ni bawak kami ke satu kawasan untuk beli cenderahati. Harga lagi murah compared dengan kat Kinabalu Park,and lagi banyak pilihan. Tapi yang x best, masa kami sampai tu, kawasan tu tengah black out. Sebab hujan lebat sangat katanya. So dalam kegelapan tu pun kami sempat shopping sket. Gua dan Cik Nila rembat berbayar 2 helai baju.

Lepas tu kami pun ke Kinabalu Park, register untuk panjat gunung apa bagai, then driver kami bawak kami ke Desa Cattle Sabah. Kat sini la kalau nak tgk lembu ala2 lembu New Zealand. lagi satu, environment kat sini memang best. background Gunung Kinabalu plak tu. memang awesome. masa kat sini kalau lu orang datang, disarankan tarik napas dalam2, supaya dapat sumbat dalam paru2 tu udara yang amat fresh. Kat kawasan ni jugak di tunjukkan cara diorang perah susu lembu, proses hingga jadi susu kotak. And kat sini pun ada jual cenderahati. Gua dan Cik Nila beli air susu kotak perisa cokelat je.One thing pasal lembu2 ni, diorang ni pandai beratur. sampaikan keluar dari kandang pun beratur. There's one time, van kami halang jalan sikit, bila lembu yang depan sekali berenti, semua yang kat belakang berenti x bergerak sampai la yang depan start jalan balik. and lembu2 ni takut dengan orang rasanya...jalan pun tunduk jek.

Lepas puas kira lembu. Mahadhir bawak kami ke satu tempat yang gua x ingat nama dia, tapi macam gua cakap tadi, ada Mickey Mouse seram, sebab besar dan muka pelik. hahaha... tempat ni pun salah satu kawasan chalet yang ada kat Kundasang. View dari lereng bukit, dan berangin. memang best.

So lepas kami dah puas round2, kami pun menghala ke tempat kami bermalam. Lepas dinner dan dapat kunci bilik, kami pun disarankan rehat, sebab esok pagi nak uji fizikal dah. Cuma gua dengan Mahadhir je tido lambat. Borak pasal politik punya pasal.hahaha...

okey guys.. i think that's all for day 3...so, sambung lagi nanti. sila la enjoy tgk gambar2 x seberapa nih...


bawak dua beg. padan muka gua... 

Cik Nila pun kena bawak dua. padan muka dia jugak.hahaha... 

Rumah Terbalik. 

Perodua Kancil terbalik... 

1KancilTerbalik... 

basikal pun nak terbalik jugak... 

semuanya laaa terbalik... 

Jambatan Tamparuli... gua nak nyorok dari matahari. 

suka la tu naik jambatan tinggi2... 

sapa2 gayat, xyah la naik yek... 

kagum. (padahal tangan panas pegang rel besi tu) 

saja nak tunjuk tinggi jambatan tu... 

ni gua x ingat nama tempat ni.tapi memang banyak cenderahati/mata/hidung... 

ntah kenapa gua pose camnih... 

amik semua...C**B dekat jek... 

Kinabalu Park... 

masa ni Gunung Kinabalu malu2 lagik... 

dah x malu dah dia... 

banyaknyaaa lembu New Zealand...kat Sabah... 

t-shirt lawa, tapi x tergerak nak beli. menyesal dah. 

boleh ke tak gua nak panjat nih... 

pastu dua2 pulak pikir boleh panjat ke tak... 

abeh pikir, minum dulu...comel x gua? 

muka penat di situ.... 

lembu2 ni kena ada polis trafik guide jalan... 

lawanyaaaa... 

makan budak!!!! 

group + agency driver, Mahadhir... 

tu diaaa....malu2 kambing dah dia... 

malam cabaran Gunung Kinabalu, diorang bagi dinner macam nak kena hukum mati esok hari... 

posing sambil minum sup nangka... yeke???

so, TBC lagi la yek???lagi 2 epsode je pun...

2 comments:

Marvic .. said...

babe... rasanya tempat tu namanya Pekan Nabalu... t-shirt Desa Farm tu mmg comel.. roni baru je beli satu helai.. aku rembat 2 FM dia.. hahaha

phat_lee said...

hehehe... Pekan Nabalu ek? tenkiu...aku pun dah lupa.nanti aku nak order t-shirt tu kat ko la, bleh? hahaha...