Tuesday, 19 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah EP1 @ 19/5/2012..


Assalamualaikum. Dah lama rasanya gua x blog. Bukan hapa, for the last 3 weeks ni memang interaksi berkomputer ni terbatas. Al maklum, 3 minggu x masuk opis, seminggu cuti, 2 minggu lagi outstation. So ni je la time gua nak update blog bersawang ni.

Gua nak cerita pasal Sabah. Gua dan my dear wife Cik Nila dah prepare sejak lepas kahwin aritu nak ke Sabah. Cik Nila nak panjat Gunung Kinabalu, and gua pun was2 gak gua boleh sampai puncak, memandangkan masa kecik dulu gua pernah ada kemalangan. Tapi kalau cerita sekarang pun, orang still kata 'yang penting stamina kena kuat'... korok lu orang la...

Ok, balik kepada Sabah. Gua dan Cik Nila amik flight ke Sabah pada 19/5/2012, gua amik first flight, kul 7.30 pagi. Tiket pun affordable jugak la, tiket MAS, RM600 untuk 2 orang, return flight pulak tu. Selama gua hidup 29 tahun, ini la kali pertama nak jejak Sabah. So dah sampai ni, tinggal Labuan je la rasanya. Kalau x dah complete Malaysia dah gua round.



Sesampai di KKIA, gua dan Cik Nila cari kereta yang gua sewa, rupanya Ust. Sanusi tu tunggu kat KKIA 2, yakni Air Asia punya terminal. So tunggu la dia patah balik ke KKIA. Gua sewa Perodua Kelisa jek, 850 Manual. Layan gak.

So lepas bagi duit sewa, RM80 je sehari, berbekalkan peta dan GPS sewa oleh Cik Nila, kami pun bertolak ke Kota Kinabalu. Yes, first time datang tempat orang, terus bawak kereta sendiri. Lagipun KK senang nak cam. Sepanjang persisiran jek. First thing kami cari adalah Tune Hotel 1Borneo. So drive la sampai jumpa shopping complex 1Borneo. Gua check in hotel, dan lepas tu tgk bilik sambil rehat. Mak aih, bilik berkuap. Gua ingat cukup la amik air cond 12 jam, rupanya dia punya panas...mak aih...tapi pasang air cond, tido jugak la gua dengan Cik Nila.

Then petang dalam jam 5, gua dan Cik Nila merayau kat area Water Front. Rasanya la nama dia Water Front, sebab tepi laut jek. Gua dan Cik Nila pun merayau tgk pasar Filipina, tgk Pasar Ikan Masin, then gi merayau kat shopping complex ol'skool dia.hehehe...

Pukul 6.30 petang, as usual Sabah dah start gelap, dan kami pun cari la tempat nak mengisi perut kosong, tapi kat Sabah ni, memang heaven bagi sapa yang minat dengan makanan laut. Gua dengan Cik Nila pun order la butter prawn basah (udang besar senduk) dengan ikan dimasak dua cara, sebelah masak 3 rasa, sebelah lagi bakar. Harga? murah la kalau nak compare dengan harga kat KL.

Sebelum makan malam tu, sebenarnya gua dan Cik Nila ada jumpa seorang brother ni, dia tokey untuk Island Hopping. Ken nama brother tu. Island Hopping ni, diorang usually offer 5 pulau, iaitu Mamutik, Manukan, Sapi, Sulug dan Gaya. Semua pulau ni masuk under Taman Tunku Abdul Rahman. Lu orang boleh nak naik bot dengan orang2 yang lu orang x kenal, tapi gua dan Cik Nila chartered sebuah bot, kami dua orang dengan pemandu boat je yang ada. Privasi sket. Nak gerak gi pulau lain pun senang. Kami pun just lompat2 kat 3 buah pulau je, Mamutik, Manukan dengan Sapi.

So that's day 1 @ Sabah... sila layan picture bawah ni. gua nak letak semua, nanti lu orang nyampah nak scroll..hahaha...

nak naik kapalterobang... 

Labuan dari atas?? 

people say we look alike...ye ke? 

upon arrival @ Sabah... 

main2 bumbung rumah dengan sayap kapalterobang... 

Tune Hotel...panas nak mam!... 

Menara apa ni ek?design dia awesome... 

Observation tower KK... 

model pistol jari... 

merah... 

jenjalan kat Waterfront KK...yeke? 

ikan hijau tu pelik... 

kelabu mata tgk seafood... 

 butter prawn basah, ikan tiga rasa and ikan bakar..

peminat air kelapa pun x abis minum... 

ikan papan? 

udang bapak besar... 

sebelah buat tiga rasa... 

sebelah lagi bakar...niceee.... 

x percaya udang ni besar?? 

kata nipu la, kamera dekat dengan udang laaa... 

kalau camni nak nipu apanyaaa???

nanti sambung second episode...

2 comments:

yaya+frdz+auf said...

nak udanggggg....

phat_lee said...

mintak kat hubby ko la..hahaha...