Friday, 13 April 2012

Gua dan Sejarah : Foh Hup Omnibus Bhd.

Gua budak Kajang. Tinggal kat Cheras Selangor, bukan Cheras KL, tapi gua membesar dengan 90% life gua di Kajang. Kat situ la gua start tadika, sampai la gua dapat diploma. Tapi kali ni gua nak post pasal salah satu sejarah Kajang. Pasal satu company bas hijau iaitu bas Foh Hup Omnibus.


Ini je gambar sejarah bas paling laju dalam alam semesta Kajang yang gua dapat.itu pun songlap dari blog orang lain. Maaf ye.hehehe...neway, gua start naik bas awam ni masa form 2. itu pun time balik jek.sebab time pergi sekolah,gua tumpang bas sekolah.hahaha...saving baik punya.tapi bas Foh Hup ni memang terbaik.


yang gua ingat, kenangan masa naik Foh Hup ni utk ke Kajang.naik ikut pintu belakang, brother conductor tu buat2 x nampak gua ngan abang gua.so memang naik free je la.Lagi satu, driver bas Foh Hup ni seram, yang sorang tu setiap kali naik, mesti mata dia merah. gua xtau la samaada mabuk atau dia ngantuk, but for sure, memang mata dia merah la.hehehe...

pasal tambang pulak, pada zaman tu, mostly bas awam ni just guna aircond asli @ bukak tingkap bas.tapi bas Foh Hup ni ada dua jenis, sama ada lu orang nak naik yang aircond, atau angin taufan.tapi kalau ikutkan komen2 member yang konon nak naik bas aircond, mana ada dia nak on air cond pepagi.bukak tingkap kecik je la jawabnya.hahahaha...

then pasal bas ni sendiri.gua paling suka masa dia idle. enjin macam x hidup pun, tau2 lampu hijau, dia terus besit. tahun bila ntah, masa tu highway Grandsaga dari Kajang ke KL baru je bukak, driver Foh Hup ni boleh pilih kawasan yang mana dia nak lalu, sebab nak masuk highway. test speed kat highway baru to be more precised. imagine bas tua ni, racing dengan kepala lori. selama ni dari Kajang ke rumah gua amik masa dalam 30 minit sebab nak keluar dari pekan Kajang tu sendiri, kali ni x sampai 15 minit gua dah terpacak depan rumah.rambut time tu xyah citer la.hahahaha...

oh ya, zaman yang dia race dengan kepala lori tu, zaman tu Foh Hup dah ada pesaing baru.bas ada aircond pulak tu.so kalau nak cepat, naik Foh Hup, sebab bas baru @ Shuttle Bus ni tunggu sampai penuh baru jalan. and gua asik naik Foh Hup.sampai rumah boleh tido.hahahaha...

lepas Foh Hup pupus, naik pulak Parkmay Cityliner. masa ni gua dalam form 4 dengan form 5. time ni baru la nampak awek2 sekolah lain.hahaha..and pasal Parkmay Cityliner ni jugak la gua punya ligamen kaki koyak.demit! tangga berlubang, lapik span je tinggal, elok gua pijak, kaki lipat 90 degree...hasilnya? 2 bulan gua gi sekolah pakai selipar dengan kaki berbalut.

p/s : banyak kenangan gua kat Kajang ni.dari cerita tv Oshin, sampai la zaman novel Budak Shaithon...memang gua sayang Kajang.

2 comments:

Vice Admiral Bobby D Garp said...

Interesting article and pics. Rindu pulak dengan Bus stop Kajang yang dah bertukar jadi Plaza Metro ni. Dulu macam2 ada di Bazar sebelah tu. Ikan, majalah, kedai mamak yg siarkan wrestling. Nice memories :)

Anonymous said...

Emmm..mengimbau kembali zaman foh hup.mmg byk kenangan..bgn pepg buta semata na kejar bas awl ke sek...stesen bas retro kjg...asal ujan jer berminyak...kedai2 blakang stesen...sape ingat ada mamak jual cendol kt situ..mmg nostalgia...skunk zaman berubah..semua dah berubah....semua kenangan bersekolah di sana tgl kenangan....