Thursday, 21 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... Ep2 @ 20/5/2012

Okies. Sambungan dari post yang sebelum ni, kali ini gua nak story pasal hari ke-2 gua dengan Cik Nila di Sabah. Second day di Sabah, kami melompat-lompat pulau. First Mamutik, then Manukan, last baru Sapi. Tapi, dalam banyak2 pulau tu, gua prefer Sapi. Memang lawa, and kat Sapi ni lu orang boleh try 'berjalan' dalam laut. Bukan snorkling, tapi berjalan dengan suit khas.

Neway, pagi tu kami ke Pasar Minggu Gaia. Memang hectic la, but fun. Gua pulak pantang tengok orang jual benda antik, tapi nak beli tu tak la. Kurang duit and risau kot2 bawak balik makhluk skali.hehehe...Then dalam pukul 10.30, kami ke Waterfront, jumpa si Ken. Dia pun tunjuk la bot yang kami sewa. Ada seorang tukang bawak dengan assistant dia, and kami berdua. Memang layan naik bot ni. Laju nak mam...

First, Pulau Mamutik. Gua dengan Cik Nila cuma lepak je kat pantai, sebab ramai orang. Rasanya time tu ada family day. Then dengan cuaca panas yang amat. Langsung xde mood nak snorkling. Then, lepas sejam lepak, kami ke Pulau Manukan pulak. Manukan ni lawa, tapi kami just main2 kat gigi air jek. Still malas nak membasahkan swimwear. hahahaha... Then lastly, Pulau Sapi. Masa kat Sapi, cuaca memang sempoi. Walaupun orang ramai, but still boleh snorkling. Tak tunggu lama, terus je pakai snorkling gear, dan gi kacau ikan2 yang tengah mencari makan. Kaki gua pun jadi mangsa gigitan ikan pulak tu. hehehe..



After sejam setengah, kami pulang ke KK balik. Naik bot ni memang best, and also seram. Seram sebab banyak bot lain yang laju, lepas tu dalam kepala asik duk bayang nak berdentum bila tgk bot masing2 rebut nak sampai jeti dulu. hahaha...

Bila dalam bot ni, gua nampak la tiang2 pacak dalam laut. Bila tanya si pemandu bot, dia kata tiang tu untuk guide laluan kapal besar, sebab kiri and kanan laluan tu air cetek. Memang ye pun. Tengah duk layan view KK, tetiba nampak orang berdiri tengah laut. Memang betul cetek la kawasan tu.

Turun saja dari bot, kami ke pasar ikan, but first, berhenti makan dulu. Just makan nasi campur, then merayau gi tgk ikan. Memang heaven pada sesiapa yang hantu ikan and makanan laut. Lepas jalan2 tgk ikan, kami ke Bundle dekat area2 situ jugak. Saja buang masa. Sebab nak balik Tune Hotel, panas ya amat. So better merayau dulu la. Kami pun sempat la gi merayau tgk matahari terbenam kat Tanjung Aru..and memang lawa view tu. Then dalam pukul 7.00 camtu, kami pun balik ke Tune Hotel, itu pun lepas sidai baju basah, terus turun ke 1Borneo shopping mall. Konon nak sejukkan badan, udahnya berpeluh jugak. hehehe...then kat situ la cari ubat2 yang x jumpa kat KL untuk panjat gunung. Lepas merayau and massage badan, kami naik bilik, mandi dan terus asing2kan baju2 yang nak dibawa dan nak ditinggalkan masa panjat gunung. FYI, tahap kepanasan malam tu, baju basah yang gua sidai, esok pagi je dah kering. Sidai dalam bilik mandi je tu...

That's day 2 @ Sabah... gua sambung lagi nanti. In the mean time, layan la tgk gambar2 hari kedua kat bawah nih...

masa kat Pasar Tani Gaia... 

antara bisnes rare kat Pasar Gaia 

barang-barang antik... 

senyum je dia... 

muka cuak naik bot laju.hahaha... 

pemandu bot laju kami... 

Pulau Mamutik... 

Panas wooo... 

seriously lawa... 

senyum2 pun, tiap kali kipas bot sangkut plastik, cuak gak. 

Pulau Mamutik... 

Pulau Manukan... 

Pulau Sapi... 

kenapa la ikan tu melepak ramai2 bawah bot tu... 

ikan apa ni ek? 

 me with Ken, tokey boat utk island hopping...

pulau mana ni ek?lupa lak... 

tiang ni la penanda untuk kapal2 besar... 

orang2 tgh melepak tgh laut... 

fish heaven... 

ikan besar tuu...

confirm x besar?? 

warisan square... 

'mana tukang bakar ni?nak order ikan...'


sebelum balik hotel, round jap...

lawa nih...

Tanjung Aru...nice view woo... 

Tanjung Aru lagi...

Memang awesome la view sunset kat sana.. 


xpernah2 amik gambar dalam shopping complex, kat 1Borneo snap pulak...

ok. rasa next time gua sambung hari ke tiga pulak kat Sabah.... chalioo....

5 comments:

Marvic .. said...

FYI ..its Pasar Minggu Gaya ye.. pastu rasanya tu Pulau Manukan nyer jeti..byk la plak aku ni mengomen..LOL

phat_lee said...

hehehe...aku ada dah gambar yang tulis Pasar Minggu Gaya..tapi masa tulis benda ni asik nak eja 'Gaia' jek...

Suhaila Bahrom said...
This comment has been removed by the author.
Suhaila Bahrom said...

Salam bro...tumpang tnye sikit...brape ek kos utk pergi ketiga2 pulau tu?harga pergi balik trmasuk life jacket&google kalo nak snorkeling...

Suhaila Bahrom said...

Salam bro...tumpang tnye sikit...brape ek kos utk pergi ketiga2 pulau tu?harga pergi balik trmasuk life jacket&google kalo nak snorkeling...