Friday, 13 April 2012

Gua dan Sukan : Snooker

ok, dulu gua rajin gi snooker. dulu pun masa lepas zaman sekolah la.zaman sekolah dulu gua baik, rambut belah tengah.hehehehe. hari ni gua nak posting pasal snooker, bukan nak kata gua dasat sangat main ni, tapi boleh la.setakat main tag team, menang pun sebab partner gua terror.hahaha...

gua dulu main snooker ni every week.kalau every week tu, yang game dalam computer je la.yang real punya, hari jumaat malam sahaja.kira salah satu cara gua menghadap weekend bersama-sama member2 highschool gua. jumaat malam snooker, sabtu pagi badminton, sabtu malam pulak futsal. ahad? tgk wayang reramai, kalau ada cerita best.

pasal snooker ni, ada yang bola kaler merah, ada kuning, hijau, ceklat, biru, pink and hitam.manakala bola yang nak diletup adalah warna putih. markah pun ikut kaler bola, iaitu :

merah : 1 markah
kuning : 2 markah
hijau : 3 markah
ceklat : 4 markah
biru : 5 markah
pink : 6 markah
hitam : 7 markah

cara masukkan bola tu pun ada turutan dia, lu orang kena masukkan kaler merah dahulu, lepas tu mana2 bola kaler lain,selain putih la. then, lepas bola merah habis, baru start masukkan bola colour lain mengikut markah paling rendah dahulu, contoh:

kuning-->hijau-->ceklat-->biru-->pink-->hitam

kalau masuk bola shooter @ putih, tolak 4 point, kalau nak tembak merah, tetapi kena bola kaler lain, tolak markah mengikut bola yang dilanggar dahulu. kalau kena biru dulu, then tolak la 5 markah....

hehehe...gua x sure pasal benda lain, ini je yang gua reti. papehal pun, sekarang ni gua dah x main snooker.member2 lain pun dah pencen dah.

p/s : main snooker ni x salah, tapi salah kalau lu orang main secara bertaruh.

No comments: