Friday, 29 June 2012

Gua dan injuries...

Gua tau bukan gua sorang je yang ada injuries. Semua orang rasanya ada kecederaan lama. Even Cik Nila pun ada injuries dia yakni orang pernah jatuh atas lutut dia, and yes, effect dia makin terasa bila dah makin berumur.

Macam gua pulak, gua punya kecederaan paling ketara adalah urat. Sebab masa gua darjah 6, gua pernah jatuh terlentang dari beranda rumah arwah nenek gua di Kelantan. Masa tu rumah lama. Gua pulak jenis degil. hehehe...

Macam mana gua boleh terjatuh? Biasa la, budak kecik mana la makan saman. Mak gua dah pernah sound jangan duduk kat atas dinding beranda, nanti jatuh. Oleh sebab degil, memang gua jatuh. And jatuh terus pengsan. Parents gua cerita, masa diorang lari dapatkan gua, muka, bibir gua dah pucat. Dekat 2 jam jugak la pengsan.

Tuesday, 26 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... EP3 @ 21/5/2012

Dan gua pun sambung bercerita... ok, hari ke tiga gua dan Cik Nila di Sabah, xde ke mana pun. Cuma kami ke Kundasang. Yeszaaaa...Kundasang memang awesome. dan di sini la punca kenapa kami ke Sabah. Mencari pasal dengan Gunung Kinabalu.

Tapi hari ke-3 kami di Sabah, belum lagi start cari pasal. Cuma travel dari Kota Kinabalu ke Kundasang yang amik masa dalam 2 jam lebih jugak. Bukan 100% duduk dalam van dan travel, ada la jugak stop2 kat lokasi2 yang agak best. Sebelum travel tu, kami dengan driver dari agency, brother Mahadhir, singgah ke KKIA 2, amik 3 orang lagi orang yang akan join ke Gunung Kinabalu. Antara stop point kami ialah Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Desa Cattle/Cow Farm, then ada lagi satu tempat yang gua x ingat nama dia, yang pasti masa nak masuk kawasan tu ada patung Mickey Mouse seram sebelum bermalam di Kinabalu Park.

First stop, Rumah Terbalik. Bukan terbalik main2, ini terbalik betul. Segalanya terbalik dari dalam rumah sampai basikal kat kawasan rumah tu pun terbalik jugak.Terbalik maksud gua, set tv, meja makan, bilik tidur semuanya di siling, dan kipas siling di atas lantai. best, cuma yang x best ialah bahagian dalam rumah x dibenarkan ambil gambar. Lupa lak, even Perodua Kancil kat porch pun terbalik!

Thursday, 21 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... Ep2 @ 20/5/2012

Okies. Sambungan dari post yang sebelum ni, kali ini gua nak story pasal hari ke-2 gua dengan Cik Nila di Sabah. Second day di Sabah, kami melompat-lompat pulau. First Mamutik, then Manukan, last baru Sapi. Tapi, dalam banyak2 pulau tu, gua prefer Sapi. Memang lawa, and kat Sapi ni lu orang boleh try 'berjalan' dalam laut. Bukan snorkling, tapi berjalan dengan suit khas.

Neway, pagi tu kami ke Pasar Minggu Gaia. Memang hectic la, but fun. Gua pulak pantang tengok orang jual benda antik, tapi nak beli tu tak la. Kurang duit and risau kot2 bawak balik makhluk skali.hehehe...Then dalam pukul 10.30, kami ke Waterfront, jumpa si Ken. Dia pun tunjuk la bot yang kami sewa. Ada seorang tukang bawak dengan assistant dia, and kami berdua. Memang layan naik bot ni. Laju nak mam...

First, Pulau Mamutik. Gua dengan Cik Nila cuma lepak je kat pantai, sebab ramai orang. Rasanya time tu ada family day. Then dengan cuaca panas yang amat. Langsung xde mood nak snorkling. Then, lepas sejam lepak, kami ke Pulau Manukan pulak. Manukan ni lawa, tapi kami just main2 kat gigi air jek. Still malas nak membasahkan swimwear. hahahaha... Then lastly, Pulau Sapi. Masa kat Sapi, cuaca memang sempoi. Walaupun orang ramai, but still boleh snorkling. Tak tunggu lama, terus je pakai snorkling gear, dan gi kacau ikan2 yang tengah mencari makan. Kaki gua pun jadi mangsa gigitan ikan pulak tu. hehehe..

Tuesday, 19 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah EP1 @ 19/5/2012..


Assalamualaikum. Dah lama rasanya gua x blog. Bukan hapa, for the last 3 weeks ni memang interaksi berkomputer ni terbatas. Al maklum, 3 minggu x masuk opis, seminggu cuti, 2 minggu lagi outstation. So ni je la time gua nak update blog bersawang ni.

Gua nak cerita pasal Sabah. Gua dan my dear wife Cik Nila dah prepare sejak lepas kahwin aritu nak ke Sabah. Cik Nila nak panjat Gunung Kinabalu, and gua pun was2 gak gua boleh sampai puncak, memandangkan masa kecik dulu gua pernah ada kemalangan. Tapi kalau cerita sekarang pun, orang still kata 'yang penting stamina kena kuat'... korok lu orang la...

Ok, balik kepada Sabah. Gua dan Cik Nila amik flight ke Sabah pada 19/5/2012, gua amik first flight, kul 7.30 pagi. Tiket pun affordable jugak la, tiket MAS, RM600 untuk 2 orang, return flight pulak tu. Selama gua hidup 29 tahun, ini la kali pertama nak jejak Sabah. So dah sampai ni, tinggal Labuan je la rasanya. Kalau x dah complete Malaysia dah gua round.