Friday, 29 June 2012

Gua dan injuries...

Gua tau bukan gua sorang je yang ada injuries. Semua orang rasanya ada kecederaan lama. Even Cik Nila pun ada injuries dia yakni orang pernah jatuh atas lutut dia, and yes, effect dia makin terasa bila dah makin berumur.

Macam gua pulak, gua punya kecederaan paling ketara adalah urat. Sebab masa gua darjah 6, gua pernah jatuh terlentang dari beranda rumah arwah nenek gua di Kelantan. Masa tu rumah lama. Gua pulak jenis degil. hehehe...

Macam mana gua boleh terjatuh? Biasa la, budak kecik mana la makan saman. Mak gua dah pernah sound jangan duduk kat atas dinding beranda, nanti jatuh. Oleh sebab degil, memang gua jatuh. And jatuh terus pengsan. Parents gua cerita, masa diorang lari dapatkan gua, muka, bibir gua dah pucat. Dekat 2 jam jugak la pengsan.


The best part ialah masa gua jatuh, gua rasa badan gua bounce balik melayang ke udara, and gua nampak diri gua terbaring kat atas tanah, gua nampak parents gua lari dapatkan gua. Then gua x ingat dah apa jadi. Sedar2 gua kat dalam rumah, adik gua duk nangis. As usual, sedar2 je dah kena bebel dengan mak. hehehehe...

Masa tu gua try bangun, tapi gua rasa pening. Ye la, badan dah terhempas dari tempat tinggi. Yang bagusnya, gua jatuh pagi gua and family nak balik ke KL, dan seminggu sebelum UPSR. Nasib baik xde effect otak. hahahaha...

And sejak dari insiden tu, gua cuma gi urut sekali sahaja. And sekarang, umur dah 29, memang ketara effect dia. Gua ada gi urut last year, and tukang urut gua kata urat gua sebelah kiri bermasalah. Urat yang selalu punca krem, keras je. Pasal tu kaki gua senang krem. Even kalau just lunjurkan kaki pun boleh krem. And bukan setakat kaki, even badan gua pun senang krem kalau terlalu bersukan sangat.

Lagi satu, bila krem belakang badan, effect dia cengkam sampai bahu, yang memang sakit wooo... Bukan tu saja, lengan kiri gua pun boleh dislocate ikut suka. Hahahaa...

And yes, masa mencari pasal panjat Gunung Kinabalu haritu, memang ketara gua punya injuries nih. Dalam masa 2 jam, 4 biji Panadol Muscle Relax gua bedal, and masa nak naik ke summit, masa tu gua kena krem belakang. Memang awesome.

p/s : gua punya injuries macam ni, bila kata x sampai puncak KK tu orang mesti kata 'stamina x kuat, mana nak sampai'... xpe, gua try betulkan balik urat2 gua, and kalau ada rezeki, gua try naik lagi skali.

No comments: